Wanita Ini Ingat Hamil, Rupa-Rupanya Ada Cyst Ovari Seberat Budak Umur 8 Tahun!

lead image

Seorang wanita yang disangkakan mengandung rupa-rupanya mempunyai cyst ovari sebesar 26kg. Ketahui apa sebenarnya cyst ovari ini.

Doktor berkeras mengatakan yang dia mengandung. Orang sering tegur bertanyakan bila due date. Tapi, Keely Favell tahu yang dia tak mengandung. Berpuluh pregnancy test tunjuk keputusan negatif.

Dia mempunyai masalah berjalan dan bernafas. Dia ingatkan dia hanya gemuk. Ternyata tekaannya meleset…

Wanita disangkakan mengandung rupanya ada cyst ovari seberat budak 8 tahun

cyst ovari, sindrom polisistik ovari, simptom cyst ovari, sista ovari, kesan cyst dalam ovari, punca sindrom polisistik ovari,

Hanya selepas dia pitam di pejabat, Keely membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor semula. Doktor kemudian merujuk Keely untuk melakukan imbasan ultrasound.

Selepas membuat imbasan ultrasound, Keely segera dihantar untuk melakukan imbasan CT kecemasan. Rupanya, perutnya besar selama ini kerana dia telah “membawa” cyst ovari seberat 26kg!

Apa itu cyst ovari?

Mengetahui apa itu cyst ovari akan membantu anda mengenalnya dengan lebih baik. Sista ovari adalah poket yang dipenuhi pepejal atau cecair pada atau dalam ovari anda.

Ia tak menyakitkan atau berbahaya dan sangat biasa berlaku pada wanita yang masih mempunyai haid. Anda juga boleh mendapat cyst ini semasa anda mengandung!

Biasanya, cyst ini akan datang dan pergi secara semula jadi, hilang dalam masa beberapa bulan tanpa anda sedari.

Walau bagaimanapun, ia boleh jadi serius bila ia duduk dalam ovari terlalu lama atau membesar sehingga mula menjadi sakit seperti apa yang berlaku kepada Keely.

Membuang cyst ovari

cyst ovari, sindrom polisistik ovari, simptom cyst ovari, sista ovari, kesan cyst dalam ovari, punca sindrom polisistik ovari,

Sekarang, selepas cyst tersebut dibuang, Keely kembali menjalani kehidupannya seperti biasa. Walaupun pembedahan tersebut membuat perut Keely dipenuhi stretch marks dan parut besar, Keely masih boleh mengandung.

Saya mengalami sakit pada bahagian bawah perut, adakah ia kerana cyst ovari?

Tanda-tanda cyst ovari termasuklah bengkak, tekanan, perut kembung atau lebih teruk, sakit di bahagian bawah perut yang datang dan pergi.

Tak mustahil untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan jika anda mempunyai cyst. Jumpa doktor dengan segera jika anda mengalami sakit perut secara tiba-tiba, pening kepala dan muntah-muntah, nafas laju, demam atau rasa nak pitam.

Jenis-jenis cyst

Seperti yang diberitahu sebelum ini, cyst datang dan pergi semasa anda didatangi haid. Cyst ini mempunyai tiga jenis:

cyst ovari, sindrom polisistik ovari, simptom cyst ovari, sista ovari, kesan cyst dalam ovari, punca sindrom polisistik ovari,

1 – Cyst Folikel. Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan satu telur yang membesar dari folikel. Folikel ini akan pecah dan mengeluarkan telur apabila sudah sampai masanya.

Ada kebarangkalian yang folikel ini tak pecah dan menyebabkan cyst folikel. Ia akan hilang dalam masa 1 ke 3 bulan.

2 – Cyst Corpus Luteum. Cyst jenis ini berlaku selepas folikel mengeluarkan telur. Biasanya, folikel akan mengecil dan bersedia untuk telur seterusnya.

Tapi, jika cecair terkumpul di dalam, ia akan membentuk menjadi cyst. Cyst ini akan hilang dalam masa beberapa minggu tapi boleh menyebabkan sakit atau pendarahan jika ia membesar.

3 – Tak Berfungsi. Beberapa wanita mempunyai masalah yang dikenali sebagai sindrom ovari polisistik (PCOS), di mana ovari akan membuat beberapa cyst kecil.

Perkara ini akan membuatkan mereka sukar untuk hamil. Kes jarang berlaku, kanser boleh menyebabkan cyst tak berfungsi ini. Wanita selepas menopause mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kanser dari cyst ovari.

Pastikan anda periksa tanda-tanda cyst pada tubuh anda dan mendapatkan nasihat doktor tentang cara untuk merawatnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nicholasyong. Mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Baca juga: 

5 Tanda Anda Mungkin Ada Cyst Ovari Yang Bahaya, Jangan Berlengah Lagi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nadia Ghafar