Ini Sebab BAHAYA Kenapa Ibu Hamil Perlu Berhati-Hati Dengan Demam Denggi

lead image

Ibu hamil perlu memastikan rumah tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes kerana penyakit demam denggi boleh meragut nyawa bayi dalam kandungan!

Denggi adalah demam virus yang kerap berlaku di negara kita. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 78,062 kes denggi telah direkodkan sehingga 18 November 2017.

Iklim tropika serta kawasan-kawasan pembiakan nyamuk yang banyak adalah sebab mengapa penyakit ini sukar untuk dikawal. Tapi yang lebih membimbangkan adalah risiko demam denggi pada ibu mengandung yang boleh meragut nyawa bayi dalam kandungan!

Demam denggi dan kesannya ke atas badan

denggi

Ini merupakan tanda-tanda demam denggi pada seseorang individu

Demam virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes dan tanda paling ketara bagi demam denggi adalah demam panas yang teruk. Tanda-tanda lain termasuklah rasa sakit pada bahagian kepala, sendi badan dan kaki pesakit terbabit.

Pesakit mungkin juga akan menunjukkan tanda-tanda ruam serta pendarahan melalui hidung dan gusi.

Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan platelet darah pesakit jatuh menjunam dengan cepat. Platelet adalah sel kecil yang penting untuk pembekuan darah.

Sekiranya pesakit tidak ada platelet yang cukup, dia boleh mula berdarah secara spontan dan menyebabkan demam denggi berdarah. Diagnosis awal boleh menghalang demam ini dari berlaku. 

Bahaya demam denggi pada ibu mengandung

Virus ini sangat kecil dan boleh merebak melalui plasenta ibu dan mejangkiti bayi di dalam kandungan. Maka jika ibu hamil terjangkit, ia tidak hanya akan memberi kesan pada ibu, malah boleh memudaratkan dan meragut nyawa janin.

Meskipun bayi itu mungkin bernasib baik dan selamat dilahirkan, risiko bayi dilahirkan secara pramatang atau dengan berat lahir yang rendah adalah sangat tinggi.

Jadi jangan pandang ringgan penyakit ini, kerana ia sangat berbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan anak.

Cara rawatan demam denggi pada ibu hamil

demam denggi

Sumber gambar: suraualhijrahpprpantairia.blogspot.my

Jika ibu hamil terjangkit, cara rawatannya sama seperti pesakit denggi biasa. Setakat ini, belum ada ubat yang boleh merawat penyakit ini.

Pesakit perlu bertahan, cuba menaikkan bilangan platelet dan mengharapkan badannya akan pulih dengan cepat. Walaupun penyakit ini tidak akan meninggalkan kesan sampingan fizikal yang teruk, demam yang tinggi masih boleh menimbulkan komplikasi.

Antara komplikasi yang bakal melanda pesakit yang tidak dirawat dengan segera ialah dehidrasi dan risiko pendarahan. Pendarahan luar dan dalaman boleh berlaku pada bila-bila masa, dan doktor perlu memantau bilangan platelet dalam tubuh badan pesakit.

Selain itu, denggi juga boleh membantutkan fungsi sum-sum tulang buat sementara waktu, dan mereka dengan masalah anemia boleh mengalami komplikasi lain.

Jika doktor mendapati anda menghidap penyakit denggi, anda akan ditahan di hospital dan diberi cecair melalui drip untuk mengelak dehidrasi. Di samping itu, pihak hospital akan membuat kiraan platelet yang kerap dan keadaan anda akan dipantau semasa dan selepas demam.

Ini adalah untuk memastikan pesakit tidak mengalami masalah pendarahana atau mula berdarah secara spontan.

Apa yang anda patut dan tidak patut buat apabila demam denggi?

demam denggi

Jika ada kemungkinan anda menghidap penyakit denggi, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol. JANGAN makan ubat Aspirin atau Ibuprofen kerana kedua-dua ubat boleh menyekat pembentukan platelet dan menambahkan komplikasi.

Pastikan anda minum air yang banyak. Pengambilan Oral Rehydration Salt (Garam Rehidrasi) ORS adalah pilihan yang lebih baik.

Kalau boleh, minum sekurang-kurangnya 2 liter ORS dalam masa 24 jam dan jangan mandi air sejuk untuk menurunkan suhu badan.

Anda perlu jumpa doktor dengan segera jika anda rasa demam atau mengesyaki diri terjangkit demam denggi. Jangan berlengah kerana diagnosis awal dan rawatan segera boleh mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan penyakit ini.

Jadi ibu hamil perlulah berjaga-jaga dan memastikan kawasan rumah tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Jika anda berada di kawasan dengan kes denggi yang tinggi, gunakan kelambu apabila tidur pada waktu malam dan gunakan ubat pencegah nyamuk yang selamat pada waktu subuh dan senja.

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kes Virus Zika Pertama Di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Rosanna Chio