Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Ketika berhari raya, anda sebagai ibu hamil perlu berjaga-jaga tentang apa yang anda makan kerana ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan anda. Mari baca tip pemakanan untuk ibu mengandung semasa hari lebaran nanti!

Tak dinafikan memang juadah di Hari Raya yang kita tunggu-tunggu. Tapi bagi ibu hamil anda kena beringat untuk amalkan pemakanan sihat ketika hari raya.

Ya, memang berita ini bukanlah berita baik, tapi ianya untuk kesihatan kandungan anda yang makin membesar tu. 

Tentu anda tahu pengambilan makanan manis dan pedas yang banyak boleh memberi efek pada kandungan. Jadi penting sekali untuk anda ambil pemakanan sihat ketika hari raya. 

Bagi sesetengah orang, ia adalah hari makan sepuas-puasnya. Lemang, rendang, lontong, sate, nasi impit, kuih-muih dan macam-macam lagi.

Ikuti tip berikut untuk cara pemakanan yang sihat ketika hari raya ini:

Pemakanan sihat ketika hari raya

#1. Elakkan air minuman berkarbonat

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Air berkarbonat adalah air yang selalu dihidangkan ketika kita menziarahi rakan dan suadara di hari raya. Air kosong jarang dihidangkan.

Ibu yang hamil perlu mengelakkannya kerana air berkarbonat mengandungi gula, perasa tambahan dan juga kafein yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga kelahiran pramatang.

Usah berasa malu untuk meminta air kosong. Pastinya tuan rumah akan memahami keadaan anda yang sedang hamil!

#2. Elakkan makanan pedas

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Kita semua tahu, sambal yang diletakkan bersama dengan sesetengah makanan sangatlah sedap sekali!

Tetapi, anda perlu tahu yang kandungan di dalam sambal adalah berasid dan berminyak.

Jika dimakan didalam kuantiti yang banyak, ia akan mengakibatkan anda berasa kembung perut, muntah-muntah, cirit-birit dan dehidrasi yang amat teruk.

Anda masih mahu juga meletakkan sambal di dalam kuah kacang anda? Boleh, tetapi sedikit sahaja dan pastikan anda banyak minum air kosong.

#3. Kuih raya, biskut raya dan kek raya

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Hari raya tidak sempurna tanpa hidangan kuih raya yang pelbagai jenis warna dan rasa.

Saiznya yang kecil membuatkan anda tidak sedar anda telah makan separuh balang kuih kapit yang mak cik anda buat. Jadi, anda perlu berhati-hati.

Walaupun saiz biskut itu kecil, ia mengandungi kandungan gula dan lemak tepu, yang menjadi penyebab kenaikan berat badan, masalah jantung dan juga diabetes.

Jika teringin untuk menjamah biskut yang dihidangkan, ambil 2 -3 keping sahaja ya.

#4. Keropok dan muruku

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Ia adalah amat mudah untuk diingati. Apa-apa makanan yang berminyak sepatutnya dielakkan oleh wanita yang hamil.

Keropok dan muruku bukan sahaja berminyak, malah ia juga mengandungi natrium, bahan tambahan, pengawet dan MSG (yang membuatkan anda tidak boleh berhenti mengunyah).

Kacang juga perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Kacang yang dipanggang adalah lebih bagus kerana ia mengandungi minyak semulajadi.

#5. Kopi dan teh

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Selain air berkarbonat, air panas seperti kopi dan teh juga selalunya dihidangkan semasa rumah terbuka.

Anda dinasihati untuk mengehadkan pengambilan kafein anda kepada kurang daripada 200 miligram sehari, iaitu kira-kira satu cawan 11-auns kopi.

Ini adalah kerana, apabila anda minum secawan kopi, kafein akan diedar melalui plasenta memasuki ke dalam cecair amnion dan ke aliran darah bayi anda.

Walaupun badan anda menyingkirkan kafein itu, badan bayi anda masih sedang membesar dan mengambil masa yang lebih lama untuk memprosesnya.

Akibatnya, bayi anda terdedah kepada kesan kafein lebih lama daripada anda.

#6. Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya

Ibu Hamil Makan Kena Berpada-Pada Raya Ni, Makanan Manis & Pedas Boleh Efek Kandungan!

Kerana anda hamil, anda perlu lebih berjaga-jaga tentang kualiti makanan yang dihidangkan kepada anda. Takut terkena keracunan makanan pula di hari raya nanti.

Pastikan daging (daging ayam, lembu mahupun makanan laut) telah dimasak dengan betul.

Kalau anda hendak tahu, daging yang kurang masak berisiko tinggi dengan pencemaran bakteria koliform, toxoplasmosis dan salmonella.

#7. Elakkan makanan berpulut seperti lemang atau ketupat palas

Pengambilan pulut yang banyak boleh menyebabkan angin berlebihan dalam badan. Nanti perut kerap terasa sebu dan kembung. Ibu hamil akan menjadi tidak selesa sepanjang hari, malah sering terkentut-kentut pula, tak seronoklah raya begitu. 

Jadi, baca dan amalkan petua diet pemakanan yang kami sarankan buat ibu hamil di atas.

Makan itu boleh, tapi berpada-padalah ya.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan bergembira bersama keluarga, saudara, dan sahabat handai tercinta!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Isteri Wajib Bersalaman Dengan Suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!