Cat cafe paling popular di Malaysia yang wajib dikunjungi

lead image

Kunjungilah tempat-tempat ini bersama anak-anak anda!

Meow – Meow Cafe, Kuching Sarawak.

13754548_10209823074550685_5869176042729339599_n
Dengan persekitaran kafe yang luas dan seperti restoran, ruang makan dan bersantai dengan kucing dipisahkan melalui pintu kaca di dalam kedai. Anda bolehlah meluangkan masa bersama kucing kucing yang cukup comel dan molek di sini.

Purrfect Cat Café

13775901_837249949744328_2768245746032724940_n
Bagi yang berkunjung di Penang pula, Purrfect Cat Cafe adalah antara tarikan di Penang. Cenderahati, makanan dan minuman amat memuaskan hati di sini.

Ruang santai bersama kucing amatlah selesa, pengunjung berada seperti di rumah sendiri.

Coffee Cottage, Petaling Jaya, Selangor.

12227007_476337925872673_9012593592401064777_n

Walaupun sudah beroperasi selama dua tahun,cafe ini menjanjikan servis yang memuaskan hati, dengan layanan kucing-kucing yang gebu dan comel. Selain itu, kek juga dijual dengan harga istimewa setiap hari Rabu.

Pasangan yang bakal berkahwin boleh membuat majlis disini, iaitu mengadakan pergambaran pre-wedding.

Purradise Cat Cafe, TTDI KL.

12311166_731713636929161_597201846782071945_n

Jika anda berkunjung di sini, tempat ini ibarat syurga buat si comel. Anda boleh melihat kucing berada di mana-mana, termasuk di atas meja kaunter pembayaran.

Anda akan dijanjikan dengan ketenangan minda dan perasaan selepas bermanja dengan kucing-kucing di sini. Gelagat kucing yang mencuit hati akan menyebabkan anda rasa terhibur.

Panda Pet House, Shah Alam.

10686893_966555170054294_6564651339810431058_n

Dengan nama sahaja anda sudah boleh mengagak bahawa tempat ini bukan sahaja menyediakan servis layanan kucing, malahan binatang lain seperti arnab. Namun begitu, kedua-dua gelagat haiwan ini dapat membuatkan anda terhibur.

Jika anda yang fobia dengan kucing, arnab menjadi pilihan alternatif anda untuk bermanja dan merehatkan minda. Di samping itu, ibu bapa tidak teragak-agak untuk membawa anak kecil ke sini kerana arnab bukan sejenis haiwan yang suka mencakar dan selamat untuk anak kecil.

Johan & His Cats

2 (1)
Terletak di Setia Alam, Shah Alam, Studio ini menempatkan lebih dari 25 baka kucing dari seluruh dunia. Baka baka seperti Norwegian Forest Cat, Ragdoll, Abbysinian, Devon Rex, Sphynx, Napoleon dan banyak lagi. Studio ini beroperasi dari bangunan 3 tingkat supaya boleh mengampung kebanyakan pengunjung dan selesa untuk manusia dan kucing.

jellybean

Jellybean tengah rileks

Kucing tersayang Hanis Zalikha (Bujibu) juga adopted dari sini, girlfriend Bujibu yang namanye Jellybean pulak tinggal bersama Johan, pengurus dan pemilik Johan & His Cats.