Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Ini antara risiko dan kesan yang boleh berlaku akibat diabetes pada ibu ketika hamil. Namun, dengan corak dan gaya hidup yang positif, bayi tentunya dapat lahir dengan sempurna.

Kehamilan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu. Kemudian saat hamil pula, anda akan menikmati momen indah itu dengan rasa penuh bahagia. Namun, bagaimana dengan mereka yang ada diabetes semasa hamil? (Gestational Diabetes Mellitus -GDM)

Apabila hamil, semua ibu akan rasa bahagia bila kesihatan dalam keadaan yang baik, sekaligus membuang rasa bimbang jika ada penyakit yang menyerang sepanjang hamil.

Namun, akibat perubahan horman, diabetes semasa hamil masih boleh terjadi. Ia dianggap normal. Tapi ibu perlu kawal cara pengambilan makanan supaya kesihatan dalam keadaan baik. 

Apatah lagi, kehamilan mempengaruhi kadar gula dalam darah hingga mengakibatkan peningkatan kadar gula yang menyebabkan diabetes semasa hamil akibat perubahan metobolisme endokrin dan karbohidrat.

Bahkan, ada kesan yang bahaya jika ada diabetes semasa hamil terutama pada bayi dalam kandungan.

Risiko pada ibu yang mengalami diabetes semasa hamil 

diabetes semasa hamil

Kredit: Pexels

Baca juga: Jika anda ada darah tinggi, ini 6 makanan yang patut anda makan

Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Kredit: halodoc.com

  • Perkembangan janin terlewat 
  • Bayi bersaiz besar ketika dilahirkan (makrosomia) 
  • Peningkatan bilirubin yang membuatkan bayi demam kuning 
  • Sindrom gangguan pernafasan kerana lebihan insulin. 
  • Kekurangan glukosa dan kalsium 
  • Kelainan jantung 
  • Bayi mengalami masalah kelainan neurologik dan psikologik 

Namun begitu, risiko yang disebutkan tadi hanyalah kemungkinan yang boleh terjadi pada ibu dan bayi yang dikandung. Tetapi ada baiknya jika ingin hamil, kawal cara pemakanan dan kadar gula dalam darah anda. 

Ciri-ciri ibu mengalami diabetes semasa hamil 

Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Kredit: Pexels

  1. Kerap buang air kecil, cepat rasa lapar dan kehausan setiap masa. 
  2. Berat badan menurun 
  3. Cepat berasa letih. 
  4. Jangkitan kulit atau luka susah nak sembuh 
  5. Penglihatan kabur 
  6. Kadar gula tinggi dalam air kencing

Namun, jika ia berlaku diluar kawalan ibu, ini yang boleh anda lakukan 

diabetes semasa hamil

Kredit: Freepik

  1. Membuat pemeriksaan rutin kepada doktor O&G bagi memastikan kandungan dalam keadaan yang baik dan paras gula dikawal sempurna. 
  2. Sentiasa berfikiran positif dan perasaan yang bahagia bila sedang berbadan dua supaya bayi dalam kandungan turut rasa seronok dan riang ketika dalam rahim ibu. 
  3. Lakukan senaman ringan supaya badan tetap cergas. 
  4. Tingkatkan ibadah sebagai satu kewajipan yang tak harus dilupakan untuk memberikan aura positif buat ibu dan bayi. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan di laman sosial anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!