Tiada Istilah Menumpang Kasih, Ini Pesanan KHAS Buat Anda Yang Mencintai Suami Orang

undefined

Kebelakangan ini pelbagai kisah berlaku mengenai wanita terlalu cinta suami orang sehingga mereka sanggup bermadu. Namun, sila baca pesanan khas ini dahulu!

Dalam diam, ramai terjebak dengan cinta suami orang dan menyatakan ia adalah takdir yang sukar untuk ditolak.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir wanita yang tidak mengetahui status sebenar kekasih mereka kerana terlalu dibuai dengan kata-kata manis seorang lelaki buaya darat.

Kisah cinta suami orang

terlalu cinta suami orang

credit to sources

Sekiranya anda mengetahui si dia yang telah lama bertakhta dalam hati memiliki isteri dan anak-anak sedang membesar, adakah anda masih selesa bercinta secara diam-diam dan kekasih gelap.

Pastinya soal hati sukar untuk disangkal. Namun, sekiranya perkara yang anda lakukan salah, ia akan tetap selamanya salah.

 Wanita yang mahukan cinta suami orang akan sering menggunakan alasan sekadar ”menumpang kasih”. Jika ditanya perkara ini terhadap diri sendiri, anda juga akan sensitif dan tidak mahu berkongsi orang tersayang dengan perempuan lain.

Sudah pasti bagi pihak isteri yang sudah sekian lama setia bersama suami, hatinya akan hancur luluh mengetahui pasangannya kini mempunyai isteri baru tanpa pengetahuan sesiapa.

Kebiasaannya, ramai yang terperangkap dengan janji manis untuk mencapai kebahagiaan bersama dengan melepaskan isteri pertama.

Sifir ringkas buat wanita menumpang kasih

Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook, Wan Utama, dia telah berkongsi sifir ringkas khusus buat para wanita yang sedang menumpang kasih suami orang.

”Memang betul jodoh adalah ketentuan Allah. Namun, sangat pelik perangai lelaki tidak pandai bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan,”

”Kebanyakannya jika dilihat, rupa paras suami yang tidak begitu kacak memiliki isteri cantik. Tetapi masih lagi tidak cukup dan ingin pasang yang lain,” luahnya.

Kepada para wanita, sebelum anda menerima cinta suami orang untuk menjadi pasangan hidup dan sanggup bermadu buat selama-lamanya, sila teliti pesanan ini terlebih dahulu:

#1. Kemampuan memikul tanggungjawab

perasaan cinta suami orang

credit to sources

Periksa dahulu adakah suami orang yang anda cintai mampu atau tidak untuk menanggung sebuah keluarga lagi.

Pastikan anda menyemak keseluruhan pendapatan yang dimilikinya. Silap-silap selama ini anda keluar dating dan diberikan hadiah mahal-mahal, segalanya menggunakan duit isteri pertama.

#2. Kenali bakal madu

Jangan lupa selidik rupa paras isterinya. Kebiasaannya, lelaki sering menggunakan alasan isteri sudah tidak mantap, hilang keyakinan dan kelihatan seperti orang gaji ketika di rumah.

Biasalah, suami yang tidak bertanggungjawab akan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Mungkin waktu ini anda kelihatan sangat menawan di matanya, namun jangan lupa bahawa selepas ini dia boleh bertemu perempuan yang lagi cantik selepas anda jadi miliknya!

#3. Alasan ingin zuriat

akibat cinta suami orang

Buat segelintir lelaki, meskipun baru berkahwin pastinya inginkan cahaya mata. Namun, jangan terburu-buru kerana rezeki anak akan datang pada waktu yang tepat.

Alasan ini digunakan untuk kahwin seorang lagi sangat populor dalam kalangan lelaki. Namun sebenarnya, akibat keegoan yang enggan melakukan ujian kesuburan hanya menunding jari mengatakan isterinya mandul. Padahal, diri sendiri yang bermasalah!

#4. Berfikir secara waras

Gunakan akal dan fikiran yang waras ketika membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami orang.

Teliti jarak umur anda dan kekasih. Jika ia jauh berbeza, sila fikir lagi sekali kerana mungkin kehidupan akan menjadi lebih sukar.

Bayangkan sahaja kekasih hati sudah berusia 55 tahun, isteri pertamanya 50 tahun dan anda pula baru 27 tahun.

Lepas setahun berkahwin, disahkan mengandung dan belum sempat melahirkan anak, suami sudah meninggal dunia. Nak ke lalui hidup membesarkan anak seorang diri?

#5. Lelaki tidak pernah puas

Lumrah lelaki hanya menginginkan perkara yang indah sahaja tanpa membantu isteri menjaga anak-anak dan mengurus tugasan rumah.

Jika si dia hanya mencintai anda kerana paras rupa, adakah nanti dirinya akan kekal setia setelah fizikal anda berubah kerana peningkatan usia?

Fikirkan sekali lagi. Pada hari ini, dia sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak hanya kerana seorang wanita, tidak mustahil dirinya boleh melakukannya lagi terhadap anda kelak.

Alasan poligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi sering digunakan. Sekiranya waktu bercinta, tangannya sudah menyentuh bahagian tubuh badan anda, adakah dia lelaki yang beriman dan terbaik?

Kesimpulannya, tiada istilah menumpang kasih ketika bercinta dengan suami orang jika hubungan anda dilakukan secara diam-diam dan menipu isteri pertama.

Sumber: Petua Ibu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Tiada Istilah Menumpang Kasih, Ini Pesanan KHAS Buat Anda Yang Mencintai Suami Orang

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkecurangan-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!