Tahukah anda yang kanak-kanak akan lupa apa berlaku ketika umur 7/8 tahun?

undefined

Kajian mendapati kanak-kanak akan lupa semua benda ketika berusia 7 atau 8 tahun. Sebenarnya, daya ingatan kanak-kanak ini terbentuk bagaimana?

Ketika anak kecil itu berlari-lari di sekeliling rumah, anda pasti pernah tertanya-tanya; “Adakah dia akan ingat semua ini? Daya ingatan kanak-kanak bagaimana?

Jika ibu tertanya-tanya tentang apa yang akan anak ingat, mari selami bila daya ingatan kanak-kanak ini terbentuk dulu.

Bila kanak-kanak mula membentuk kenangan jangka panjang yang dia akan ingat kelak?

Daya ingatan kanak-kanak: Bila mereka mula lupa kenangan zaman kanak-kanak?

Sebuah kajian telah menjelaskan yang daya ingatan kanak-kanak sebenarnya amat unik. Mereka akan mula melupai kenangan zaman kanak-kanak ketika berusia antara 7 hingga 8 tahun.

Fenomena ini dikenali sebagai amnesia zaman kanak-kanak.

daya ingatan kanak-kanak, zaman kanak-kanak, daya ingatan kanak kanak, memori kanak kanak

Pada mulanya, pakar membina teori daya ingatan kanak-kanak “hilang” ketika berusia 7 hingga 8 tahun kerana perkembangan bahasa mereka.

Namun, kajian lanjut pula menunjukkan tikus dan binatang tanpa kemampuan berbahasa juga memiliki tanda-tanda amnesia!

Pakar dari Kanada kemudiannya mempertimbangkan idea yang mungkin amnesia zaman kanak-kanak terjadi kerana fenomena neurogenesis.

Neurogenesis adalah perkembangan sel baru dalam hippocampus ketika bayi masih kecil. 

Ketika ini, otak tidak akan menyimpan sebarang memori yang akan jadi jangka panjang kerana ia sibuk mengembangkan sel baru.

Bentuk daya ingatan kanak-kanak

Daya ingatan adalah sedikit kompleks dan terdiri daripada beberapa jenis, seperti:

  • Memori prosedur: Satu bentuk memori yang membantu jari saya mengingati bagaimana ingin bergerak dan menulis artikel ini.
  • Memori  deklaratif: Satu jenis daya ingatan yang terdiri dari 2 bentuk; semantik dan episodik
psikologi anak, daya ingatan kanak-kanak, zaman kanak-kanak, daya ingatan kanak kanak, memori kanak kanak

Kredit: Ask Doctor K

Daya ingatan semantik menyimpan memori tentang perkara umum seperti laut bewarna biru dan masin.

Daya ingatan episodik pula mengandungi keupayaan untuk “merangka” sesetengah pengalaman peribadi. Contohnya kenangan tentang bila ibu bapa bawa saya ke pantai ketika kecil.

Bagaimana nak buat daya ingatan kanak-kanak kuat?

Bukti menunjukkan kanak-kanak pernah mengalami memori episodik ketika masih bayi, namun memori itu hilang. 

Contohnya, anak ingat majlis hari jadi pertamanya, namun dia akan melupai memori ini ketika semakin membesar.

Satu lagi, oleh sebab memori manusia terdiri daripada 2 tahap perkembangan yang berbeza, maka memori yang memberi trauma akan “lebih menyerlah” berbanding memori biasa.

Tapi ini tak bermaksud semua memori zaman kanak-kanak itu akan hilang selama-lamanya. Ia cuma hilang sekejap dan akan kembali jika daya ingatan kanak-kanak dirangsang.

Dr. Renee Spenser, seorang pakar kaunseling menggalakkan ibu bapa untuk melakukan senaman “ulangan” dan “rutin” untuk menguatkan daya ingatan kanak-kanak.

psikologi anak, daya ingatan kanak-kanak, zaman kanak-kanak, daya ingatan kanak kanak, memori kanak kanak

Terutamanya ketika mereka berusia 7 hingga 8 tahun!

Senaman ini menggalakkan perkembangan otak dan memori kanak-kanak. Contohnya ibu bapa boleh menyoal soalan seperti “cerita lagi dekat ibu” atau “apa jadi?” untuk menggalakkan anak mengingati (ulang) semula memori tertentu.

Jika habit ini dijadikan sebagai rutin, daya ingatan kanak-kanak itu pasti akan bertambah baik!

Satu lagi cara adalah dengan menangkap gambar atau video. Kanak-kanak lebih terbuka untuk mengingati sesuatu jika mereka ditunjukkan dengan gambar.

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Highlights

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-meningkatkan-daya-ingatan-kanak-kanak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!