Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

lead image

Tahukah anda yang darah haid sering menyampaikan 5 perkara penting tentang kesihatan anda sebagai seorang wanita? Jom tengok apakah perkara penting ini!

Darah Haid dan Kesihatan Wanita

Darah haid datang setiap bulan. Tapi bagi sesetengah wanita, kitaran datang bulan tidak menentu

Walaubagaimanapun, darah haid masih dianggap sebagai satu topik “taboo” yang tak dibincangkan oleh ramai orang.

Apa yang selalu kita dengar – gara-gara datang bulan, ramai wanita boleh “jadi gila”. Kembung perut, sakit tulang belakang, sakit badan dan sebagainya.

Tapi, tahukah anda ada 5 perkara penting yang sering disampaikan oleh darah haid tentang kesihatan kita?

Ha… sebenarnya dari darah haid, anda boleh tahu banyak perkara tentang kesihatan anda. Tak percaya? Jom tengok 5 perkara penting ini!

1 – Berapa banyak darah haid anda?

Jika darah haid anda sikit, ia tanda-tanda ketikdakseimbangan hormon, pemakanan yang kurang sihat, sering tertekan dan memiliki masalah di bahagian kelenjar tiroid mahupun pituitari.

Darah haid yang sedikit juga mungkin penyebab:

Namun, jika anda memakan pil perancang, mungkin darah haid anda akan keluar sedikit saja. 

Darah haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan anemia. Ia juga boleh mengakibatkan:

  • fibroid (lalu mengancam kesuburan)
  • pertumbuhan pada dinding rahim
  • polyps
  • tumor dalam serviks atau rahim;
  • endometriosis

Ia biasanya berlaku pada wanita yang berusia 35 tahun ke atas.

Mari lihat berapa banyak darah haid anda. Sila rujuk gambar di bawah:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/544521756.jpg Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

Kredit gambar: Losing Weight Done

2 – Ada darah walaupun selepas datang bulan?

Pendarahan secara tiba-tiba, walaupun selepas anda sudah datang bulan adalah tanda-tanda yang bahaya. Ia mungkin petanda:

Akan tetapi, wanita yang mengambil pil perancang mungkin akan melalui insiden berdarah walaupun selepas datang bulan.

Tapi tidak bagi wanita lain. Jadi, jika tiba-tiba anda “berdarah” tanpa sebab yang pasti, segera berjumpa doktor! 

3 – Kesakitan akibat datang bulan

Kenapa kita selalu berasa sakit apabila datang bulan? Semuanya sebab hormon prostaglandin. Hormon ini mengakibatkan rasa sakit dan keradangan dalam badan. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/549519950.jpg Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

Kredit gambar: Gap Year

Tapi, kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut biasanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius – iaitu endometriosis.

Endormetriosis adalah satu keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik).

Lalu, akibat tisu ini, darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.

4 – Warna darah haid anda?

Nah, mengetahui warna darah haid anda juga boleh mendedahkan tentang kesihatan hormon, tahu? 

Biasanya, wanita akan mengalami satu daripada tiga warna darah haid ini. Jom tengok warna apa!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/372715899.jpg Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

Kredit gambar: David Wolfe

Warna keungguan seperti buah beri: menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran haid yang terlalu berat. 

Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur dan keletihan.

Warna pekat seperti jus krenberi: Warna normal untuk darah haid. Biasanya, wanita yang datang haid dengan warna ini akan mengalami PMS.

5 – Kekerapan anda datang bulan

Ini perkara yang paling penting. Berapa kerap anda datang bulan menunjukkan bagaimana kesihatan badan anda secara keseluruhan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/327632732.jpg Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita!

Kredit gambar: Health Care Natural

Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan, tiada tanda-tanda kehamilan – ia bermaksud hormon dalam badan anda tidak seimbang.

Segera berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimana? Banyak benda yang anda belajar daripada darah haid ini kan? Jadi sekarang, mari kita sama-sama menjaga kesihatan kita.

Artikel diterjemah daripada Scoop Whoop.

Sumber rujukan: Healthline, NHS, Medscape dan WebMD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!