Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

lead image

Garis panduan cara memandikan bayi baru lahir beserta gambar ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin memandikan bayi dengan yakin dan selamat. Mari lihatnya!

Memandikan bayi baru lahir adalah pengalaman yang manis dan berharga untuk ibu bapa. 

Tetapi ada yang masih rasa takut dan kurang yakin terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka memandikan anak kerana badan bayi baru lahir sangat kecil and lembik.

Dengan mengikuti cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya berikut, pengalaman memandikan bayi anda akan menjadi saat yang indah dan dinanti-nantikan.

Cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

#1 - Menyediakan tab mandi untuk bayi baru lahir

cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

  1. Mula dengan mengumpul semua barang-barang mandian yang anda perlukan (tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik dan tempat untuk menukar lampin bayi.

    Sediakan tuala terbentang untuk mengeringkan bayi anda.

  2. Pastikan bilik berada pada suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu. Isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5 cm.

    Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku - ia mestilah kira-kira 36 ° C dan tidak rasa panas pada kulit anda.

  3. Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi anda. Pangku bahagian kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong  bahagian bawah badannya dengan tangan yang lain.

    Dengan perlahan-lahan masukkan bayi anda ke dalam tab mandi.

2 - Cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

  1. Tanpa melepaskan tangan, lembapkan kapas dengan air suam dan bersihkan kelopak mata anak baru lahir anda dengan perlahan-lahan.

    Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang baru untuk setiap mata yang berbeza.

  2. Hanya sedikit sabun bayi diperlukan untuk membasuh rambut bayi baru lahir anda. Sesetengah ibu bapa hanya menggunakan air dan kain lap.

    Mereka tidak menggunakan sabun sehingga bayi mereka lebih besar. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan anda sehingga bebas sabun. 

  3. Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru lahir (1), kemudian bahagian leher dan badan (2), akhirnya bahagian paha, kaki dan bahagian genital  (3).

3 - Langkah keselamatan yang penting dalam cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

  1. Bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak berendirian di dalam bilik mandi, tanpa pengawasan.

    Sekiranya anda perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi anda dengan tuala dan bawanya bersama anda.

  2. Elak dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin dan senang tergelincir dari tangan. 
  3. Pastikan anak anda sudah berpakaian dan sedang baring dengan selamat di dalam katilnya sebelum anda membersihkan tab mandi yang digunakan tadi.

Sumber: Raising Children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/peralatan-bayi-gunakan-semula-atau-beli/