Baby Boy Ke Girl? Ini Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Tanpa Perlu Scan

Mengetahui jantina bayi dalam kandungan boleh dilakukan dengan beberapa cara antaranya menggunakan petua dari orang-orang tua ini dan ia terbukti tepat!

Sebaik sahaja mengetahui diri kini sudah berbadan dua, anda mungkin berasa sangat teruja menantikan kelahiran cahaya mata yang tercinta. Bukan itu sahaja, ibu ayah juga tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan bagi membuat persediaan sebelum bersalin.

Meskipun setiap klinik kerajaan dan pakar puan dilengkapi dengan mesin yang canggih, sebenarnya anda boleh mengesan jantina anak secara lebih awal berpandukan beberapa tips di bawah.

Cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan 

Menurut perkongsian di laman Facebook, ada lima kaedah yang boleh membantu ada melakukan ramalan mengenai jantina bayi dalam kandungan.

Scan telah dibuat kali kedua di klinik kesihatan, namun dapat tahu result untuk jantina anak saya. Katanya dalam 7 bulan juga boleh nampak. Tapi boleh rujuk mana-mana klinik swasta jika nak tahu lebih cepat.

Sama seperti pasangan lain, kami juga sangat teruja untuk mengetahui jantina dalam kandungan ini.

Ada beberapa ramalan yang boleh ibu ayah buat. Namun diingatkan ia cuma ramalan semata-mata, selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu.

#1. Cara mengetahui jantina bayi melalui tanda-tanda mengandung

tanda hamil lelaki

credit to sources

Tanda hamil anak lelaki

  • Perut anda akan memboyot ke hadapan dan rendah.
  • Anda kelihatan berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan lebih besar daripada kiri.
  • Anda teringin untuk makan makanan yang lebih protein seperti keju atau daging.
  • Kaki cepat sejuk dan kulit kering.
  • Rambut jadi lebih cepat berkilat semasa hamil.
  • Tidur selalu menghadap ke sebelah kiri.
  • Anda lebih agresif semasa melakukan hubungan seks berbanding suami anda.
  • Anak sulung anda (jika ada dan perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
  • Hidung kelihatan besar dan kembang.

Tanda hamil bayi perempuan

  • Degupan bayi anda lebih cepat daripada 140 kali seminit.
  • Perut berbentuk bulat dan tinggi.
  • Muka hilang seri dan anda sangat “moody”.
  • Mabuk hamil semasa 12 minggu kehamilan.
  • Payudara kiri kelihatan lebih besar daripada kanan.
  • Anak mata tidak mengembang jika lihat cermin dalam masa seminit.
  • Teringin untuk memakan benda manis.
  • Kulit kelihatan lembut.
  • Suami lebih agresif semasa hubungan seks.
  • Rambut nipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Tidur mengiring ke kanan semasa hamil.
  • Air kencing berwarna kuning samar.
  • Jika memegang bayi perempuan semasa hamil, dia menangis.
  • Punggung melebar ketika hamil.

#2. Berdasarkan kadar denyutan jantung bayi

mengesan jantina anak

credit to sources

Sekiranya kadar denyutan jantung bayi atas daripada 140 kali, bayi dalam kandungan mungkin adalah perempuan. Manakala jika bawah daripada 140, jantina bayi dikatakan lelaki.

#3. Menggunakan jadual jantina

Katanya jadual ini diambil oleh ilmuan dari makam kerajaan di Beijing, RRC. Naskah asli terkubur selama 700 tahun dan kini disimpan oleh Institut Pengetahuan Beijing.

Ia dikira berdasarkan umur ibu mengandung dan juga bulan berapa benih terbentuk atau anda mula mengandung.

Caranya: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasilnya nombor genap, ia mungkin anak perempuan. Jika hasil ganjil, anak lelaki.

#4. Mengetahui jantina bayi melalui kalkulator kelahiran

Teknik ini adalah yang paling senang. Anda hanya perlu memasukkan tarikh lahir ibu dan tarikh benih mula terbentuk/ mula mengandung atau tarikh jangkaan bersalin.

Kalkulator ini akan mengira dan mengeluarkan hasil sama ada bayi dalam kandungan anda lelaki ataupun perempuan. Kalkulator ini dibangunkan berdasarkan ramalan ke-4 di atas.

#5. Kedudukan plasenta (uri)

tips jantina anak

credit to sources

Lokasi uri turut dikaitkan dengan jantina janin. Anda sebenarnya mampu mengetahui jantina seawal usia kandungan 6 minggu. Kaedah ini dikenali sebagai Ramzi’s Method oleh Dr. Saad Ramzi Ismail.

Pagi tadi saya ambil gambar scan janin. Seawal 6 minggu kita boleh mengesan jantina anak sama ada lelaki ataupun perempuan. Ini adalah kajian doktor 100 peratus, bukan kajian saya.

Kedudukan plasenta atau uri (rujuk gambar)

  • Jika berada sebelah kanan= bayi lelaki
  • Jika berada sebelah kiri= bayi perempuan

Kalau ibu-ibu tidak faham, boleh ambil gambar scan baby. Kemudian cari dekat mana plasenta dia, tandakan dengan pen sedikit dan letak gambar tersebut dekat perut. Tahu lah sama ada kiri ke kanan.

Ini adalah mitos dan petua orang tua untuk mengetahui jantina bayi semasa dalam kandungan. Selebihnya serahkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Baca juga: 14 Tanda Anda Hamil Anak Lelaki Menurut Islam, Ibu Pasti Akan Lebih Teruja!

Baca juga: Wanita Yang Stress Ketika Hamil Cenderung Dapat Bayi Perempuan- Kajian

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!