Nutricia AptaGro untuk daya tahan badan anak dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Danone Dumex Malaysia telah melancarkan Nutricia AptaGro, susu formula tumbesaran yang paling maju kini.
Pada hari Sabtu yang lepas, Danone Dumex telah melancarkan formula terbaru mereka — Nutricia AptaGro.
Acara ini dihoskan oleh selebriti dan ibu kepada empat orang anak, Daphne Iking. Beliau memulakan acara dengan berkongsi beberapa pengalaman tentang anak-anaknya.
Sekitar pelancaran Nutricia AptaGro oleh Danone Dumex
Tetamu juga turut melihat satu video berunsur pendidikan tentang susu formula baru ini disertai dengan testimoni dari ibu-ibu yang lain.
Nutricia Aptagro telah dilancarkan secara rasmi oleh Denis Phelps, Pengurus Besar, Guillaume Lorcy, Pengarah Pemasaran, Normalis Mohd-Sharif, Pengarah Sumber Manusia, Frederic Lebas, Pengarah Urusan dan Elspeth Hindle, Pengarah Nutrisi Kesihatan dari Danone Dumex Malaysia.
Permainan kanak-kanak bertemakan #RaiseThemResilient
Nutricia AptaGro
AptaGro adalah susu formula membesar dari Danone Dumex yang paling maju, dengan visi supaya ibu bapa boleh membesarkan anak yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Daya tahan adalah kunci utama untuk mendidik anak yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar ini.
“Seni mendidik anak sekarang adalah lebih dari memberikan mereka makanan dan pendidikan. Kita perlu dedahkan mereka dengan dunia sekeliling supaya mereka boleh membina daya tahan dan untuk ini, badan mereka perlu bersedia,” kata Denis Phelps.
Untuk ini, ibu bapa juga perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, tambah Daphne Iking dalam ucapan pembukaannya.
Nutricia AptaGro mengandungi ActiveDuoBio+ dan nutrisi penting yang lain untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan pembelajaran.
Formula susu untuk membesar ini juga penuh dengan kombinasi yang dibentuk secara antarabangsa dengan Prebioticd GOS/IcFOS (9:1) dan Probiotic B. breve M-16V, untuk meningkatkan bakteria baik dalam badan anak.
Formula ini juga mempunya tahap DHA yang paling tinggi*.
*berbanding susu formula jenama lain dalam pasaran sejak Februari 2018. AptaGro mengandungi 89.7mg/100g DHA.
Ia kini boleh didapati di Lazada, Tesco, AEON terpilih, Cold Storage, Village Grocer, dan Ben’s Store. Anda juga boleh mendapatkan Nutricia AptaGro di beberapa dewan Cina dan kedai bayi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi, www.aptagro.com.my dan laman Facebook rasmi AptaGro di sini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia