DETTOL Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan untuk Malaysia yang Lebih Sihat

undefined

Seiring dengan ancaman kesihatan global yang kian meningkat disebabkan oleh rintangan antimikrob (AMR), Dettol Malaysia mengambil langkah proaktif melalui kempennya Selangkah Lebih, Selangkah Kasih untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban sakit. Usaha ini menumpukan galakan pengamalan kebersihan seperti membasuh tangan dan membasmi kuman pada permukaan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit serta mengatasi peningkatan AMR.

Organisasi Kesihatan Dunia telah mengenal pasti AMR sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam global yang sering dikenali sebagai “pandemik senyap.” Oleh sebab penyakit berjangkit menyumbang kepada satu dalam empat kematian di seluruh dunia dan 35% jangkitan biasa kini kebal kepada antibiotik, keperluan mengambil langkah pencegahan adalah amat mendesak. Jika tidak ditangani, AMR boleh mengorbankan hingga 10 juta nyawa setahun menjelang 2050, menjadikan prosedur perubatan rutin seperti pembedahan caesarean sebagai rawatan berisiko tinggi*.

Menurut kajian The STAR Asean, di Asia, penggunaan antibiotik yang berlebihan memperburukkan masalah ini, dengan Malaysia mencatatkan kadar preskripsi antibiotik tertinggi iaitu sebanyak 44%. Oleh itu, kepentingan strategi pencegahan alternatif, seperti amalan kebersihan yang lebih baik, tidak boleh dipertikaikan. Kajian mendapati bahawa amalan kebersihan yang lebih baik boleh mengurangkan preskripsi antibiotik bagi kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan sehingga 30%.

“Kekurangan kesedaran mengenai manfaat dan risiko penggunaan antibiotik menjadi cabaran dalam menangani AMR. Misalnya, walaupun 72% penyedia penjagaan kesihatan mengesyorkan antibiotik, hanya 28% yang membincangkan manfaat dan potensi risikonya dengan pesakit. Jurang pengetahuan ini amat signifikan kerana 71% individu percaya antibiotik berkesan melawan selesema dan  flu, sementara 70% menyangka antibiotik boleh membunuh virus—salah faham yang mendorong kepada penyalahgunaan dan preskripsi antibiotik berlebihan. Menangani salah faham ini adalah penting untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya terutama bagi jangkitan virus seperti selesema dan flu, yang mana antibiotik tidak memberikan sebarang manfaat,” kata Profesor Dr. Zamberi Sekawi, pakar Penyakit Berjangkit.

Dengan musim tengkujuh yang semakin hampir, Malaysia menghadapi risiko jangkitan dan penyakit yang lebih tinggi. Hujan berterusan dan banjir mewujudkan keadaan yang kondusif untuk penyebaran penyakit bawaan air seperti kolera dan disenteri. Populasi yang terjejas yang ditempatkan di pusat perlindungan yang sesak juga terdedah kepada jangkitan pernafasan dan masalah kulit, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk amalan kebersihan yang betul.

“Kebersihan tangan dan kebersihan permukaan adalah asas dalam menghentikan penyebaran penyakit,” kata Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran untuk Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt. “Tangan kita boleh membawa lebih daripada 3,000 jenis bakteria, dan permukaan yang tercemar boleh menampung virus sehingga 48 jam. Kempen Dettol mendidik rakyat Malaysia tentang amalan mudah tetapi berkesan seperti mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan sentiasa membasmi kuman pada permukaan yang kerap disentuh, yang boleh menghalang penyebaran penyakit seperti COVID-19, influenza, dan virus bawaan makanan.”

 

Dettol menekankan statistik yang menunjukkan penyebaran kuman*:

  • 80% kuman disebarkan melalui tangan, dan dengan hanya satu sentuhan mampu mencemarkan hingga tujuh permukaan.
  • Membasuh tangan boleh menjadi seefektif vaksinasi dalam mencegah penyakit tertentu, menjadikannya alat kesihatan awam yang penting.
  • Penyakit cirit-birit yang dikaitkan dengan kebersihan yang kurang baik dan air yang tercemar kekal sebagai punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Malaysia.

 

Dengan menyedari hakikat ini, Dettol bertekad untuk membawa perubahan amalan kebersihan di rumah dan di tempat-tempat awam seperti sekolah serta restoran—lokasi yang kerap menjadi titik penyebaran penyakit jika kebersihan terabai.

