Senarai Cuti Awam 2019: 8 Cuti Long Weekend, 5 Hari Berturut-Turut?! Jom Rancang Holiday!

lead image

2018 bakal berakhir. Sekarang adalah masanya untuk rancang percutian anda tahun hadapan! Kami bantu anda dengan senarai cuti 2019 sebagai rujukan.

Bercuti dengan keluarga adalah salah satu aktiviti yang perlu anda lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Selain dapat menghilangkan stress, percutian juga boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mencipta memori bersama keluarga.

Jadi, apa tunggu lagi? Tahun 2018 sudah hampir ke penghujungnya. Anda dah boleh mula rancang percutian anda bersama keluarga mulai sekarang.

Jom kami bantu anda dengan tarikh cuti 2019 ini sebagai rujukan anda.

Cuti 2019: 14 cuti umum rasmi pada tahun 2019

src=https://media.giphy.com/media/l1J9vjZgVNYsSTTeo/giphy.gif Senarai Cuti Awam 2019: 8 Cuti Long Weekend, 5 Hari Berturut Turut?! Jom Rancang Holiday!

Anda rasa sekarang terlalu awal nak rancang percutian untuk tahun depan?

Tak, sekarang adalah masanya untuk anda rancang percutian anda kerana anda perlu book semua ahli keluarga anda supaya mereka dapat meluangkan masa untuk bercuti bersama anda.

Perancangan awal juga boleh bantu anda untuk merancangkan tempat dan aktiviti dengan lebih awal dan yang penting, anda dapat kumpul duit dari sekarang sebelum tiba masa untuk holiday!

Jadi apa tunggu lagi? Tanda tarikh-tarikh cuti 2019 ini dalam kalendar anda!

Ini adalah 14 tarikh cuti umum pada tahun 2019:

1. Tahun baru: 1 Januari  (Selasa)*

2. Thaipusam: 21 Januari (Isnin)

3. Hari Wilayah Persekutuan: 1 Februari (Jumaat)

4. Tahun Baru Cina: 5 – 6 Februari (Selasa dan Rabu)

5. Hari Buruh: 1 Mei (Rabu)

6. Hari Wesak: 19 – 20 Mei (Ahad dan Isnin)

7. Nuzul Quran: 22 Mei (Rabu)

8. Hari Raya Puasa: 5 – 6 Jun (Rabu dan Khamis)

9. Hari Raya Haji: 11 – 12 Ogos (Ahad dan Isnin)

10. Hari Kemerdekaan dan Awal Muharram: 31 Ogos – 2 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

11. Hari Malaysia: 16 September (Isnin)

12. Deepavali: 26 Oktober (Sabtu)*

13. Maulidur Rasul – 9 November (Sabtu)

14. Hari Natal: 25 Disember (Rabu)

*Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, and Terengganu tak bercuti pada tahun baru 2019.

*Tarikh Deepavali belum muktamad

Cuti 2019: 6 long weekends yang anda nanti-nantikan

src=https://i1.wp.com/rockcastle.kyschools.us/wp content/uploads/2018/04/calendar.jpg?fit=624%2C416 Senarai Cuti Awam 2019: 8 Cuti Long Weekend, 5 Hari Berturut Turut?! Jom Rancang Holiday!

Cuti umum yang paling seronok adalah cuti umum yang jatuh pada hari sebelum atau selepas hujung minggu! Mana taknya, kita dapat cuti panjang tanpa perlu guna cuti tahunan kita.

Long weekends juga merupakan masa yang terbaik untuk buat short vacay bersama keluarga!

Ini tarikhnya:

1. Thaipusam: 19 – 21 Januari (Sabtu, Ahad dan Isnin)

2. Hari Wilayah Persekutuan: 1 – 3 February (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

3. Hari Wesak: 18 – 20 Mei (Sabtu, Ahad dan Isnin)

4. Hari Raya Haji: 10 – 12 Ogos (Sabtu, Ahad dan Isnin)

5. Hari Lahir Yang Dipertuan Agong: 7– 9 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

6. Hari Malaysia: 14 – 16 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

Cuti 2019: Bila anda perlu ambil cuti?

src=https://media1.giphy.com/media/5GoVLqeAOo6PK/giphy.gif Senarai Cuti Awam 2019: 8 Cuti Long Weekend, 5 Hari Berturut Turut?! Jom Rancang Holiday!

Jika anda merancang untuk bercuti lama dan pergi vacation jauh atau lama. Di sini adalah cadangan hari apa yang anda perlu ambil cuti untuk dapat lapan long weekends!

1. Satu hari cuti pada 31 Januari (Isnin) 29 Januari – 1 Februari (Sabtu – Selasa)= 4 hari

2. Satu hari cuti pada 4 Februari (Isnin) 3 – 6 Februari (Ahad – Rabu) = 4 hari

3. Dua hari cuti pada 2 and 3 Mei (Khamis dan Jumaat) 1 – 5 Mei (Rabu – Ahad) = 5 hari

4. Dua hari cuti pada 23 and 24 Mei (Khamis dan Jumaat) 22 – 26 Mei (Rabu- Ahad) = 5 hari

5. Satu hari cuti pada 7 Jun (Jumaat) 5 – 9 Jun (Rabu – Ahad) = 5 hari

6. Satu hari cuti pada 9 Ogos (Jumaat)9 – 12 Ogos (Jumaat – Isnin) = 4 hari

7. Satu hari cuti pada 30 Ogos (Jumaat) 30 Ogos – 2 September (Jumaat – Isnin) = 4 hari

8. Dua hari cuti pada 26 and 27 Disember (Khamis dan jumaat) 25 – 29 December (Rabu-Ahad) = 5 hari

Selamat merancang percutian!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: Says

Kredit gambar: OhHangat.com.my

Baca juga:

7 hotel terapung di Malaysia yang romantik, sesuai untuk honeymoon dan bercuti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!