"Bagaimana hendak selamatkan perkahwinan saya?" - Wanita ini menjumpai caranya!

undefined

Dalam perkahwinan, usaha berterusan antara suami isteri amat penting. Mari ketahui cara selamatkan hubungan cinta bagi memastikan ianya terus bersemi.

Saya sudah mencuba segalanya. Apakah lagi cara selamatkan hubungan cinta dalam rumah tangga kami? Saya berusaha untuk turunkan berat badan, memakai pakaian cantik-cantik (dan seksi) di rumah dan masak yang sedap-sedap untuk suami.

Tapi, suami saya masih tidak perasan. Saya berusaha keras setiap hari bagi membuatkan dia semakin sayang pada saya. Tapi, dia masih lagi bersikap dingin.

Saya luahkan perasaan saya selalu dan bersikap manja dengannya. Ada juga hari di mana saya selalu ingin berada di sisi suami. Saya sangat memberi fokus pada suami sehinggakan saya terlupa untuk fokus pada diri sendiri.

Ibu pernah mengalami perasaan yang sama? 

cara selamatkan hubungan cinta, cara selamatkan perkahwinan, cara selamatkan rumah tangga

Kredit: Reportfella.com

Kita semua pernah melaluinya, kan? Malangnya, segala usaha kita untuk disayangi menjadi sia-sia. Malah, suami saya kata:

“Cubalah jangan nak berkepit sangat!”

Dia juga kata yang saya sudah tidak seperti dahulu. Wanita berdikari dan berjaya yang dahulu, kini sudah tiada.

Saya ingatkan selama ini, sikap saya yang sangat menjaga suami dan mengambil berat tentang dirinya adalah satu tanda yang saya isteri yang bagus. Tanpa saya sedari, saya sudah keterlaluan sehinggakan suami berasa lemas dengan sikap saya yang suka berkepit itu.

Saya berubah menjadi seorang wanita yang terlalu bergantung pada suami dan pada pandangannya, saya bukan lagi wanita berkeyakinan tinggi seperti yang dulu. 

Sikap saya yang suka menelefon suami setiap hari dan melihat aktivitinya di media sosial membuatkan saya kelihatan seolah-olah sangat takut untuk berjauhan dengannya.

Ia membuatkan saya terfikir tentang cara selamatkan hubungan cinta kami suami isteri

cara selamatkan hubungan cinta, cara selamatkan perkahwinan, cara selamatkan rumah tangga

Kredit: Shutterstock

Pada mulanya, saya ingat saya sudah mencuba yang terbaik demi perhubungan kami. Saya tidak lagi keluar dengan rakan-rakan dan duduk terperap di rumah sahaja.

Selepas saya mencari-cari jawapan dan kaedah tentang cara selamatkan hubungan cinta kami, pada hari ini, barulah saya menjumpai rahsia kepada sebuah perhubungan perkahwinan yang sihat.

“Anda hanya akan boleh menyayangi seseorang dan disayangi semula apabila anda mula belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dulu.”

Inilah madah yang saya akan ingat sampai bila-bila. Saya telah belajar yang dengan menyayangi dan memberi fokus pada diri sendiri, saya akan menjadi seorang pasangan yang terbaik untuk suami saya.

Cara selamatkan hubungan cinta antara suami isteri

cara selamatkan hubungan cinta, cara selamatkan perkahwinan, cara selamatkan rumah tangga

Kredit: Femaleworld.it

Selepas menyedari yang saya perlu menjadi seorang wanita yang kuat, tabah, berdikari dan berjaya atas kaki sendiri, barulah saya dapat melihat perubahan dalam perkahwinan.

Rasa hormat pada suami semakin menebal dan rasa sayang suami pada saya juga semakin tinggi. Saya bukan lagi wanita yang terlalu bergantung dengan seorang insan bernama suami.

Malah, kami bersama-sama membina perkahwinan bahagia dan saling bantu-membantu dalam menggalas tugas dalam rumah tangga.

Ibu nak tahu apa lagi cara selamatkan hubungan cinta dalam perkahwinan anda? Saya kongsikan beberapa tips di bawah ini. Moga-moga ia bermanfaat.

  • Tunjukkan rasa hormat pada suami. Ketahuilah bahawa lelaki ingin dihormati dan wanita ingin disayangi.
  • Tetapkan perbuatan atau tingkah laku yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima. Jangan biarkan diri dianiayai hanya kerana mahu “terus kekal berkahwin.”
  • Berlapang dada pada setiap kelemahan pasangan dan banyakkan berdoa kepada Tuhan agar hati dan perhubungan kalian dibawah lindunganNya.
  • Bersikap berdikari dan tidak terlalu bergantung pada suami. Pergantungan perlulah pada Tuhan. Suatu hari, suami akan pergi jua. Jadi, persiapkan diri hari ini dengan segala macam kemahiran (memandu kereta, urusan bil, pengurusan harta/kewangan, pekerjaan/perniagaan, dan sebagainya).
  • Sekali-sekala, luangkan masa berdua tanpa anak-anak. Ia membantu mengingatkan anda berdua tentang zaman ketika baru berkahwin dahulu.

Ada banyak lagi cara selamatkan hubungan cinta sebenarnya. Ia bergantung kepada cara mana yang sesuai untuk anda dan pasangan. Yang penting, jangan berputus asa ya!

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!