5 petua mudah untuk merawat cirit-birit secara semula jadi dari rumah

lead image

Apabila mengalami cirit birit, memang susah nak buat kerja kerana asyik berulang ke tandas saja. Tapi jangan risau! Cuba baca 5 petua untuk hilangkan cirit birit ini.

Kita semua pernah mengalami cirit birit. Pergi ke tandas berulang kali dan sakit perut yang kita alami Tuhan saja yang tahu betapa seksanya, kan?

Tapi adakah anda tahu mengapa cirit-birit terjadi?

Cirit birit terjadi kerana perut kita cuba melawan gangguan seperti jangkitan bakteria, jangkitan virus atau makan dan minum makanan yang tercemar. Ia boleh menyebabkan perut kembung, sakit perut dan berak cair.

Jadi kali ini, kami sediakan petua untuk menyembuhkan cirit-birit yang boleh anda lakukan dari rumah.

5 petua mudah untuk merawat cirit birit di rumah

1. Halia

cirit birit, keracunan makanan, sakit perut, berak cair, perut kembung

Halia selalu digunakan sebagai rawatan untuk keracunan makanan dan ia juga dapat menghilangkan sakit perut.

Hiris sedikit halia dan tambah satu sudu teh madu dan makan campuran ini untuk mengeluarkan angin lalu memulihkan pencernaan. Elak minum air selepas makan campuran ini.

Anda juga boleh minum teh halia dua ke tiga kali sehari untuk memulihkan cirit-birit. Potong sedikit halia dan letakkan dalam satu cawan air. Didihkan air tersebut untuk beberapa minit, toskan dan tambah madu sebelum minum.

2. Pisang

cirit birit, keracunan makanan, sakit perut, berak cair, perut kembung

Apabila anda mengalami cirit birit, anda disarankan untuk makan pisang. Pisang mengandungi kandungan pektin yang tinggi. 

Pektin adalah fiber larut air yang boleh membantu anda mengurangkan cirit birit. Makan beberapa pisang sehari sehingga sakit berkurang.

3. Teh chamomile (teh bunga)

cirit birit, keracunan makanan, sakit perut, berak cair, perut kembung

Chamomile mengandungi bahan antispamodic yang memberi kelegaan pada sakit perut dan masalah gangguan perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan usus.

Bancuh teh chamomile anda dengan meletakkan satu sudu teh bunga chamomile dan satu sudu teh daun peppermint dan didihkan selama 10 minit. Toskan dan minum beberapa kali sehari.

Anda juga boleh minum green tea untuk membantu sistem pencernaan anda untuk berfungsi dengan baik.

4. Nasi putih

cirit birit, keracunan makanan, sakit perut, berak cair, perut kembung

Nasi putih ialah antara makanan yang patut anda makan semasa cirit birit kerana ia mudah untuk dimakan.

Makan sedikit nasi putih tanpa lauk atau kuah dan perlahan-lahan tambahkan jumlah nasi yang anda makan apabila sakit semakin pulih.

5. Minum air

cirit birit, keracunan makanan, sakit perut, berak cair, perut kembung

Cirit birit boleh menyebabkan badan anda menjadi dehidrasi. Tingkatkan hidrasi anda dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Anda juga boleh minum air kelapa dan minuman tanpa kafein serta makan makanan yang bersup (sup jernih).

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.com/anak-cirit-birit