Penemuan: Demam Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme Pada Anak

Menurut kajian, ibu yang demam ketika hamil memiliki peningkatan risiko sebanyak 34% untuk mengandung anak yang menghidap autisme berbanding ibu yang tak mengalami demam!

Ibu yang hamil demam dan risiko austisme?

Kajian baru-baru ini telah mengaitkan kaitan antara demam ketika hamil – terutamanya ketika trimester kedua, dengan peningkatan risiko sindrom autisme pada kanak-kanak

Penyelidik daripada Universiti Columbia sebelum ini mengaitkan sindrom autisme dengan jangkitan semasa pra-kehamilan.

Hasil kajian telah diterbitkan oleh jurnal Molecular Psychiatry.

Sekarang, penyelidik ingin mengkaji adakah jangkitan yang dialami ibu hamil tersebut berpunca daripada demam.

Hal ini kerana demam adalah tindak balas biasa jika badan terkena jangkitan atau jatuh sakit.

Lalu, adakah percubaan untuk merendahkan suhu yang tinggi (akibat demam) dengan ubat-ubatan memainkan peranan dalam kebarangkalian anak dalam kandungan menghidap sindrom autisme?

demam ketika hamil

Hasil kajian menggemparkan!

Para penyelidik telah mengkaji hampir 100,000 orang ibu dan anak mereka yang dilahirkan antara tahun 1999 hingga 2009 di Norway. 

Hampir 16% daripada wanita yang dikaji tersebut melaporkan mereka pernah sekurang-kurangnya demam sekali semasa kehamilan mereka. 

Kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 7 tahun pula diperiksa untuk sindrom spektrum autisme ini dan hampir 583 didiagnosis memilikinya!

Para penyelidik mengasingkan beberapa faktor yang boleh menjadi punca gangguan perkembangan pada kanak-kanak seperti: usia ibu ketika hamil, status kehamilan sebelum ini dan status merokok.  

Hasil kajian mendapati ibu yang melaporkan mereka mengalami demam ketika hamil, memiliki peningkatan risiko sebanyak 34% untuk mengandung anak yang menghidap autisme berbanding ibu yang tak mengalami demam!

Malah, peningkatan ini terjadi pada trimester kedua kehamilan: Kanak-kanak dengan ibu yang mengalami demam pada fasa ini mempunyai peningkatan risiko sebanyak 40% untuk menghidap autisme, berbanding ibu yang tak demam!

Demam ketika hamil meningkatkan risiko sindrom autisme pada anak

Tapi, jangan bimbang sangat semua ibu hamil. Dr Mady Hornig, pakar dan profesor epidemiologi di Pusat Penyakit dan Kekebalan Universiti Colombia mengingatkan yang risiko keseluruhan masih terlalu rendah.

demam ketika hamil

Contohnya: walaupun ramai ibu hamil demam sebanyak 3 kali atau lebih ketika hamil, tapi hanya 5 daripada 308 orang kanak-kanak (atau 1 daripada 62) saja memiliki autisme.

Akan tetapi, doktor pakar masih tidak tahu mengapa demam ibu hamil mampu meningkatkan risiko autisme pada anak-anak.

Trimester kedua

Mengapa ketika trimester kedua? Dr Hornig menjelaskan ketika trimester kedua kehamilan, ia adalah waktu untuk perkembangan otak pada kandungan

Ketika itu juga, sistem imun ibu akan “menurun“, maka badannya tak akan menolak janin yang semakin membesar.

Mungkin ini adalah sebab mengapa janin terbuka kepada gangguan perkembangan

Sekarang, para penyelidik sedang menganalisis sampel darah daripada ibu dan bayi bagi menentukan apakah jangkitan yang mungkin terbuka, dan bagaimana tindak balas sistem imun si ibu. 

Jika kajian ini berjaya, ibu boleh mengelak sebarang jangkitan tertentu ketika hamil. 

Jika demam ketika hamil, perlukah makan ubat?

Kajian mendapati jika ibu hamil demam dan mengambil ubat acetaminnophen, risiko autisme pada anak-anak semakin rendah berbanding ibu hamil yang demam dan tak makan sebarang ubat-ubatan.

demam ketika hamil

Tapi, perbezaan antara ibu hamil yang makan ubat dengan yang tak makan ubat adalah sedikit saja. Maka, penyelidik sukar untuk membuat jangkaan. 

Bagaimana dengan ubat ibuprofen?

Kajian masih tidak dapat menjangka kesan pengambilan ubat ini. Namun, ibu hamil yang demam dan makan ubat ibuprofen tidak meningkatkan risiko autisme pada anak mereka.

Akan tetapi, ubat ibuprofen dikaitkan boleh mengakibatkan keguguran.

Maka, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan kerana demam, ketika hamil.

Doktor pakar menyarankan ibu hamil agar lebih berjaga-jaga untuk tidak mahu demam.

Hati-hati dengan selsema. Sentiasa basuh tangan anda dan elakkan daripada bersentuhan dengan individu yang sakit.

Sumber rujukan: Health.com. Molecular Psychiatry dan Time

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!