Khas buat para suami - 5 tips cukur bulu kemaluan agar Mr. P tak berbau pelik!

lead image

Apabila cukur bulu kemaluan, lelaki selalu nak cepat hingga lebih terbuka nak kena jangkitan. Ini antara 5 tips keselamatan penting yang wajib dibuat.

Di Asia, ramai lelaki yang tidak tertarik dengan topik cukur bulu kemaluan. Ini sebab kebanyakan jejaka di Asia tidak memiliki jumlah buku yang begitu banyak berbanding lelaki dari Timur Tengah.

Namun, hal itu tidak menghalang topik cukur bulu kemaluan dari dibincangkan.

Tahukah anda yang suami anda itu terbuka untuk terkena jangkitan penyakit jika dia tidak mencukur bulu kemaluan atau mengambil langkah-langkah yang selamat ketika bercukur?

Antara jangkitan boleh terkena pada suami yang tidak berhati-hati ketika cukur bulu kemaluan ialah:

  1. Munculnya virus moluskum kontagiosum
  2. Naik bisul di sekitar kemaluan
  3. Keradangan dan luka kecil
  4. Membuatkan pori kulit lebih mudah terjangkit HIV, Aids, Spilis

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/shave balls with razor or trimmer.jpg Khas buat para suami   5 tips cukur bulu kemaluan agar Mr. P tak berbau pelik!

Malah, cukur bulu kemaluan juga mendatangkan pelbagai kebaikan selain mengelak bau-bau pelik yang boleh datang dari Mr. P mereka itu.

Ha, jadi jangan ingat wanita saja kena mencukur bulu kemaluan, ya! Lelaki pun kena jaga kebersihan di alat sulit juga. 

Cukur bulu kemaluan dalam Islam

Malah, cukur bulu kemaluan atau merapikan bulu pada kemaluan lelaki juga amat digalakkan dalam Islam. Hukum mencukur bulu dianggap sebagai sunnah. 

Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhori (5890) dan Muslim (261) oleh Ibnu Umar r.a berkata:

“Diantara fitrahmu yang baik adalah mencukur bulu kemaluan, menggunting kuku dan merapikan kumismu.”

Antara kebaikan mencukur bulu kemaluan yang boleh seorang suami dapat ialah:

  • Menjaga kebersihan dan kesihatan badan
  • Penis akan kelihatan lebih besar, bersih dan gagah
  • Pasangan akan lebih mudah tertarik
  • Mencegah bau tidak enak

5 tips cukur bulu kemaluan dengan selamat

#1 Pilih pisau cukur yang tajam dan bagus – namun tidak murah!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/how to shave your pubic area for men.jpg Khas buat para suami   5 tips cukur bulu kemaluan agar Mr. P tak berbau pelik!

Mungkin ramai yang suka memilih pisau cukur yang murah berbanding yang agak mahal namun berkualiti. Pisau cukur memainkan peranan yang amat penting.

Anda akan mencukur bahagian yang sensitif, jadi jangan pilih pisau cukur yang tiada kualiti. Jika anda risau, apa kata guna gunting kecil yang tajam saja.

#2 Guna air panas dan sabun

Sebelum mencukur, pastikan anda telah membasuh kemaluan dengan air panas dan sabun. Ia untuk membuka pori-pori kulit agar bulu lebih mudah dicukur.

#3 Mula cukur dari pangkal hingga ke kepala

Cukur ikut arah bulu mula tumbuh. Jangan melawan arus. Dan jangan lupa bulu-bulu di buah zakar juga okay!

#4 Nak cukur sampai botak atau cukur sikit saja?

Ikut keselesaan anda. Kalau nak cukur sedikit saja, anda boleh menggunakan gunting kecil.

#5 Pakai antiseptik selepas bercukur

Carilah antiseptik dalam bentuk cecair, krim atau serum. Ia digunakan untuk menenangkan kulit selepas bercukur. Malah, anda juga digalakkan untuk melembabkan kulit selepas bercukur.

Anda boleh menyapu bedak bayi atau jel lidah budaya untuk mengelak kegatalan. Jangan sapu losyen!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Angguni; diterjemah dengan kebenaran theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Wahai suami, zakar patah sebenarnya boleh terjadi! Ini cara untuk mengelaknya…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!