Detail Scan Banyak Kelebihannya, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Kumpul Duit Dan Buat!
Salah satu cara untuk anda tahu kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan scan. Detail scan bayi anda adalah salah satu yang penting.
Bagi ibu yang sedang hamil, pastinya tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata yang dikandung bukan? Salah satu cara untuk anda tahu kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan process scanning di hospital atau klinik berdaftar. Ada pelbagai jenis scan, detail scan bayi anda adalah salah satu yang penting.
Tapi, bilakah waktu yang sesuai untuk buat detail scan ini? Adakah anda perlu melakukan proses scanning setiap kali berjumpa dengan doktor?
Disebabkan itu anda perlu banyak membaca dan bertanya kepada doktor. Yang mana yang sepatutnya anda buat, jika ada duit lebih tidak mengapa, tetapi jika anda mahu berjimat, anda boleh simpan duit untuk detail scan.
Detail scan bayi bantu kesan keabnormalan
Ada pelbagai jenis scan, jadi mari kita lihat perbezaannya terlebih dulu.
#1. Dating scan 2D (hitam putih)
Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu booking (buka buku) adalah penting kerana ia menentukan tarikh yang tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau estimated due date (EDD).
Ia hendaklah dilakukan seawal mungkin iaitu waktu kandungan sekitar 6 -7 minggu sehinggalah sebelum kandungan mencecah 12 minggu.
#2. Detail scan 2D
Ia berfungsi untuk melihat jika terdapat sebarang ketaknormalan pada bayi termasuk organ – organ penting seperti otak, muka, paru-paru, jantung, tulang, kaki dan tangan, abdomen dan lain-lain.
Sebarang perubahan yang disyaki seperti Down Syndrome dan sumbing juga boleh ditentukan dari detail scan.
Ia perlu bagi mereka yang berisiko seperti mengandung pada umur lebih 40 tahun, mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi atau kencing manis, sejarah kecacatan pada anak atau kematian bayi dalam kandungan sebelumnya dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, ianya terbuka kepada semua ibu mengandung untuk menjalani detail scan walaupun tidak mempunyai faktor risiko seperti di atas.
#3. Scan 3D 4D atau 5D
Apa yang diperiksa semasa detail scan
Menurut, Klinik MyFamil by MySonoworld, semasa detail scan antara yang diperiksa ialah :
1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda. Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat.
2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing namun sumbing lelangit dalam mulut bayi adalah sukar untuk dilihat
3. Tulang belakang bayi anda,untuk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit.
4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafragm.
5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) . Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi anda.
6. Buah pinggang bayi anda. Pastikan ada dua buah pinggang, dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing.
Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan fizikal boleh dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detail scan dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.
Kelebihan detail scan kepada ibu bapa
Membolehkan mereka lebih bersedia jika bayi adalah abnormal.
Contoh senarionya adalah :
1. Jika berniat bersalin di kampung atau hospital yang kecil, mungkin harus bersalin di Hospital Besar yang mempunyai fasiliti yang lengkap
2. Boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari kaunseling atau support group yang boleh berkongsi pengalaman supaya bakal ibu bapa lebih bersedia. Ini hanyalah contoh senario.Ia bergantung kepada apa yg doktor pakar anda cadangkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Klinik Siti, Klinik MyFamil by MySonoworld
Baca juga: