Selain Seks, Ada 3 Jenis Kecurangan Lain Yang Selalu Dibuat Pasangan

Selain Seks, Ada 3 Jenis Kecurangan Lain Yang Selalu Dibuat Pasangan

Percaya atau tak, kes curang secara fizikal (seks) bukan satu-satunya cara nak curang! Ada 3 jenis kecurangan lain juga yang selalu dibuat pasangan. Jom semak!

Kes Curang

Kita selalu menganggap kes curang adalah kes penipuan, sama ada dari segi kewangan ataupun yang melibatkan hubungan intim.

Dalam konteks hubungan, curang adalah tindakan melanggar janji yang telah kalian buat untuk tetap setia kepada pasangan.

Tapi sebenarnya kita tak tahu… kes curang bukan melibatkan seks semata-mata! Ada banyak kes kecurangan lain yang selalu dibuat oleh pasangan.

Antaranya adalah:

3 Jenis Kecurangan Yang Selalu Dibuat Pasangan
#1 Curang Dengan Objek: Benda materialistik jadi keutamaan 

Seorang ibu yang bekerja dari rumah, Mei Palacpac, berkata apabila fikiran dan emosi seseorang dibelenggu oleh orang lain (atau sesuatu!) anda sudah melakukan kecurangan. 

Kecurangan dengan objek berlaku apabila pasangan memberi tumpuan dan tenaga kepada sesuatu yang lain – seperti; kerja, media sosial ataupun telefon pintar berbanding memberi tumpuan hubungan.

Sekarang dengan era teknologi di hujung jari, telefon pintar itu kunci untuk curang!

Jika anda mendapati adan asyik dengan telefon dari awal pagi hinggalah nak tidur – sedarlah! Anda sebenarnya telah mengabaikan hubungan.

Hubungan dengan objek mungkin tak berbahaya, tapi ia boleh menyebabkan kekurangan perhatian, komunikasi dan keintiman dengan pasangan anda

2-cheating-2

Sekiranya anda menyimpan rahsia tentang pendapatan anda daripada pasangan anda, ini mungkin bermakna anda melakukan kecurangan kewangan.

#2 Curang Dengan Duit: Hal kewangan mencetuskan konflik

Duit jadi punca konflik dalam hubungan bukan perkara luar biasa. Rasanya, semua pasangan ada masalah ini. Tapi jika pasangan mula berbohong tentang duit, ia satu lagi jenis kecurangan yang selalu dipandang enteng.

Jangan tipu pasangan tentang hal duit. Ya, anda boleh merahsiakan beberapa pendapatan atau perbelanjaan. Tapi, kalau perbelanjaan besar kena beritahulah. 

Ini untuk penghormatan di antara pasangan. Anda pun tak selalu bergaduh nanti!

#3 Curang Dengan Emosi: Perkara rahsia yang dipendam

Ini satu lagi bentuk kecurangan yang sering terjadi. Malah, ia kecurangan yang paling teruk!

Ini kerana hubungan emosi adalah satu perkara yang sangat mendalam. Dalam kes curang secara fizikal, pihak yang terlibat boleh melakukan kecurangan tanpa emosi.

3-cheating-2

Ia mungkin tidak berbahaya, tapi terlalu rapat dengan seseorang, dari segi emosi, memberi kesan buruk dalam perkahwinan anda.

Tapi kecurangan emosi melibatkan curang kerana perasaan diingini, memahami dan juga disayangi oleh orang lain!

Salah satu sebab terbesar kecurangan emosi adalah berbahaya kerana ia mudah tersembunyi. Tak mudah nak membuktikan pasangan anda mungkin terlibat dalam hubungan sulit emosi

Seorang suami sudah curang apabila dia mula berkongsi rahsianya kepada pihak ketiga tentang perkara-perkara yang tidak pernah dibincang dengan isterinya.

Akhirnya, sampai ada suami tinggalkan keluarga mereka, mengakui tuduhan dan memilih wanita lain daripada isterinya.

Inilah antara jenis-jenis kecurangan yang boleh berlaku dalam hubungan kita sebagai suami isteri. Jom kita bersama-sama mengelak dari melakukannya, ibu ayah sekalian!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner