5 jenis muzik yang akan buat bayi anda tidur semudah ABC!

Jika mendodoi bayi untuk tidur tak berkesan, mari cuba cara tidurkan bayi dengan 5 jenis muzik ini. Pasti si manja akan tertidur dengan mudah!

Cara tidurkan bayi dengan mudah guna 5 muzik ini

Kadang-kadang, penat juga asyik mendodoi dan mendukung anak untuk bagi mereka tidur. Sebab itu ramai ibu bapa mencari cara tidurkan bayi dengan kaedah muzik pula.

Jangan tak tahu, ya… sebenarnya, muzik banyak membantu dalam menidurkan bayi dengan mudah. 

Walaupun pakar masih kurang jelas mengapa muzik mampu membantu bayi (atau orang dewasa) untuk tidur, namun menurut Sleep.org, ini mungkin kerana muzik menenangkan minda dan merembeskan kimia yang baik.

Muzik juga “menutup” bunyi-bunyian lain yang kurang menyelesakan, seperti bunyi bising di luar rumah atau bunyi TV di ruang tamu.

cara tidurkan bayi, cara tidurkan bayi dengan mudah, cara menidurkan bayi, bayi tertidur dengan mudah, cara tidurkan bayi 1 bulan, cara tidurkan bayi yang betul

Cara tidurkan bayi yang paling berkesan, selain mendodoi adalah dengan memainkan muzik berirama perlahan seperti 5 jenis muzik ini. 

Pilih muzik dengan irama berskala 60 hingga 80 BPM (layari songbpm.com untuk mengetahui satu lagu itu ada berapa banyak beat setiap minit).

#1 Cara tidurkan bayi dengan muzik klasik

Menurut salah seorang ibu, muzik klasik mampu membuatkan semua anak-anak terus tidur lena. Bahkan, bukan anak-anaknya saja tertidur, kucingnya juga sama!

Muzik klasik membawa ketenangan dan merangsang bayi untuk tidur dengan alunan bunyi biola dan piano yang diselit.

Contoh playlist lagu klasik yang anda boleh buka untuk dijadikan salah satu cara tidurkan bayi adalah playlist YouTube di bawah ini:

#2 Cara tidurkan bayi dengan muzik gelombang Delta

Muzik gelombang Delta adalah gelombang otak yang sering dikaitkan dengan tidur yang lena. 

Masyarakat sejak turun-temurun telah menggunakan muzik untuk merangsang gelombang Delta dalam otak, lalu membantu tidur dengan mudah.

Seorang ibu bernama Josphehine Y mengesahkan keberkesanan muzik jenis ini kerana ia membantu otak menjadi lebih tenang.

Kalau anda tercari-cari muzik gelombang Delta yang sesuai untuk bayi anda, apa kata anda cuba playlist ini:

#3 Cara tidurkan bayi dengan muzik dari permainan

Sesetengah ibu mengatakan bunyi muzik dari alat permainan turut mampu memudahkan si manja mereka tidur.

Wow! Dahsyat juga itu. Tapi seelok-eloknya, pilihlah muzik dari permainan yang agak perlahan. Ini supaya anak tidak terkejut dan terus terjaga.

#4 Cara tidurkan bayi dengan bunyi dalam rahim

Jangan terkejut dengan teknik atau cara tidurkan bayi ini! Sememangnya, bayi anda itu sudah biasa dan amat menggemari bunyi dalam rahim. 

Bunyi dalam rahim ini akan menenangkan anak, maka anak dapat tidur dengan lebih mudah, percayalah.

Kalau anda masih ragu-ragu, cuba pasang bunyi rahim di bawah ini untuk anak anda:

#5 Cara tidurkan bayi dengan Surah Ibrahim ayat 6-8

Tempoh hari, tular sebuah video yang menunjukkan seorang bapa berbangsa Arab mendengarkan laungan Surah Ibrahim dari Alquran untuk anaknya yang tidak dapat tidur.

Selepas mendengar surah tersebut, bayi itu serta merta tertidur! Jadi ibu-ibu boleh mencuba teknik dan cara tidurkan bayi dengan Surah Ibrahim ini seperti di bawah:

Ha… bagaimana? Ada di antara 5 jenis muzik ini yang anda ingin cuba? Cuba dulu, barulah anda tahu keberkesanannya.

Buat isteri yang ada suami yang suka melayari YouTube, apa kata suruh suami anda itu download siap-siap lagu dalam senarai ini agar kalian boleh mencubanya malam nanti.

Selamat mencuba!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-susah-tidur-penyelesaian/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!