Kisah Benar: "Saya Tidak Dapat Rasa Pergerakan Bayi..Dan Saya Kehilangan Dia"

undefined

Ibu ini berkongsi, supaya wanita hamil dapat memahami betapa pentingnya untuk kita fahami corak pergerakan bayi dan ciri bayi meninggal dalam kandungan. 

14 Ogos 2013. Ini adalah hari yang telah mengubah hidup saya. Walaupun untuk berkongsi cerita peribadi saya mengenai kehilangan bayi ini merupakan sesuatu yang sukar, saya ingin berkongsi, supaya wanita hamil dapat memahami betapa pentingnya untuk kita fahami corak pergerakan bayi dalam kandungan dan ciri bayi meninggal dalam kandungan.  Walaupun sedikit perubahan dalam pergerakan bayi boleh memberi tanda sesuatu yang tidak baik. 

2a.m. Ia merupakan satu malam yang senyap sunyi seperti malam-malam lain. Namun saya berasa cukup teruja malam itu, mengetahui apabila malam ini akan berakhir, bermulalah satu lagi hari baru. Saya mengucup anak lelaki saya yang akan masuk usia 15 bulan tak lama lagi, dan bermulalah satu malam yang cukup panjang. 

Saya rasa cukup bersemangat sewaktu saya duduk di dalam teksi, ditemani ibu bapa saya. Suami saya kerja malam itu dan baru saja menerima panggilan daripada saya. Waktu itu saya rasa teruja dan gementar pada masa yang sama. Segalanya berlaku cukup pantas. Tidak lama selepas itu saya rasakan satu kesakitan yang teramat, kemudian air ketuban saya pecah dan saya dalam perjalanan ke hospital. 

Waktu kelahiran anak pertama saya, saya telah di induce, jadi saya tidak tahu apa yang patut saya jangkakan kali ini. Sepanjang perjalanan ke hospital saya tak boleh henti memikirkan mengapa ada sedikit warna hijau seakan coklat pada air ketuban saya yang keluar, manalah saya tahu ia antara ciri bayi meninggal dalam kandungan. Kemudian saya terus tidak mempedulikannya, menganggap ia adalah perkara biasa. 

“Saya tidak dapat merasa pergerakan bayi”

ciri bayi meninggal dalam kandungan

Saya melihat ke luar jendela, mengharapkan saya dapat tiba di hospital secepat yang mungkin. Saya tidak takut menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya, saya dan pernah melaluinya sebelum ini. Saya mesti akan lalui prosedur c-section kecemasan, mengikutkan yang saya lalui prosedur yang sama sebelum ini. Kami akan menjadi keluarga berempat, sempurna dengan anak puteri kami. 

Kemudian saya mula terfikir. Bila ya saya rasakan gerakan terakhir bayi? Yang pasti bukan dalam sejam dua baru ni. Saya cepat-cepat cuba mengalih perhatian, mungkin saya terlalu sibuk untuk perasan. 

Apabila saya tiba di wad bersalin, terus saya salin baju untuk pembedahan dan saya diarah untuk membuat ujian air kencing. Ketika saya berikan pada jururawat sampel air kencing tersebut, terus jururawat tersebut seakan pelik dan mengomel sesuatu tentang meconium. Saya tanya apakah ia? Dan dia jawab bayi sudah buang air besar di dalam kandungan. Dan tanpa sengaja saya tergelak, kerana tak pernah tahu yang ia boleh berlaku. 

Tawa saya terus terhenti apabila jururawat memandang saya dengan serius dan berkata “itu petanda bahawa bayi sedang stres.” Malah ia juga sebenarnya antara ciri bayi meninggal dalam kandungan. Saya langsung tidak memahami apa yang dimaksudkan dan walaupun saya bertanya pelbagai soalan, dia tidak mengendahkannya. 

Bunyi nadi saya tapi bukan bayi

Saya hanya mampu terbaring di atas katil dan melihat semua orang. Saya perasan bahawa layanan saya disambut mesra tadi kini bertukar menjadi suram. Semua jururawat tampak cukup serius dengan dahi berkerut tanpa bertentang mata dengan sesiapa pun. Salah seorang jururawat di situ mungkin sedar yang saya tidak senang duduk lantas menguatkan bunyi mesin untuk dengar degupan jantung bayi, namun yang kuat bunyinya hanyalah bunyi nadi saya. Saya cukup kecewa. 

