Wanita Ini Bahagia Bergelar Janda Lepas Dicerai Talak 3 Oleh Suami Tak Guna!

lead image

Wanita harus kuat dan berani meskipun ditinggal suami sebatang kara. Jadikan kisah ini sebagai teladan...

Siapa yang tidak sedih bila perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun hancur berkecai selepas suami melafazkan cerai talak 3. 

“Kau keluar rumah malam ini, jatuh talak tiga. Dengan senyuman penuh bangga, aku keluar dari rumah itu. Maka bermula kisah aku sebagai janda bahagia” 

Begitulah yang terjadi kepada wanita ini. Ikuti kisahnya…

Suami lafaz cerai talak 3 selepas tujuh tahun bersama

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sirap limau.jpg Wanita Ini Bahagia Bergelar Janda Lepas Dicerai Talak 3 Oleh Suami Tak Guna!

Kredit: Sirap Limau

Akhirnya, Jumaat 13 April 2018 lalu, selepas tujuh tahun berkahwin, saya diceraikan dengan talak tiga. 

Ya, tempoh masa itu sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya. 

Sebelum berkahwin… 

Sebelum berkahwin, suami dan keluarga mertua memang baik. Tapi ketika bertunang, sudah nampak sikap keluarga suami yang kurang menyenangkan namun saya tetap positif. Saya anggap tiada manusia sempurna, maka sabarlah. 

Hampir dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak oleh mertua. Namun saya tetap positif.

Ujian demi ujian, namun saya tetap tersenyum dan berpesan pada diri supaya sabar. 

Seminggu selepas berkahwin, keluarga mertua rancang buat hari keluarga. Saya okey saja, namun tak sangka pada hari kejadian, ayah masuk wad. 

Saya minta suami hantar tapi mertua kata adik beradik saya yang lain kan ada. Saya setuju tapi malam itu juga ayah meninggal dunia. 

Tahun kedua perkahwinan 

Alhamdulillah, kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap untuk balik kampung suami (wajib raya pertama rumah mertua). Tapi ibu saya diserang strok.

Saya tak mahu ulang kebodohan lalu dan bertegas untuk hantar ibu ke klinik serta menjaganya. 

Suami masih dengan alasan adik beradik saya boleh jaga tapi saya berkeras. Maka, itu kali pertama tangannya naik ke muka saya.

Sebulan selepas itu, ibu meninggal dunia dan adik beradik pulaukan saya kerana terlalu ikut kata suami dan mertua. 

Januari 2014 

Kini, usia anak kami dua tahun. Manakala adik suami berkahwin dengan wanita pilihannya lulusan ijazah kejuruteraan. 

Bermula episod telinga saya berdarah dengan segala cemuhan, sindiran dan perbandingan. Menantu baru diangkat setingginya.

Saya yang lulusan STPM hanya senyum sambil dukung anak tiap kali dibandingkan dari segi akademik. 

Saya masih sabar dan hormati keluarga suami. 

Campur tangan mertua dalam rumah tangga semakin berterusan…

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/iluminasi.jpg Wanita Ini Bahagia Bergelar Janda Lepas Dicerai Talak 3 Oleh Suami Tak Guna!

Kredit: Iluminasi

2015, saya sambung Ijazah di UiTM Shah Alam secara jarak jauh. Kelas hanya hujung minggu. 

Suami agak keberatan dan minta saya tanya pada ibunya. Dalam hati apa kena mengena ibunya dengan saya nak sambung belajar? 

Bila suami lihat saya berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya dan buat loud speaker. 

Jelas dan terang ibunya berkata “Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke? 

Namun saya tetap berkeras tapi takut ditampar lagi atau diceraikan kerana saya kini sebatang kara, adik beradik sudah mula benci. Akhirnya suami setuju tapi yuran saya tanggung sendiri. 

Bermula kehidupan sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu dan menantu. 

Saya bersyukur Amar, anak saya baik dan jarang buat perangai jadi memudahkan segara urusan saya berjalan lancar. 

