Gara-Gara Tak Masak, Suami Naik Gila TOREH Telinga Isteri Untuk Beri Pengajaran

Siapa sangka hanya kerana kesilapan kecil sahaja mampu membangkitkan api kemarahan seorang lelaki dan bertindak menoreh cuping telinga isterinya sendiri

Kehidupan seorang isteri pada masa kini boleh dikatakan agak mencabar sehingga menyebabkan dirinya dilanda kepenatan. Mungkin pada waktu tertentu dirinya berdepan kekangan menguruskan anak sehingga tidak sempat untuk menjamah sebiji nasi. Namun, siapa sangka perkara ini mendorong kepada insiden toreh cuping telinga isteri?

Tidak dinafikan setiap wanita mendambakan lelaki yang penyayang, namun tidak kurang juga memperoleh pasangan bersikap ego dan panas baran.

Cuping telinga isteri menjadi sasaran 

Seorang suami didapati telah hilang pertimbangan dengan memotong sebahagian telinga isterinya kerana gagal menyediakan makanan pada Isnin yang lalu

Kejadian di Desa Bukit Sutra, Sulawesi tersebut dilakukan oleh suspek, Boco, 43, terhadap isterinya yang berusia 39 tahun.

Menurut laporan oleh media tempatan, suspek dipercayai menoreh cuping telinga isterinya selepas berang melihat tiada makanan disediakan di atas meja makan kediaman pasangan terbabit.

toreh cuping telinga isteri

Ketika disoal siasat, Boco mengakui bertindak sedemikian hanya sekadar untuk memberikan pengajaran kepada isterinya.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan kepada polis bahawa dia telah hilang pertimbangan selepas mengetahui isterinya keluar berjalan ke rumah jiran tanpa menyiapkan sedikit makanan.

“Saya berikan dia peringatan agar tidak melakukan perbuatan sama selepas ini, namun dia telah menendang bahagian paha saya. Sebagai cara untuk membalas kembali, saya menarik telinga isteri sebelum mencederakannya,” jelasnya ketika disoal siasat.

Menurut kenyataan Ketua Polis Larompong, Iptu Syarif Sikati berkata, suspek telah berjaya ditahan ketika bersembunyi dalam sebuah rumah di Dusun Salobunga.

5 sikap isteri yang boleh menyemarakkan api kemarahan pasangan

#1. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami

Bila anak-anak, ibu ayah, rakan baik, kerjaya dan impian menjadi keutamaan berbanding suami, anda sebenarnya telah memberi isyarat bahawa suami tidak penting.

Sikap sebegini menjadi punca ramai pasangan suami isteri masa kini memilih jalan untuk berpisah kerana wujudnya satu perasaan kurang dihargai. Jika isteri memilih untuk mengutamakan suami, pastinya akan ada titik kebahagiaan. 

Justeru, dalam apa pun yang anda lakukan perlu mendahulukan suami dan anak-anak. Inilah sebenarnya kunci kepada sebuah perkahwinan bahagia dan berkekalan hingga akhir usia.

#2. Tidak berterus terang

toreh telinga isteri

Tidak dinafikan, majoriti wanita gemar memberi ‘hint’, bercakap dengan maksud tersirat yang sukar ditafsirkan oleh lelaki.

Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat kerana suami langsung tidak akan faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu.

#3. Berbelanja melebihi bajet

Orang tua pernah berpesan, hidup biarlah bersederhana dan ikut kemampuan pasangan. Bagaimana caranya? Sebagai isteri, anda adalah pengurus di dalam. Oleh demikian, sentiasa berhemah ketika berbelanja, berjimat cermat dan mensyukuri apa yang dimiliki.

Sentiasa merungut tentang kekurangan dan ketidakmampuan suami terutama dalam kewangan sebenarnya bukanlah cara yang bijak. Malah, ia mungkin menyebabkan suami berasa lebih tertekan dan menggambarkan seolah-olah dirinya gagal menjadi ketua keluarga.

#4. Sentiasa berfikiran negatif

telinga isteri ditoreh

Sebaik saja suami melangkah keluar bekerja, anda terus mencari sebab untuk mencari masalah dengan berfikiran negatif, merungut dan memikirkan hal tidak sepatutnya.

 Tidak salah jika sesekali anda merungut dan meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suami, tapi usahlah menjadikannya sebagai tabiat kerana lelaki tidak gemar mendengar isterinya berleter sepanjang masa.

Mereka lebih gemar selesaikan masalah satu per satu. Tetapi jika mereka perlu tahan cuping telinga dengan mendengar rungutan isteri sepanjang waktu di rumah, ia boleh menyebabkan suami sukar menyelesaikan masalah. Lebih menakutkan akan menjadi perang dunia kedua!

#5. Kurang sentuhan dan belaian

Sedar ataupun tidak, setiap lelaki amat gemar di sentuh dan dibelai dari wanita tersayang. Jika ajakan untuk hubungan intim sering ditolak, anda sebenarnya telah melukakan hati mereka.

Malah, ajaran dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya. Hubungan di ranjang sebenarnya boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.

Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, nafkah batin ini dikatakan berupaya memberikan kelegaan mental dan membuatkan hubungan suami isteri lebih harmoni.

Sumber: Harian Metro, The Vocket

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combersuamikan-lelaki-durjana

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!