Saya pun terus bertanya sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. “Kami sedang cuba mencari degupan jantung bayi,” kata jururawat tersebut dalam suara yang penuh keliru. Dan saya kerap memerhati bagaimana dia asyik bertukar menggunakan doppler dan mesin mengimbas bayi, demi mencari degupan jantung bayi. Saya sempat berkata kepada jururawat tersebut jika dia tidak dapat menjumpai degupan jantung bayi sehinggalah saat akhur hidup saya akan mengingati perbuatan jururawat tersebut mengatakan, “saya mungkin salah, tunggu doktor ya.”

Saya cuba menenangkan diri saya namun tiada apa yang mampu menolong saya. Tiba-tiba saja kedengaran doktor menjerit memberi arahan, mask terus dipasangkan pada muka saya ketika saya ditolak keluar. Mereka mengimbas bayi sekali lagi, dan kali ini doktor mengesahkan bahawa memang benar, tiada degupan jantung. 

“Jantung bayi saya terhenti”

ciri bayi meninggal dalam kandungan

Semuanya kelihatan kabur. Saya menjerit. Saya menangis. Suami saya memeluk saya dan buat pertama kali dalam hidup saya, saya nampak dia menangis. Mereka kemudiannya menolak saya semula ke dalam wad dan berbincang mengenai pilihan yang patut dibuat. Ada tak pilihan untuk mengembalikan semula nyawa anak saya?

Mengapa ia terhenti tiba-tiba? Tidak mungkin begitu saja, ini semua adalah kesilapan, bukan?

Saya berkeras mengatakan yang saya rasakan pergerakan bayi, hanya sedikit, namun doktor menunjukkan pada mesin, dan membuat penjelasan seperti kepada budak 5 tahun, “awak lihat, ini jantung bayi awak, ia tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Memang tiada degupan jantung, saya minta maaf.”

Dalam keadaan saya bagai nak histeria, mereka tidurkan saya dan apabila saya sedar, saya dapati saya keseorangan di sudut pemulihan dalam bilik pembedahan. Sehinggalah saya nampak katil bayi bersebelahan saya yang kosong, sekali lagi saya kecewa, dan kini saya sedari yang ia benar-benar berlaku. Saya tidak pernah rasa kecewa sebegini, saya menangis semahu-mahunya. 

Dugaan tidak berakhir di situ

Saya akhirnya dipindahka ke dalam wad yang jauh dari nursery bayi, supaya saya tidak diganggu dengan bunyi tangisan bayi baru lahir. Saya terdengar keluarga saya merancang pengebumian anak saya. Saya tutup mata dan tidak meghiraukan orang lain. Saya seakan tidak percaya, yang dalam keadaan saya mengharapkan keajaiban bakal berlaku, mereka sudah pun merancang untuk mengebumikan anak saya buat selamanya. 

Kemudian dia hadir, dibaluti kain bedung dengn cukup sempurna. Suami saya meletakkan dia atas pangkuan saya. Dan buat seketika saya rasakan keluarga saya sudah cukup sempurna. Saya menyentuh wajahnya yang cukup lembut dan kulitnya kelihatan sedikit membiru. Saya menyentuh setiap anggota tubuhnya yang kecil, bibirnya seakan bunga, hidungnya yang mancung, oh betapa cantiknya dia. 

Saya meminta semua orang untuk keluar seketika untuk saya meluangkan masa bersama bayi saya. Saya mengucup dia dan mengatakan betapa saya menyayangi dia. Saya bukakan kain bedungnya dan merapatkan dia pada dada saya. Saya dapati payudara saya bengkak, penuh dengan susu badan yang sepatutnya menjadi milik dia. Saya ada terbaca pelbagai cerita mengenai keajaiban sentuhan kulit bayi bersama ibu, jadi saya berdoa moga keajaiban berlaku. Namun saya perlu sedar, ia mungkin terjadi hanya di dalam sebuah cerita. Inilah masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal, pengebumian bayi saya telah pun ditetapkan dan semuanya sudah disiap sedia. Tibalah waktunya dia dibawa pergi. 

