Cat cafe paling popular di Malaysia yang wajib dikunjungi
Kunjungilah tempat-tempat ini bersama anak-anak anda!
Meow – Meow Cafe, Kuching Sarawak.
Dengan persekitaran kafe yang luas dan seperti restoran, ruang makan dan bersantai dengan kucing dipisahkan melalui pintu kaca di dalam kedai. Anda bolehlah meluangkan masa bersama kucing kucing yang cukup comel dan molek di sini.
Purrfect Cat Café
Bagi yang berkunjung di Penang pula, Purrfect Cat Cafe adalah antara tarikan di Penang. Cenderahati, makanan dan minuman amat memuaskan hati di sini.
Ruang santai bersama kucing amatlah selesa, pengunjung berada seperti di rumah sendiri.
Coffee Cottage, Petaling Jaya, Selangor.
Walaupun sudah beroperasi selama dua tahun,cafe ini menjanjikan servis yang memuaskan hati, dengan layanan kucing-kucing yang gebu dan comel. Selain itu, kek juga dijual dengan harga istimewa setiap hari Rabu.
Pasangan yang bakal berkahwin boleh membuat majlis disini, iaitu mengadakan pergambaran pre-wedding.
Purradise Cat Cafe, TTDI KL.
Jika anda berkunjung di sini, tempat ini ibarat syurga buat si comel. Anda boleh melihat kucing berada di mana-mana, termasuk di atas meja kaunter pembayaran.
Anda akan dijanjikan dengan ketenangan minda dan perasaan selepas bermanja dengan kucing-kucing di sini. Gelagat kucing yang mencuit hati akan menyebabkan anda rasa terhibur.
Panda Pet House, Shah Alam.
Dengan nama sahaja anda sudah boleh mengagak bahawa tempat ini bukan sahaja menyediakan servis layanan kucing, malahan binatang lain seperti arnab. Namun begitu, kedua-dua gelagat haiwan ini dapat membuatkan anda terhibur.
Jika anda yang fobia dengan kucing, arnab menjadi pilihan alternatif anda untuk bermanja dan merehatkan minda. Di samping itu, ibu bapa tidak teragak-agak untuk membawa anak kecil ke sini kerana arnab bukan sejenis haiwan yang suka mencakar dan selamat untuk anak kecil.
Johan & His Cats
Terletak di Setia Alam, Shah Alam, Studio ini menempatkan lebih dari 25 baka kucing dari seluruh dunia. Baka baka seperti Norwegian Forest Cat, Ragdoll, Abbysinian, Devon Rex, Sphynx, Napoleon dan banyak lagi. Studio ini beroperasi dari bangunan 3 tingkat supaya boleh mengampung kebanyakan pengunjung dan selesa untuk manusia dan kucing.
Kucing tersayang Hanis Zalikha (Bujibu) juga adopted dari sini, girlfriend Bujibu yang namanye Jellybean pulak tinggal bersama Johan, pengurus dan pemilik Johan & His Cats.