8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba-Tiba

lead image

Jika tiba-tiba anda mengalami perubahan haid seperti darah haid sedikit, anda mungkin mempunyai masalah. Semak 8 sebab kenapa darah haid anda sedikit.

Bila datang haid, kita memang selalu rasa tak selesa dengan darah yang banyak, senggugut dan perut kembung. Jadi, bila tiba-tiba darah haid sedikit, kita mungkin akan rasa seperti ia adalah benda yang baik.

Darah haid berkurang mungkin akan buat anda rasa lebih selesa, tapi ia juga mungkin tanda ada sesuatu yang tak kena.

8 sebab kenapa darah haid sedikit

Untuk pengetahuan anda, terma saintifik untuk pendarahan kurang adalah hypomenorrhea. Kebanyakkan orang akan menghasilkan antara 30 ke 50ml darah haid.

Tapi wanita dengan hypomenorrhea akan menghasilkan darah kurang dari 30ml.

Lina Akopians, pakar endokrinologi reproduktif berkata, darah haid yang tiba-tiba menjadi sedikit boleh disebabkan oleh isu hormon atau sesuatu berlaku pada organ dalam badan anda.

Ini adalah 8 sebab yang boleh terangkan kenapa darah haid sedikit.

Kenapa darah haid sedikit #1 Mengandung

src=https://www.lifesitenews.com/images/made/images/local/shutterstock 194248097 645 431 75.jpg 8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba Tiba

Walaupun ramai wanita berhenti haid apabila mereka mengandung, ada beberapa wanita yang terus mengalami pendarahan.

Darah haid sedikit atau tompokan darah (spotting) mungkin menunjukkan anda mengalami kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim) yang boleh menjadi bahaya.

Jika anda ragu-ragu, buat ujian kehamilan.

Kenapa darah haid sedikit #2 Berat badan bertambah atau berkurang

Kimia tubuh badan sangat halus, jadi bila berat badan anda bertambah atau berkurang, ia akan bertindak balas. Salah satu caranya adalah anda mungkin tak datang haid atau darah anda akan menjadi sikit. 

Walaupun ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang positif, badan anda memerlukan keseimbangan antara protein, karbohidrat, lemak dan vitamin untuk terus berfungsi secara normal.

Kenapa darah haid sedikit #3 Anda tertekan

src=https://xukkhini.com/wp content/uploads/shutterstock 358826273 1.jpg 8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba Tiba

Jika anda mengalami tekanan yang lebih dari sekadar bergaduh dengan pasangan seperti kematian ahli keluarga, ia boleh menyebabkan kecelaruan hormon.

Ini juga boleh terjadi bila anda terlebih bersenam dan meletakkan tekanan yang berlebihan pada tubuh anda.

Kenapa darah haid sedikit #4 Tiroid terlalu aktif

Kelenjar tiroid terletak di hadapan leher anda, bawah kotak suara dan ia melepaskan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan seperti suhu badan dan pencernaan.

Tiroid terlalu aktif juga dikenali sebagai hipertiroidisme, mengeluarkan terlalu banyak hormon yang boleh menyebabkan masalah jantung, tekanan darah, otot dan banyak lagi.

Darah haid yang sedikit adalah salah satu tanda hipertiroidisme atau tak datang haid langsung. Jika anda mempunyai tanda-tanda tiroid terlalu aktif, segera rujuk dengan doktor anda.

Kenapa darah haid sedikit #5 Perancang kehamilan

src=https://www.pharmacistanswers.com/storage/uploads/questions/width 750/OxaG26xSx3Imqh6yQW3UFvIGc6utnfEgQH4CsSqr.jpeg 8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba Tiba

Salah satu sebab biasa darah haid sedikit adalah anda sedang mengambil pil perancang kehamilan. Jika anda baru saja mula makan pil perancang dan darah haid anda berkurang, nikmatinya saja.

Kenapa darah haid sedikit #6 Sindrom ovarium polikistik

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah keadaan di mana ovari menghasilkan jumlah androgens yang lebih banyak dari biasa.

Beberapa wanita yang menghidap PCOS biasanya akan mempunyai kantung berisi cecair atau sista di dalam ovari. 

Perubahan hormon ini boleh menghalang wanita dari ovulasi secara normal dan menyebabkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan seperti jerawat, kulit berminyak, berat badan naik atau bulu badan berlebihan.

Tanda biasa PCOS yang lain adalah darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa, haid tak menentu atau tak datang haid. Jika anda mengalami tanda begini, beritahu doktor anda untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.

Kenapa darah haid sedikit #7 Berumur

src=https://specialeventwishes.com/wp content/uploads/2018/08/Happy Birthday Status specialeventwishes.com  7.jpg 8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba Tiba

Jangan risau, ini tak bermakna anda tua. Apabila pesakit mengatakan tentang perubahan haid, perkara pertama yang doktor akan periksa adalah umur.

Mungkin ini kerana anda bakal menopaus tapi selalunya jika anda semakin berumur, kitaran haid anda akan berubah.

Kenapa darah haid sedikit #8 Hilang banyak darah semasa bersalin

Ini adalah keadaan yang janrang berlaku. Kehilangan banyak darah menyebabkan badan anda kurang oksigen dan akan merosakkan kelenjar pituitari yang dipanggil sindrom Sheehan. 

Ini akan membuatkan kelenjar penghasilan hormon anda berkurang secara drastik. Jika ini berlaku, anda mungkin perlukan terapi penggantian hormon.

Mempunyai darah haid sedikit dari biasa tak semestinya sesuatu yang buruk telah berlaku pada anda. Kira kitaran haid anda untuk dua bulan dan jika ia tak kembali normal, buat temujanji dengan doktor ginekologi anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Prevention

Baca juga:

Berapa kitaran haid yang normal? Berapa pula kitaran yang tak normal?