Dapur Gas Tiba-Tiba Meletup, Anak Melecur Satu Badan

lead image

Seorang ibu terkejut apabila dapur gas kaca yang dia gunakan tiba-tiba meletup dan menyebabkan anaknya melecur sleluruh badan.

Malang memang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja walaupun di dalam rumah sendiri. Seperti ibu ini yang tak menyangka dapur gas kaca di rumahnya meletup.

Dapur gas kaca meletup, anak melecur satu badan

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/40198864 10216835166302262 6835508681434464256 n.jpg Dapur Gas Tiba Tiba Meletup, Anak Melecur Satu Badan

Sumber: Facebook/Stella Chong

Seorang ibu menceritakan kembali kemalangan yang berlaku di rumahnya pada 18 Ogos lalu. Dapur gas kaca Stella Chong telah meletup!

Ketika kemalangan ini berlaku, anaknya yang berusia dua tahun ada di dapur bersamanya. Menurutnya, dia sedang memasak teh panas di atas dapur gas yang dibuat dari tempered glass tersebut.

“Saya sedang membasuh pinggan dan memotong buah bila saya dengar bunyi kaca pecah.

Air panas dan kaca tumpah berselerakan di atas lantai.

“Saya mahu jauhkan anak saya dari situ secepat mungkin, tapi ia sudah terlambat.”

Anaknya tergelincir dan jatuh ke dalam air panas tersebut menyebabkan badannya terbakar tahap dua.

src=https://sg Dapur Gas Tiba Tiba Meletup, Anak Melecur Satu Badan

Sumber: Facebook/Stella Chong

Stella juga mengalami kecederaan ringan di kaki dan dia merawatnya dengan minyat pati. Tapi, dia mendapat trauma selepas kejadian tersebut.

“Setiap kali saya tutup mata saya, saya dapat lihat kemalangan itu terjadi berulang-ulang kali,” dia menulis.

Anaknya dimasukkan ke hospital selama seminggu dan luka sudah semakin sembuh.

Tapi dia mengakhiri post-nya dengan memberikan amaran kepada semua ibu bapa untuk tak menggunakan dapur gas kaca sebagai tempat memasak.

Adakah dapur gas kaca bahaya?

src=https://sg Dapur Gas Tiba Tiba Meletup, Anak Melecur Satu Badan

Sumber: Max Pixel

Amaran Stella mungkin telah menakutkan anda, tapi adakah dapur gas benar-benar bahaya?

Tempered glass telah banyak digunakan pada barangan dapur bagi menggantikan kaca borolisikat. Pengeluar menukarkannya dengan tempered glass kerana ia lebih tahan lama, tahan impak dan tahan panas.

Walau bagaimanapun, tempered glass masih boleh pecah jika ia tak dipasang dengan betul atau mempunyai kerosakan pada bahagian luaran kaca ini.

Ia juga boleh pecah jika anda meletakkan barang yang berat di atas kaca ini atau ada perubahan ekstrem pada keadaan atmosfera.

Jadi, kes Stella ini sangat menakutkan kerana kaca meletup sangat jarang berlaku.

Tapi, seperti yang dibaca, tak ada kecederaan yang berlaku akibat kaca yang pecah. Namun, ia datang dari air panas yang tumpah dari dapur gas tersebut.

Cara elak dapur gas kaca dari meletup

Dapur gas kaca adalah antara dapur gas yang banyak digunakan di rumah. Anda mesti terfikir – bagaimana cara untuk melindungi dapur gas dari meletup.

Ini adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elak dapur gas di rumah anda meletup:

1. Jangan tutup permukaan kaca

Beberapa orang sangat cerewet tentang minyak yang terpercik ke atas dapur kaca semasa memasak. Tapi, sepah adalah perkara yang biasa semasa memasak.

Dapur kaca sangat mudah untuk dibersihkan dan biasanya boleh digunakan dengan kain basah. Menutup kaca memasak meningkatkan risiko haba untuk terperangkap dan boleh menyebabkan ia meletup.

2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar

Pastikan anda guna kuali dan periuk dengan saiz yang betul dan dibuat dari bahan yang sesuai. Beberapa bahan seperti besi tuang atau keluli tahan karap boleh memerangkap haba pada bawah kuali dan permukaan kaca.

3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca

Ada risiko jika anda meletakkan kuali atau periuk yang tak panas atas permukaan kaca kerana beratnya. Tapi, ia boleh menjadi lebih bahaya jika ia panas.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!