“Tiada oksigen”

Tak lama kemudian, doktor saya pun tiba. Dia menjelaskan apa yang terjadi kepada bayi saya. Rupa-rupanya anak saya lemas akibat tali pusat yang telah pun melilit leher bayi saya dengan senyap, lantas memutuskan bekalan oksigen. Disebabkan itu saya tidak lagi merasakan pergerakan bayi. Ia kemungkinan berlaku 12 jam sebelum saya bertolak ke hospital. Mereka mungkin dapat menyelamatkan bayi saya sekiranya saya sempat ke hospital sebaik merasakan pergerakan bayi semakin lemah. Namun saya boleh dikatakan bertuah juga, kerana jika lebih lewat saya mendapat tahu bayi sudah tiada, kemungkinan saya akan mendapat jangkitan yang boleh membawa maut. 

Saya tersentak dan cuba mengingat kembali, apa yang saya lakukan 12 jam sebelum ke hospital tadi? Saya menyiapkan kerja di pejabat, menghantar email dan macam-macam lagi dan yang pasti tidak fokus pada bayi. Mengapa saya tidak mengira gerak bayi seperti yang disuruh? Bagaimana saya boleh tidak perasan gerakan bayi yang semakin lemah? Sudah berapa lama tali pusat itu melilit leher bayi saya sehingga terputus bekalan oksigen? Tentunya sudah beberapa hari sebelum. 

ciri bayi meninggal dalam kandungan

Rasa bersalah terus menyelubungi saya, dan doktor kerap menyuruh saya untuk bertenang. Doktor menyatakan ada sebab saya kurang merasakan pergerakan bayi, ia kerana kedudukan uri. Jadi ia bukan salah saya sepenuhnya. Tapi saya tetap merasakan yang saya boleh usaha lebih dengan kerap berhati-hati, jadi lebih paranoid dan mengira gerak bayi secukupnya serta tahu ciri bayi meninggal dalam kandungan. Kenapa selama ini saya rasakan yang keadaan tak akan menjadi buruk? Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri. 

Selepas 3 hari di hospital, saya akhirnya dibenarkan pulang. Tanpa bayi di pangkuan, tiada belon tiada bunga dan apa-apa yang bisa meraikan kepulangan bayi. Luka ini mungkin akan sembuh dengan masa. Namun yang pasti apabila tibanya tarikh 14 Ogos, setiap kali saya nampak bayi baru lahir dan melihat baju mengandung pastinya luka itu seakan berdarah kembali. 

6 tahun dan tiga orang anak kemudian

Hakikatnya, kehidupan ini tidaklah perit seperti yang saya sangka. Kini saya telah pun mempunyai seorang anak perempuan, namun yang pasti Natasha memang tidak dapat ditukar ganti. Dan yang paling istimewa, dalam semua kehamilan saya, ada satu tanda regangan kulit yang saya ada dan ia adalah hasil daripada waktu mengandungkan Natasha. Saya rasakan ia satu tanda yang Natasha tinggalkan untuk saya sentiasa mengingatinya. 

Saya telah menerima ketentuan takdir seadanya. Namun ada secebis dari perasaan saya yang masih merasa bersalah kerana tidak memberi perhatian pada pergerakan bayi, kerana ia kemungkinan dapat menyelamatkan nyawanya. Saya berdoa supaya tiada ibu yang akan mengalami apa yang saya alami ini, dan sentiasa peka dengan ciri bayi meninggal dalam kandungan. 

Saya biarkan diri saya bersedih semahunya, tiada garis masa untuk kita bersedih dan jujurnya perasaan sedih itu masih ada dan sukar dirawat. 

Dia mungkin sudah tiada, namun saya kerap kali ternampak wajahnya. Dia sentiasa berada di hati saya. Dan saya sentiasa nampak di mana sahaja. Tidak kira apabila saya nampak benda yang cantik saya akan mengingati dia. Dia akan sentiasa menjadi sebahagian dari saya, saya harap dapat berjumpa dengan dia suatu hari nanti, malaikat kecil ku, tunggulah ibu di syurga. 

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kelahiran Mati: Bagaimana Untuk Menghadapinya & Perlukah Diceritakan Kepada Rakan-Rakan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!