Hack Ibu Ini Berjaya Tidurkan Bayi Dengan Mudah Sungguh Menakjubkan!

lead image

Seorang ibu telah berkongsi video hack untuk tidurkan bayi dengan mudah, cepat dan berkesan ini hingga ramai ibu bapa kagum dan berterima kasih padanya!

Cara tidurkan bayi dengan cepat dan mudah

Anda masih ingat trik bapa ini yang berjaya tidurkan bayi dengan cepat?

Kini ada hack "tidurkan bayi dengan mudah" yang baru. Hack genius ini dikongsi oleh Lauren Session, seorang jururawat dan ibu yang berumur 31 tahun. 

Pada satu hari, Lauren sedang menjaga anak buahnya - A’mire yang baru berusia 3 minggu dan A'mire menghadapi masalah susah untuk tidur.

Lauren yang juga ada seorang anak perempuan berumur 4 tahun telah mencuba segala-galanya untuk tidurkan bayi baru lahir itu dan menenangkannya tapi dia tidak berjaya.

Ibu bayi itu masih berada di hospital akibat komplikasi lain dan belum dibenarkan untuk balik lagi.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/tidurkan bayi dengan cepat 1.jpg Hack Ibu Ini Berjaya Tidurkan Bayi Dengan Mudah Sungguh Menakjubkan!

Teringat cara lama untuk tidurkan bayi dengan mudah

Selepas beberapa malam tidak tidur, baru Lauren teringat cara lama yang dia pernah guna untuk tidurkan anaknya dulu.

Dia akan mendukung anaknya dalam bilik mandi lalu memasang paip air dan membiarkan bunyi air mengalir itu berterusan. 

Video yang dimuat naik Lauren kemudiannya menunjukan bayi itu jadi tenang apabila mendengar bunyi air mengalir dan kemudian terus tertidur.!

Selepas video tersebut dimuat naik, ia viral dan Lauren menerima banyak mesej dari orang ramai  yang mengucapkan terima kasih atas tip ini.

Lauren amat bergembira kerana berjaya berkongsi dan menolong ibu bapa lain di seluruh dunia.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/tidurkan bayi dengan cepat 2.jpg Hack Ibu Ini Berjaya Tidurkan Bayi Dengan Mudah Sungguh Menakjubkan!

Cara tidurkan bayi dengan cepat: Guna Bunyi Air

Bunyi aliran air sebenarnya sangat berkesan apabila digunakan untuk menidurkan bayi atau orang dewasa.

Salah satu teori di sebalik hack ini adalah persamaannya dengan bunyi dalam rahim ibu.

Bayi baru lahir sangat biasa dengan keadaan di dalam rahim ibunya dan apabila ibu dapat meniru persekitaran yang sama, bayi itu akan lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih baik.

Maka tidak hairanlah mengapa hack ini sangat berkesan apabila ibu bapa perlu tidurkan bayi mereka dengan cepat!

Jadi apa kata anda? Nak cuba pada anak-anak anda tak?

Untuk mengetahui cara tidurkan bayi dengan cepat ini - tontonlah video di bawah:

www.facebook.com/lauren.session.9/videos/10155524889112819/

Sumber: HealthlineThe Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/bagaimana-tidurkan-bayi-baru-lahir/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!