Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z

lead image

Jom buat checklist ini sebelum anda menyerah diri ke hospital dan bersedia untuk bersalin

Biasanya, jika mummy akan melahirkan bayi sulung, mummy pasti akan sedikit teruja untuk sediakan barang baby. Kalau dah lama tak beranak tapi tiba-tiba mengandung, mummy pun rasa excited kan nak checklist barang baby ini.

Kadang-kadang ‘terlupa’ atau tertinggal untuk belikan keperluan barang baby yang penting. Jadi di sini, kami ingin membantu mummy dan daddy chekclist barang baby bermula dari pakaian sehingga barang yang perlu dibawa ke hospital. Ok jom semak! 

Checklist barang baby: Pakaian bayi baru lahir

checklist barang baby, hospital bag checklist, checklist barang bayi, checklist, check list sebelum ke hospital,

Kredit: Pinterest

Biasanya, mummy perlu sediakan baju dan seluar panjang yang mencukupi kerana bimbang bayi dalam kesejukan malam atau berbintat dek gigitan nyamuk.

Manakala waktu siang, mummy boleh gayakan baby dengan rompers atau T-shirt dan seluar pendek supaya baby tak panas. Ini antara baju bayi baru lahir yang perlu disediakan:

  1. 5 helai baju baby lengan panjang 
  2. 14 helai baju lengan pendek 
  3. 12 helai seluar panjang 
  4. 4 helai seluar pendek 
  5. 10 helai barut baby 
  6. 3 helai rompers 
  7. 11 pasang mittens and booties
  8. 2 helai topi kepala 
  9. Kain bedung 

Checklist barang baby: Diapering 

Kalau nak beli pampers, baby biasanya guna saiz new born tapi bila baby dah masuk ke 2 bulan ke atas, berat badan akan naik jadi ibu boleh tukar pada saiz S atau M. 

  1. 1 paket (12 helai) napkin baby 
  2. Baby pin 
  3. Pampers @ lampin pakai buang 
  4. Tisu basah 
  5. Changing mat 
  6. Nappy liners 
  7. Detergent 
  8. Nappy krim 

Checklist barang baby: Baby care & grooming 

checklist barang baby, hospital bag checklist, checklist barang bayi, checklist, check list sebelum ke hospital,

Kredit: the bump.com

Barang mandian baby juga penting tapi test dulu di kulit bayi bimbang tak sesuai dan jangan beli terlalu banyak. Jika tak sesuai kan mummy rugi.

Jadi cukup beli yang botol kecil dahulu, kalau tak sesuai boleh tukar dengan jenama lain pula. 

1. Sabun mandi 
2. Shampu bayi 
3. Bedak bayi 
4. Baby lotion
5. Minyak bayi 
6. Tab mandian bayi 
7. Tuala mandi 
8. Krim nappy rush 
9. Vicks
10. Gunting kecil 
11. Pemotong kuku 
12. Nasal aspirator 
13. Termometer 
14. Sikat (guna jika perlu, kalau tak ada cukup rapikan rambut anak dengan tangan) 
15. Berus gigi (ini boleh beli bila dah ada gigi) 
16. Kapas putih (saiz baby)

Checklist barang baby: Penyusuan 

Ini juga adalah barang keperluan yang penting. Ibu harus teliti dengan betul ya! 

1. Botol susu 
2. Puting (jika perlu) 
3. Berus pembersih botol 
4. Cecair pencuci botol susu khas untuk bayi 
5. Breast pump
6. Cooler beg untuk simpan susu yang dipam (terutama ibu yang bekerja) 
7. Bekas simpanan susu perah @ storage bottle 
8. Nursing bra 
9. Nursing pad 
10. Termos

Checklist barang baby: Keperluan tidur 

Untuk mudahkan bayi tidur malam dengan mudah, ibu perlu menyediakan set tidur yang lembut dan sejuk. Supaya bayi lebih selesa dan tak kerap bangun malam. Hanya bangun untuk menyusu sahaja. 

 1. Set tilam (yang paling best tilam organik kekabu) 
2. Selimut kecil 
3. Baby cot @ katil bayi 

Checklist barangan asas untuk mummy 

checklist barang baby, hospital bag checklist, checklist barang bayi, checklist, check list sebelum ke hospital,

Kredit: baby and child

1. Set selepas bersalin atau set semasa berpantang 
2. Bengkung 
3. Baju sejuk 
4. Tungku moden 
5. Selipar 
6. Kain batik 
7. Pad (extra besar dan panjang) 
8. 3 pasang stokin tebal 
9. Sebotol minyak urut 

Kelengkapan lain jika perlu

 1. Stroller 
2. Car seat
3. Baby carrier 
4. Diapers bag

Checklist beg hospital mummy 

1. Buku rawatan merah 
2. Kad pengenalan 
3. Baju/tshirt 
4. Kain batik 
5. Tudung 
6. Stokin 
7. Baju dalam/ seluar dalam 
8. Tuala muka 
9. Peralatan mandi 
10. Tuala mandi 
11. Bedak, sikat. 
12. Maternity pad, pad biasa, breastpad
13. Baju sejuk, selipar, beg plastik kotor
14. Minyak angin 
15. Beg pakaian, getah rambut 

Checklist beg baby 

1. Pampers saiz new born 
2. Baju siang dan malam (panjang) 
3. Seluar siang dan malam (panjang) 
4. Mitten & booties 
5. Bedung 
6. Barut 
7. Topi
8. Selimut 
9. Tuala mandi baby 
10. Tuala muka
11. Tisu basah 
12. Keperluan barangan mandi baby 
13. Bedak, baby lotion, baby oil 
14. Vicks 
15. Minyak telon
16. Napkin
17 Diaper bag 
 
Macam mana mummy, sudah lengkap checklist ini? Tak mengapa kalau belum, take note yang mana penting dahulu ok? Semoga urusan mummy dipermudahkan 🙂 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kredit gambar: Baby Chick
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner