Aduh! Anda Tercedera Semasa Berjimak? Ini Jenis-Jenis Cedera Ketika Seks Anda Perlu Tahu

Melakukan hubungan seks merupakan aktiviti yang menyenangkan bagi suami dan isteri. Tapi jika anda tidak berhati-hati, cedera ketika seks boleh terjadi!

Hubungan intim dalam rumah tangga boleh merapatkan suami isteri. Ia juga menjadi salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan ghairah pada pasangan. Tapi, aktiviti yang menyeronokkan ini juga boleh menyebabkan cedera ketika seks dan kesannya sangat menyakitkan!

Mungkin anda pernah mendengar tentang vaginismus, keadaan di mana otot faraj mengecut apabila dimasukkan zakar. Penyebab terjadinya vaginismus masih belum diketahui.

Beberapa orang percaya ia terjadi akibat rasa cemas yang dialami wanita semasa melakukan hubungan intim.

Donnica Moore seorang pakar ginekologi dari New Jersey mengatakan, cedera ketika seks adalah hal yang biasa terjadi. Namun, tiada data yang pasti kerana ramai yang tidak mahu mengaku mereka dapat kecederaan dari hubungan seks.

5 Jenis Cedera Ketika Seks Yang Ramai Pasangan Tidak Tahu

1. Cedera ketika seks: Serviks lebam

cedera ketika seks

Kredit: Freepik

Punca serviks lebam selepas perhubungan intim adalah kerana penetrasi yang terlalu dalam akibat seks yang terlalu kuat dan bersemangat. Ada juga beberapa kes yang menyebabkan faraj terkoyak.

Risiko terjadinya sekviks lebam adalah bergantung pada anatomi tubuh suami dan isteri. Jika zakar suami besar dan saluran faraj anda sempit, maka serviks lebam boleh terjadi.

Kesannya sangat menyakitkan. Jika sakit yang anda alami tidak reda, anda perlu segera rujuk kepada doktor.

2. Cedera ketika seks: Faraj terkoyak

Faraj terkoyak ketika melakukan seks menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang boleh berlakunya jangkitan. Donnica menjelaskan, faraj terkoyak terjadi akibat faraj tidak mengeluarkan pelincir yang cukup dan tidak menggunakan lubricant.

Untuk mencegah faraj terkoyak, pastikan anda mengeluarkan pelincir yang cukup sebelum suami memasukkan zakarnya. Jika faraj terlalu kering dan tidak boleh mengeluarkan pelincir yang cukup, anda boleh guna pelincir yang dijual di pasaran.

3. Cedera ketika seks: Sakit di bahagian faraj

cedera ketika seks

Kredit: Medical News Today

Antara cedera seks yang biasa adalah sakit di bahagian faraj selepas melakukan hubungan intim. Tapi rasa sakit ini boleh sembuh dengan sendiri.

“Jika terasa sakit di bahagian faraj, aktiviti seks perlu dihentikan untuk meredakan sakit dengan cepat.” Kata Donnica.

Makan ubat tahan sakit juga dapat membantu meredakan sakit tersebut. Selain itu anda boleh cuba mandi air suam dan menekan kain yang dicelup air suam ke faraj.

4. Zakar patah

Zakar tidak patah seperti kayu terpatah 2 kerana zakar tidak memiliki tulang. Tapi, di dalam zakar ada pembuluh darah berongga. Apabila zakar patah, rongga berisi pembuluh darah keluar melalui laluan yang sepatutnya.

Ia boleh terjadi apabila zakar mengeras dalam keadaan bengkok secara tiba-tiba. Keadaan ini disebabkan oleh gerakan seksual yang terlalu bersemangat semasa di dalam posisi woman on top atau doggy style.

Jika anda mendengar bunyi retakan atau suami menunjukkan rasa sakit semasa melakukan hubungan seks, hentikan aktiviti anda dan tekan zakar suami dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

Jika sakit tak berkurang, segera ke doktor.

5. Kekejangan

Hubungan seksual menggunakan tenaga yang banyak. Jadi, tak hairan jika anda merasa kejang di bahagian peha atau betis semasa atau selepas melakukan seks.

Jika dianggap remeh, kejang ini boleh menyebabkan sakit yang luar biasa. Untuk mengelakkan kekejangan, cuba tukar posisi seks sebanyak yang mungkin supaya badan anda tidak berada dalam posisi yang sama terlalu lama.

Mencegah cedera ketika seks daripada terjadi

Aduh! Anda Tercedera Semasa Berjimak? Ini Jenis-Jenis Cedera Ketika Seks Anda Perlu Tahu

Kredit: Freepik

Kunci untuk mencegah cedera ketika seks adalah berhati-hati. Pastikan faraj anda basah dengan baik sebelum penetrasi. Melakukan hubungan seks secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru juga boleh mengurangkan risiko cedera ketika seks.

Pastikan anda relax dan dalam keadaan tenang semasa melakukan hubungan intim supaya anda dan pasangan anda dapat menikmati momen tersebut.

Jika anda selalu sakit semasa melakukan seks, bincang dengan doktor anda supaya anda dapat mengatasi masalah ini.

Seks seharusnya menjadi aktiviti yang menyenangkan bagi kedua belah pihak, jika salah seorang dari anda tidak merasa selesa, beritahu pasangan anda. Jika anda simpan sendiri, ia boleh menjadi masalah pada masa hadapan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga: “Saya Tak Dapat Melakukan Seks Langsung Walaupun Selepas Kahwin…”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!