Setiap hari berulang alik ke Shah Alam naik bas dan terpaksa bayar pengasuh lebih kerana hantar bukan hari bekerja. Semuanya guna duit saya. 

Terdengar ura-ura suami nak kahwin lagi…

Saya tersentak tapi selagi bukan dari mulutnya yang beritahu, saya abaikan saja. 

Hingga satu malam suami ajak berbincang. Masa itu, saya dapat rasa jantung berdegup laju dan tangan berpeluh serta menggeletar. 

Ya, dia beritahu dia sedang berkawan dengan perempuan lain dan sudah setahun mengenali. 

Kemudian dia menyambung “awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan. Tapi kalau nak kahwin sekalipun tak perlu minta izin awak. 

Saya senyum dengar ayat dia dan bertanya bila dia mahu berkahwin dengan wanita tersebut. Katanya, tahun depan lalu saya angguk dan terus masuk tidur.

Menangis sepuasnya sambil peluk anak 

Pukul 4 pagi, saya terjaga dan terus saya buat solat sunat. Setelah itu saya ke bilik anak dan memeluknya sambil menangis dengan sepuasnya. 

Satu ayat keluar dari mulut Amar, “Mak, Amar tak suka babah.”  Saat itu juga saya nekad untuk buat keputusan terbesar dalam hidup. 

Kemudian saya mula membantu rakan pejabat berniaga online untuk membeli keperluan susu Amar sebab suami tak pernah hulur duit nafkah kerana dia tahu saya bekerja.

Berbekalkan duit simpanan RM3800, saya beli kancil second hand. Suami bertanya kereta siapa itu dan menendang sikit tayar kereta tersebut sambil berkata besi buruk atas highway. Saya hanya senyum dan fokus pada misi saya. 

Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan pula semakin susut. Baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

Berita suami ditangkap khalwat 

November 2017, saya dikejutkan dengan berita suami ditangkap khalwat. Keluarga suami percaya dia dianiaya. 

Malah mereka terima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana dia seorang eksekutif bergaji besar. 

Ibu mertua kata “kena redha dimadukan. Orang suruh jaga suami tapi pulun sambung belajar”. 

Dcember 2017, suami berkahwin lagi. Malah dia semakin tak ambil peduli hal saya dan Amar. 

Suami lafaz cerai talak 3 di rumah itu 

Selesai peperiksaan akhir, suami ajak tiggal di rumah madu kerana dia tak mampu bayar sewa rumah yang saya duduk.

Saya menolak dengan baik dan dia kata “pandai-pandai kaulah cari rumah lain, aku tak akan bayar sewa rumah ini dah. Perabot rumah aku pindahkan esok. Saya hanya jawab OK. 

Malam itu saya kemas baju dan segala keperluan Amar. Lalu dia terkejut dan bertanya dengan mata terbeliak sambil berkata “Kau keluar dari rumah malam ini, jatuh talak tiga”. 

Saya dengan senyuman bangga mengambil barang-barang, Amar dan kunci kereta terus ke rumah sewa baru. 

Urusan perceraian selesai & lafaz cerai talak 3 itu sah! 

Alhamdulillah hari ini, segala urusan perceraian selesai selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu. 

Kini saya adalah seorang janda yang sangat bahagia dan bersedia secara fizikal dan mental. Juga kewangan. 

Sekarang saya hanya ingin beri tumpuan pada Amar dan mencari semula adik beradik serta kawan-kawan yang saya pernah lupa dahulu. Saya ingin meminta maaf dengan mereka semua atas kebodohan saya. 

*********************************

Kesimpulannya, jika suami cerai talak 3 sebagai isteri jangan pernah merasa kehilangan tapi wanita harus cekal dan kuat mengharungi dugaan hidup ini.

Benar, cinta manusia selalu dicurangi tapi cinta Tuhan Yang Satu kekal abadi…

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber dan kredit gambar: ekisah

Baca juga: 

Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!