Berapa lama tempoh darah nifas akan keluar? Kalau bersalin czer macam mana?

lead image

Anda tertanya-tanya tentang berapa tempoh darah nifas atau darah selepas bersalin akan keluar? Di sini panduan lengkap yang dijawab pakar untuk anda.

Menjadi kebiasaan untuk para ibu, anda akan keluar darah selepas bersalin. Darah selepas bersalin itu dikenali sebagai post-natal bleeding atau darah nifas.

Dari segi bahasa, nifas datang dari perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas beranak.

Namun, para ibu mesti musykil dengan beberapa perkara tentang darah selepas bersalin ini. Antara soalan yang kerap ditanya ialah berapa lama tempoh darah keluar dan apa hukumnya?

Di sini ada panduan lengkap tentang darah selepas bersalin (darah nifas) yang dijawab oleh Dr Zubaidi. Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan yang bermain di minda anda.

1 – Berapa lama tempoh darah nifas atau darah selepas bersalin ini?

src=https://www.9bulan10hari.com/wp content/uploads/2017/09/haid.jpg Berapa lama tempoh darah nifas akan keluar? Kalau bersalin czer macam mana?

Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Sekiranya darah keluar sebelum bersalin (dan bayi masih belum keluar sepenuhnya), itu bukanlah darah selepas bersalin.

Tempoh minimum bagi darah selepas bersalin ialah satu titik selepas bersalin atau dalam tempoh tiga hari.

Tempoh ini boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Biasanya, wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami darah nifas selama 40 hari.

Darah yang keluar lebih 60 hari dikira sebagai istihadah (darah penyakit).

2 – Bagaimana darah nifas wanita yang bersalin caesar?

Ada wanita yang tidak boleh bersalin normal kerana komplikasi tertentu lalu terpaksa dibedah. Bagaimana dengan darah selepas bersalin mereka?

Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin caesar sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin.

Ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa. 

3 – Darah nifas untuk wanita keguguran

src=https://www.ruangmuslimah.co/wp content/uploads/2017/08/suami menemani istri melahirkan 750x350.jpg Berapa lama tempoh darah nifas akan keluar? Kalau bersalin czer macam mana?

Kredit: Ruang Muslimah

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi telah cukup sifatnya, maka darah yang keluar ialah darah selepas bersalin (darah nifas). 

Namun, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu dikira sebagai darah haid.

4 – Bagaimana jika tiada darah selepas bersalin?

Situasi seperti ini pernah dialami oleh puteri Rasulullah s.a.w, iaitu Fatimah r.a di mana beliau tidak keluar sebarang darah selepas beranak.

Adakah wanita yang mengalami keadaan ini dianggap suci dari darah nifas? Jawapannya ya. Wanita ini dianggap suci dan diwajibkan beribadat seperti biasa selepas mandi wiladah.

5 – Apa hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas?

src=https://blog.pantangplus.com/wp content/uploads/2018/05/Cara Meredakan Nyeri Haid.jpg Berapa lama tempoh darah nifas akan keluar? Kalau bersalin czer macam mana?

Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas sama seperti keadaan ketika datang haid. Suami tidak boleh menggauli isteri sepanjang tempoh nifas. 

Wanita itu pula tidak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid mahupun membaca al-Quran. 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Dr Zubaidi

Baca juga:

Hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin untuk para ibu muslimah