Bagi bakal ibu yang bekerja tentu sekali ingin tahu segalanya mengenai cuti bersalin bila tiba masanya nanti bukan? Ketika ini, wanita hamil yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta boleh menikmati cuti bersalin 98 hari.
Namun pada tahun ini, kerajaan sebulat suara bersetuju untuk meminda Akta Kerja 1955, termasuklah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari. Bagaimanapun, akta yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lepas telah ditangguhkan kepada 1 Januari tahun ini.
Cuti Bersalin 98 Hari

Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44.
Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan.
Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:
- pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
- adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
- Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
- tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
- pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin
Cuti Bersalin Swasta & Kerajaan (Maternity Leave)
Cuti bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan kini ia telah dilanjutkan kepada 98 hari berturut-turut baik untuk sektor kerajaan dan swasta. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955).
Namun dijangka bermula 1 Januari 2023, cuti bersalin akan dilanjutkan kepada 98 hari, berbanding cuti bersalin 90 hari (kini) serta penetapan cuti paterniti tujuh hari.
- Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita sama ada berkahwin atau tidak berkahwin.
- Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
Faedah Bersalin (Maternity Allowance)

Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.
Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.
Elaun cuti bersalin 98 hari
Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
- Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
- Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya kepada tidak kurang daripada 98 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin
Notis Rasmi Cuti Bersalin 98 Hari Swasta 2023
Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin anda.
Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Kegagalan memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun.
Syarat Cuti Bersalin Kerajaan
- Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh Cuti Bersalin diantara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
- Maksimum Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari dengan (5) lima kali kelahiran sepanjang perkhidmatan.
- Boleh diberikan 14 hari awal sebelum tarikh jangkaan bersalin melalui perakuan pegawai perubatan. Tempoh tersebut diambilkira daripada keseluruhan cuti bersalin.
- Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh cuti bersalin tersebut melalui turutan kemudahan seperti berikut:
i. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang layak;
ii. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
iii. Menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji
Penuh
- Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, pegawai boleh memohon cuti seperti kemudahan berikut:
i. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan mulai dari
tarikh bersalin; dan
ii. Mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau;
iii. Menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin
- Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
- Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak diberi cuti bersalin.
- Pegawai yang bersalin dalam tempoh cuti tanpa gaji / separuh gaji tidak mengurangkan kelayakan kemudahan cuti bersalin.

Bila Ibu Hamil Patut Mula Ambil Cuti Bersalin?
Wanita hamil perlu merancang cuti bersalin bagi memastikan kelancaran tugasan kerja di pejabat sepanjang tempoh ketiadaan nanti. Elak melakukan persediaan di saat-saat akhir bagi memastikan anda boleh mula cuti bersalin dengan tenang dan dapat memberi fokus akan kelahiran bayi.
Untuk pekerja swasta, anda layak untuk mendapat cuti bersalin 30 hari sebelum melahirkan bayi, manakala bagi pekerja kerajaan pula, anda boleh mula nikmati cuti 14 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin anda.
Oleh itu, bergantung kepada individu, anda boleh cuti bersalin beberapa minggu lebih awal sebelum melahirkan anak (ikut tempoh yang diberikan), atau hanya beberapa hari lebih awal sahaja sebelum bersalin dan nikmati lebihan cuti 90 hari itu untuk bersama dengan bayi anda.
Suami Juga Dapat Cuti Bersalin?
Undang-undang rasmi menggubal seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, dan kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini.
Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin selama 7 hari, segelintir kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari.
Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa.
Berapa Lama Cuti Bersalin Paling Ideal
Semasa di akhir kehamilan, tubuh anda akan terasa semakin berat kerana janin yang semakin membesar. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan anda sukar untuk bernafas, sukar untuk tidur dan seterusnya menyebabkan anda mengalami kepenatan.
Selepas bersalin pula, anda sebagai ibu perlu banyakkan rehat bagi menjaga kesihatan anda dan juga bayi. Selain mengalami waktu tidur yang kurang dan keletihan menjaga bayi, ibu juga akan mengalami tekanan emosi sehingga kadang-kala boleh menyebabkan depresi.
Jadi, cuti bersalin sangat penting untuk wanita hamil.
Beberapa pakar masih beranggapan bahawa cuti bersalin selama tiga bulan belum cukup ideal untuk ibu dan bayi. Bahkan, ada pakar yang berpandangan bahawa tempoh cuti bersalin yang ideal untuk wanita yang baru melahirkan anak perlu lebih daripada 12 minggu selepas bersalin.
Selain itu, segelintir pakar juga beranggapan bahawa cuti bersalin lebih dari enam bulan, namun kurang dari setahun dinilai sebagai waktu yang paling ideal.
Bila Ibu Menyusu Badan Boleh Mula Simpan Stok Susu?
Stok susu ibu sangat penting supaya bayi dapat minum ketika anda bekerja di pejabat. Stok susu perlu disediakan seawal yang boleh apabila susu matang yang berwarna putih sudah mula kelihatan.
Waktu paling lewat untuk mengumpul stok susu adalah sebulan sebelum mula bekerja. Kebiasaannya apabila bayi mula kerap menyusu, hasil perahan akan lebih sedikit. Jadi, ia akan memakan sedikit masa untuk anda mengumpulnya.
Jadi untuk memudahkan anda mengumpul stok susu, perahan secara efektif sangat penting. Sila pastikan anda pilih pam susu yang sesuai dengan anda sahaja.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih jelas dengan hak anda untuk cuti bersalin nanti.
Selamat membaca.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Syarikat Swasta Ini Menawarkan Cuti Bersalin Selama 1 Tahun! Untungnya
Baca juga: Cuti Bersalin: Persiapan & Tempoh Ideal Buat Para Ibu Bekerja, Tapi Rindu Anak Tak Boleh Elak!
Baca juga: Kerajaan Diminta Tidak Abaikan Hak Wanita, Pertimbangkan Cuti Sakit Haid Setiap Bulan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!