Isteri Yang Hamil, Tapi Suami Pula Yang Mengidam & Mual! Eh, Lebih-Lebih Ni Kenapa Pula?

Pernah tak masa hamil suami terikut mengidam sama macam isteri? Mungkin dia sedang alami sindrom kehamilan simpatik!

Pernah tak anda dengar tentang Sindrom Kehamilan Simpatik? Ia adalah situasi yang mana suami menunjukkan simptom yang sama seperti isteri yang sedang hamil seperti mengidam atau mual!

Dalam dunia perubatan, ia dipanggil sebagai couvade syndrome di mana bukan hanya suami saja yang boleh terkena sindrom ini, malah ia juga boleh melarat pada teman rapat isteri.

Namun, tak usah terlalu bimbang kerana simptom ini hanya sementara dan kian menghilang setelah bayi dilahirkan.

Sekiranya ikatan batin suami isteri terjalin erat, maka gejala yang dialami juga lebih mudah melarat pada suami.

Bahkan suami bukan hanya ngidam tapi boleh juga alami pembengkakan payudara akibat peningkatan hormon proloktin iaitu hormon yang bantu menghasilkan susu badan pada wanita hamil.

Gejala Sindrom Kehamilan Simpatik Atau Sindrom Couvade

Kehamilan Simpatik

 

Pada sesetengah keadaan, sindrom ini muncul semasa di awal trimester pertama atau beberapa minggu sebelum bersalin.

Antara ciri-ciri suami hadapi sindrom couvade adalah seperti berikut:

  • Mual
  • Muntah
  • Kaki kram
  • Sakit bawah perut dan punggung
  • Selera makan menurun atau berubah
  • Ada bahagian tubuh yang bengkak
  • Cepat penat
  • Gangguan hormon
  • Cemas
  • Stres
  • Perubahan mood yang tak menentu
  • Mengidam makanan dan lain-lain.
  • Keinginan seksual menurun

Bagaimana seseorang lelaki ada ciri-ciri suami ngidam ini?

Kehamilan Simpatik

Para penyelidik menyatakan, sekiranya seseorang suami mengalami stres yang tinggi, maka mereka mudah mengalami Sindrom Kehamilan Simpatik ini.

Hal ini kerana, apabila stres meningkat maka ia dapat menurunkan level hormon testosteron dan membuatkan hormon estrogen lebih tinggi.

Bahkan, ada sesetengah kes di mana lelaki mengalami peningkatan hormon proloktin (hormon yang menghasilkan susu badan) sebab itu mereka mengalami gejala yang sama seperti isteri hamil.

Menurut Dr. Norman Duerbeck dari Amerika Syarikat mengatakan stres yang melampau pada tubuh lelaki melepaskan senyawa kimia yang berubah menjadi gejala kehamilan simpatik.

Beliau turut menambah, pasangan yang pernah alami masalah kesuburan dan keguguran lebih cenderung alami sindrom ini kerana paras stres mereka lebih tinggi.

Cara menangani Sindrom Kehamilan Simpatik

Isteri Yang Hamil, Tapi Suami Pula Yang Mengidam & Mual! Eh, Lebih-Lebih Ni Kenapa Pula?

 

Tiada ubat yang dapat meredakan gejala yang dialami para suami ini. Namun ada beberapa cara yang boleh dilakukan supaya sindrom ini dapat dikurangkan.

  • Suami disarankan mengatur stres dengan lebih baik dan mempersiapkan diri menjadi seorang bapa yang lebih bertanggungjawab.
  • Selalu berbual dengan suami tentang kehamilan anda supaya dapat mengurangkan tahap stres mereka.
  • Sentiasa temani isteri melakukan checkup bulanan di hospital atau klinik kesihatan.
  • Membantu isteri menghadapi saat sukar semasa hamil juga adalah salah satu cara suami bersedia menyambut kelahiran bayi tak lama lagi.

Adakah suami anda pernah alami ciri2 suami ngidam ini? Kongsikan cerita ada di ruang komen!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Baca juga:  10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!