Walaupun mencuci tangan adalah asas kebersihan diri, kebersihan permukaan juga memainkan peranan penting, khususnya di kawasan yang sering disentuh ramai orang. Permukaan seperti tombol pintu, palang katil, dan peralatan yang dikongsi boleh menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dengan teliti. Melalui kempen ini, Dettol menekankan kepentingan kebersihan permukaan dalam mengurangkan penyebaran bakteria dan virus seperti MRSA, E. coli, dan virus influenza. Pembasmian kuman yang teratur boleh menghapuskan lebih 99% bakteria yang berkait dengan penyakit bawaan makanan, sekali gus membantu mencegah risiko jangkitan*.

Melalui kempen Dettol Selangkah Lebih, Selangkah Kasih yang komprehensif ini, Dettol telah mencapai lebih daripada 5 juta individu dan ini menunjukkan komitmen teguhnya untuk mempertingkatkan kesihatan awam melalui galakan amalan kebersihan yang ringkas namun sangat berkesan. Inisiatif ini merangkumi siri program yang disusun khas untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Salah satu fokus kempen ini adalah mendekati ibu-ibu baru melahirkan di hospital, yang mana Dettol menyediakan maklumat dan sumber penting mengenai kebersihan bagi diri mereka serta persekitaran sekeliling mereka. Selain itu, kempen ini juga menyasarkan kanak-kanak sekolah melalui Program Sekolah Dettol, yang melibatkan mereka dalam aktiviti pendidikan bagi membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda.

Selain itu, Dettol turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyertai inisiatif kesihatan komuniti, termasuk kempen Bulan Kesihatan. Kerjasama ini menyediakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan langkah kebersihan praktikal, terutamanya dalam kalangan komuniti yang terpinggir.

Usaha-usaha ini penting untuk menjaga kumpulan yang paling terdedah kepada jangkitan, khususnya kanak-kanak kecil, yang lebih mudah terkena penyakit seperti gastroenteritis dan lain-lain masalah kesihatan akibat amalan kebersihan yang lemah.

Dengan kehadiran dwicabaran peningkatan AMR dan penyakit berjangkit bermusim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dettol terus komited memberi masyarakat akses kepada pengetahuan dan langkah yang betul untuk melindungi diri mereka sendiri. Usaha Dettol dalam menggalakkan amalan kebersihan bertujuan mencipta masa depan yang lebih sihat dan selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.

 

Mengenai Dettol

Dettol telah menjadi nama yang dipercayai untuk perlindungan kuman selama 90 tahun, membantu mencegah penyebaran kuman melalui produk antiseptiknya yang terkenal di seluruh dunia. Sains dan kepakaran kami melangkaui produk kami hingga ke mikrobiologi termaju di kemudahan penyelidikan global. Makmal serta perkongsian kami di seluruh dunia, membolehkan kami memahami cara kuman merebak dan memberi tumpuan kepada cara mencegah kuman ini daripada menjangkiti orang.

Misi kami adalah untuk sentiasa mencari peluang bagi mendidik keluarga tentang tabiat sihat untuk diamalkan serta kaedah terbaik untuk melaksanakannya. Kami terus bersemangat tentang kesihatan dan cara kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan perubatan di seluruh dunia untuk memacu perubahan tingkah laku bagi mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan.

Hari ini, Dettol ialah jenama Perlindungan Kuman yang terkemuka.

 

Mengenai Reckitt

Reckitt wujud untuk melindungi, merawat dan memupuk kehidupan yang lebih bersih dan sihat. Kami percaya bahawa akses kepada kebersihan, kesejahteraan, dan pemakanan yang berkualiti tinggi adalah hak seluruh masyarakat dan bukan satu keistimewaan.

Reckitt adalah syarikat di sebalik beberapa jenama pengguna yang paling dikenali dan dipercayai di dunia dalam bidang kebersihan, kesihatan, dan pemakanan, termasuk Air Wick, Calgon, Cillit Bang, Clearasil, Dettol, Durex, Enfamil, Finish, Gaviscon, Harpic, Lysol, Mortein, Mucinex, Nurofen, Nutramigen, Strepsils, Vanish, Veet, Woolite dan banyak lagi.

Setiap hari, kira-kira 30 juta produk Reckitt terjual di seluruh dunia. Kami sentiasa mengutamakan pelanggan,  mencari peluang baru, berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek, dan mencipta kejayaan bersama-sama rakan kerjasama kami. Kami sentiasa berpegang teguh pada prinsip untuk melakukan perkara yang betul.

Kami adalah pasukan global dari pelbagai latar belakang dengan kira-kira 40,000 rakan sekerja di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan semangat kolektif untuk memenuhi misi kami menghasilkan jenama yang berasaskan nilai, planet yang lebih sihat, dan masyarakat yang lebih adil. Ketahui lebih lanjut atau hubungi kami di www.reckitt.com 

 

*Reckitt adalah nama perdagangan bagi kumpulan syarikat Reckitt Benckiser.

 

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!