Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

undefined

Virus Corona tak boleh dibuat main kerana ia boleh mengancam nyawa sesiapa saja yang dijangkiti! Rakyat Malaysia kini diminta tangguhkan perjalanan anda ke Wuhan China bagi mengekang penularan wabak ini

Menggemparkan, China telah mengesahkan Corona Virus boleh dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain.

Buat pengetahuan semua, corona virus ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau pesakit telah makan daging yang sudah tercemar.

Kejadian panik ini berlaku di Wuhan, China apabila sebuah pasar makanan yang dipanggil South China Seafood Wholesale Market dipercayai punca utama virus tersebut tersebar.

Ini kerana, selain ikan, pasar tersebut turut menjual beberapa haiwan lain termasuklah ular, kelawar, arnab dan ayam.

Beberapa media tempatan melaporkan, Corona Virus ini mungkin tersebar kepada manusia dari ular yang dijual di pasar tersebut.

222 individu di Wuhan disahkan terkena jangkitan

Corona Virus

Sehingga 20 Januari yang lalu 222 individu di Wuhan telah disahkan dijangkiti Corona Virus ini.

Lebih membimbangkan, selain China, Jepun, Korea dan Thailand turut mengesahkan kes tersebut positif di tiga buah negara itu.

Di atas langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di setiap pintu masuk utama antarabangsa.

Pada masa yang sama, bagi mengekang masalah ini lebih teruk saringan kesihatan di klinik dan hospital juga turut dipertingkatkan terutama yang membabitkan pelancong Malaysia yang baru pulang dari China.

Kes terbaru : 4 disyaki terkena Corona Virus

corona virus

Setakat ini, ujian makmal yang dilakukan terhadap tiga daripada empat individu yang disyaki dijangkiti corona virus disahkan negatif. Sementara seorang lagi pesakit masih di bawah pemerhatian rapi. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pihaknya ada menerima laporan berkaitan wabak tersebut iaitu di Sabah dan Selangor.

Namun, kesemua individu berkenaan dimasukkan ke wad berasingan bagi menjalankan rawatan dan siasatan lanjut.

2019-nCoV mula tersebar di Wuhan China sejak awal bulan ini apabila beberapa individu menunjukkan simptom seperti pneumonia. Kemudian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tentang virus ini.

Lebih membimbangkan beberapa kawasan di luar Wuhan turut terjejas seperti Beijing, Shanghai dan Guangdong. Bahkan, pihak berkuasa China turut mengesahkan 571 kes dan 17 kematian dilaporkan sejak Rabu.

Tangguhkan perjalanan anda ke China!

virus wuhan

Dr Noor Hisham turut menggesa rakyat Malaysia agar membatalkan perjalanan ke China bagi mencegah penularan wabak 2019-nCoV ini.

Selain itu, penduduk setempat juga harus mengelak mengunjungi tempat awam yang mempunyai ramai orang kerana berkemungkinan boleh dijangkiti oleh mereka yang telah memiliki wabak ini.

Langkah pencegahan:

  • Mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.
  • Sentiasa mencuci tangan jika memegang benda-benda yang kotor
  • Membawa penutup mulut dan hidung
  • Elakkan dari melawat ladang haiwan
  • Elakkan berkunjung ke pasar yang menjual haiwan hidup
  • Jauhkan diri daripada tempat sembelihan atau sentuh sebarang jenis haiwan
  • Hindari makan produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Info anda patut tahu!

Corona Virus merupakan kelompok besar virus yang umumnya ditemui pada haiwan yang bersifat zoonotik. Malah, ia boleh tersebar dari haiwan kepada manusia.

Virus ini memiliki bahaya yang sama seperti virus SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) dan MERS (Middle East Respiratory Syndrome).

Serangan virus ini boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan mengakibatkan selsema biasa.

Gejala yang umum berlaku seperti demam, sakit kepala, batuk, sakit kerongkong yang berlangsung beberapa hari.

Corona Virus ini boleh menyerang sesiapa sahaja tapi yang lebih berisiko adalah kepada orang yang mempunyai daya tahan yang lemah, kanak-kanak, bayi dan orang tua.

Justeru, sekiranya mengalami beberapa gejala seperti jangkitan saluran pernafasan, demam dan batuk terutama jika anda baru pulang dari luar negara. Laporkan perjalanan anda pada doktor yang merawat.

Mari kita mencegahnya dari sekarang! Jangan lupa untuk share dan tag rakan-rakan anda yang lain supaya maklumat ini turut sampai kepada mereka. 

Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: News Detik, BHarian, Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanda-tanda-influenza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!