Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya

lead image

Walaupun sudah hampir nazak dan tak mampu untuk bangun, bapa ini tetap ingin teman anaknya di hari perkahwinan. Bukti cinta ayah kepada anak perempuannya.

Kisah ini memang sungguh menyayat hati. Inilah sebab kenapa anak perempuan memerlukan ayahnya. Kerana, cinta ayah kepada anak perempuannya tak berpenghujung.

Walaupun menghidap kanser hati, ia tak menghalang Pedro Villain untuk menunaikan permintaan terakhirnya.

Kelebihan dan kebanggaan setiap bapa, iaitu untuk membawa anaknya berjalan di lorong pada hari perkahwinan anaknya. Pendek kata, berada dekat dengan anaknya ketika mereka akan berkahwin.

Kisah indah tentang cinta ayah kepada anak perempuannya

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/39196809 10156767083361977 1402785891386130432 n 1.jpg Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya

Charlotte Villarin tahu permintaan akhir bapanya adalah untuk menyaksikan perkahwinannya.

Dia memberitahu Coconuts Manila,

"Perkahwinan ini adalah untuk ayah saya kerana dia ingin berjalan bersama saya dan menyaksikan perkahwinan saya. Menurutnya, saya adalah anak perempuan kesayangannya."

Ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana keadaan kesihatan Pedro semakin teruk dan keluarga bergelut dengan lawatan hospital.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/39296963 10156767083611977 7912720680095842304 n.jpg Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya

Charlotte mendedahkan,

"Kami mengupah ambulans dan jururawat peribadi untuk perkahwinan ini, kami ingatkan yang dia boleh duduk di atas kerusi roda, tapi keadaan kesihatannya tak mengizinkan dan kami terpaksa menggunakan pengusung dari ambulans.

"Ayah sama memang betul-betuk berkorban untuk saya kerana dia sedang dalam kesakitan yang teramat sangat.

Kami bersyukur kepada tuhan kerana memberi kami kesempatan bagi menjayakan permintaannya."

Pengurus majlis dan ahli keluarga bertungkus-lumus membantu Pedro untuk menunaikan impiannya untuk membawa anaknya berjalan di lorong.

Cinta ayah pada anak perempuannya tak bertepi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/39012937 10210430340149907 6453697324454510592 n.jpg Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya

Jurugambar perkahwinan Law Tapalla mengatakan

"Pedro Villarin membawa anaknya berjalan di lorong seperti bapa-bapa lain walaupun keadaan kesihatannya membuatkan perkara ini sukar untuk dilaksanakan.

"Perkahwinan Mark dan Charlotte merupakan hari meraikan cinta, bukan sahaja cinta mereka berdua tapi cinta yang semakin merapatkan hubungan keluarga ini."

Sedihnya, Pedro meninggal beberapa hari selepas perkahwinan anaknya itu.

Charlotte merasa sedih dengan pemergian bapanya tapi dia tahu yang bapanya meninggal sebagai seorang yang gembira.

"Ia memang menyakitkan tapi bila dia meninggalkan dunia ini selepas menunaikan impiannya memimpin saya ketika berkahwin, saya gembira ," katanya kepada Coconuts Manila.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/bedridden dad 1 1.jpg Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya

Ayah merupakan hero kepada anak perempuan mereka. Ayah merupakan lelaki pertama yang mereka katakan "I love you."

Tak ada orang di dalam dunia ini yang boleh menandingi cinta ayah kepada anak perempuannya.

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Facebook Charlotte Gay N. Villarin

Sumber asal ditulis oleh Jaya, diterjemah semula dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!