Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Jika anda terkena demam denggi, platlet darah anda akan dipantau. Ada beberapa cara semula jadi yang boleh bantu anda, antaranya tumbuh-tumbuhan yang boleh meningkatkan platlet darah agar kembali sihat.

Bagi negara tropika seperti Malaysia, demam denggi bukanlah kes yang pelik. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 44,635 kes demam denggi di Selangor telah direkodkan sehingga bulan Januari 2021.

Walaupun angkanya 38.5% lebih rendah berbanding tahun lalu, ia sebenarnya masih lagi satu angka yang menakutkan!

Bercakap tentang demam denggi, terdapat pelbagai remedi semulajadi yang disarankan oleh orang dulu-dulu, terutamanya dalam membantu menaikkan platlet darah yang sentiasa dipantau pada pesakit denggi.

7 Jenis Tumbuh-Tumbuhan Bagi Meningkatkan Platlet Pesakit Demam Denggi

Boldsky telah berkongsi 7 tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu meningkatkan platlet bagi pesakit denggi. Mari lihat apakah tumbuh-tumbuhan ini:

AMARAN: Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mencuba tumbuhan yang disenaraikan ini.

1. Daun betik

Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Daun betik terutamanya betik Carica memang diketahui secara meluas dapat membantu pesakit demam denggi berdarah. Apa yang mungkin anda tidak tahu, ia seharusnya diminum secara mentah. Tapi bagaimana?

Daun betik yang sudah dibersih haruslah dilumat untuk mengambil ekstraknya. Kemudian, ia dicampur dengan air suam atau sejuk. Ada yang mencampurkan gula merah atau gula kabung bagi mengurangkan rasa pahit daun ini. 

Kuantiti yang disarankan untuk orang dewasa ialah 3-4 sudu setiap 6 jam.

Baca juga: Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

2. Bayam

demam denggi

Kredit: Unsplash

Bayam adalah sayur yang kaya dengan vitamin K. Bayam memang terkenal sebagai sayur yang membantu meningkatkan darah. Dan di dalam hal ini, ia juga mampu menaikkan platlet darah untuk pesakit demam denggi.

Memakan bayam membantu mengurangkan darah terkumpul dan menaikkan bacaan platlet. Cara menggunakan tumbuh-tumbuhan ini senang saja. Rebuskan daun bayam, sejukkan dan kemudian campur setengah gelas jus tomato. Minum 2 kali sehari.

3. Aloe vera

Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Kredit: Unsplash

Tumbuhan yang sangat banyak manfaatnya, sama ada untuk kecantikan atau kesihatan. Dan di dalam hal ini, aloe vera juga membantu meningkatkan platlet di dalam badan.

Malah, aloe vera juga bukan saja membantu membersihkan darah, ia juga mengurangkan risiko jangkitan berkenaan darah. Minum jus aloe vera adalah cara yang bagus untuk meningkatkan bacaan platlet.

4. Wheatgrass

demam denggi

Satu lagi herba atau tumbuhan yang membantu meningkatkan bacaan platlet. Selain membantu menaikkan platlet, wheatgrass juga membantu menaikkan sel darah merah dan darah putih. Caranya ialah minum jus wheatgrass bersama jus lemon.

5. Tulsi (holy basil)

Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Kredit: healthline.com

Tulsi ialah herba yang banyak manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan.

Selain menaikkan bacaan platlet, ia juga dikatakan mampu menaikkan tahap imuniti seseorang dan mengurangkan tahap stres. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengunyah daun ini.

6. Amla atau The Indian Gooseberry (Gooseberi India)

Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Kredit: Unsplash

Salah satu herba Ayurvedik yang dikatakan mengubat semua masalah adalah buah amla. Selain menaikkan platlet, amla juga dikatakan meningkatkan sistem imunisasi.

Caranya ialah makan 2-3 amla setiap pagi semasa perut kosong.

7. Guduchi

demam denggi

Nama lainnya ialah Giloe, satu lagi herba Ayurvedik yang bukan sahaja membantu meningkatkan platlet malah melindungi badan dari pelbagai penyakit. Caranya ialah minum 2-3 sudu jus Giloe setiap satu jam.

Memang sebelum adanya perubatan moden, semua bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi. Namun, adalah lebih selamat jika anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa. 

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Sumber: Boldsky, bmj

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab BAHAYA Kenapa Ibu Hamil Perlu Berhati-Hati Dengan Demam Denggi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!