Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Tak sampai hati melihat anak tidak selesa kerana hidung tersumbat, kan? Tapi dengan petua daun sireh ini, hidung tersumbat anak anda pasti boleh baik semula!

Hidung anak tersumbat

Ibu mana yang tidak risau apabila melihat anak sendiri mengalami hidung tersumbat? 

Kita ini tak sampai hati melihat anak susah nak bernafas, merengek-rengek tidak selesa, sukar nak tidur apatah lagi makan.

Aduh… kalaulah ada cara yang mudah untuk menghilangkan hidung tersumbat itu!

Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Kredit gambar: New Health Guide

Sebab itu ramai ibu-ibu yang sanggup mencuba pelbagai resepi atau petua semulajadi untuk membantu anak mereka yang menghadapi demam, batuk, selesema dan hidung tersumbat.

Baru-baru ini, seorang ibu Shikin Jaiz telah berkongsi petua yang sungguh berguna untuk merawat hidung tersumbat ini!

Beliau hanya menggunakan daun sireh sebagai ubatan tradisional untuk melegakan hidung tersumbat dan mengeluarkan hingus anaknya.

Saya akui saya amat tertarik dengan petua rahsia ini! Lihatlah berapa banyak hingus yang keluar dari kanak-kanak comel itu.

anak hidung tersumbat

Kredit gambar: Facebook Shikin Jaiz

Petua guna daun sireh untuk hidung tersumbat

Resepi yang beliau gunakan mudah saja untuk diikut oleh ibu-ibu semua. Caranya adalah dengan:

  1. Layur daun sireh tersebut di atas lilin/dapur, sampai ia sedikit panas
  2. Seelok-eloknya, ambil 2 helai daun sireh. 
  3. Sapukan balm/vick pada daun sireh dan pada dada bayi anda
  4. Letak daun tersebut di dada bayi dan di belakang badannya.

Mudah saja, kan? Dan yang pasti, cara tradisional ini telah merawat hidung tersumbat anaknya dengan sungguh berkesan!

Keberkesanan daun sireh merawat penyakit

Menurut perubatan Ayurveda dan perubatan Cina, daun sireh amat berguna untuk melegakan sakit perut, merawat alahan, kemerah-merahan dan kerengsaan akibat ruam.

Ini kerana daun sireh mempunyai antiseptik yang mampu melawan kuman.

Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Journal of Cancer Asian South mengulas keberkesanan daun sireh telah terbukti sejak berabad dulu. 

Masyarakat Cina percaya daun sireh mampu merawat pelbagai penyakit kerana ia mempunyai ciri-ciri detoksifikasi, antioksidan dan antimutasi.

Kajian saintifik juga mendedahkan daun sireh mempunyai sebatian suci yang mampu membersihkan mulut dan merawat pelbagai penyakit lain seperti penyakit kencing manis, kardiovaskular (jantung), radang, ulser dan sebagainya.

Malah, daun sireh juga mempunyai paten yang bersifat anti-keradangan dan anti-kanser.

Ramai penyelidik mempercayai minyak yang diekstrak dari daun sireh bersifat “panas” maka ia boleh membantu memanaskan badan dan melegakan hidung tersumbat.

Langkah-langkah keselamatan

Namun, ibu bapa semua, hati-hati jika ingin mencuba petua ini di rumah.

Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Kredit gambar: Facebook Shikin Jaiz

Minyak mentholate seperti vick dan balm tidak harus disapu pada bayi yang berusia bawah 2 tahun. Jika anda mahukan kepastian, sila rujuk doktor pakar terlebih dahulu. 

Semoga perkongsian resepi rahsia ini mampu merawat masalah hidung tersumbat yang selalu dihadapi oleh anak anda.

Dapatkan nasihat doktor atau rujuk pakar pediatrik untuk masalah perubatan kanak-kanak yang lain dan selamat mencuba!

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-melegakan-batuk-3-hari/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!