Anda ada similariti dengan Diana Danielle?

lead image

Meroyan atau kemurungan melampau selepas bersalin - postpartum depression - boleh terjadi kepada mana-mana ibu baru. Bagi para suami, ketahui bagaimana anda dapat membantu isteri yang sedang dalam keadaan ini.

Tentunya anda sudah tahu bahawa Diana Danielle selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Julai yang lalu. Tetapi tahukah anda bahawa menurut suaminya, pelakon dan pengarah, Farid Kamil, pelakon tersebut mengalami sindrom ‘mother blues’ dan perubahan emosi yang teruk pada awal kelahiran.

Menurutnya, walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi selepas melahirkan, Diana Danielle menghadapi ‘mood swing’ yang teruk – bertukar 360 darjah. Diana menjadi defensive dan sentiasa memerhatikan Farid terutama apabila dia memegang bayi mereka.

Menurut Farid lagi, dia merasa lega apabila dinasihatkan oleh ibunya bahawa perubahan tersebut adalah biasa bagi wanita selepas bersalin.

BERKAIT : Bagaimana hendak menangani masalah dengan mertua?

Meroyan atau kelesuan?

Meroyan atau ‘postpartum depression’ berbeza dengan kelesuan atau ‘postpartum exhaustion – PPE’. Kelesuan biasanya disebabkan oleh kekurangan tidur yang ditambah dengan perubahan hormon dalam tubuh wanita sejurus selepas melahirkan. Bagaimanapun, ia boleh menjadi lebih teruk dan bertukar menjadi meroyan jika tidak dapat dikawal serta menyebabkan tekanan.

Bagi mengesan sama ada seseorang itu sedang meroyan atau mengalami ‘postpartum depression’, bolehlah gunakan Skala Kemurungan Postnatal Edinburgh. Jika ibu baru mendapat markah melebihi 13, dia berkemungkinan menghadapi ‘postpartum depression’.

depression upset 300x200 Anda ada similariti dengan Diana Danielle?

Simptom Meroyan

Antara tanda-tanda meroyan atau ‘postpartum depression’ yang dikenalpasti ialah:
• Tidak mengendahkan bayi
• Berperasaan negatif terhadap bayi
• Terlalu risau menyakiti bayi
• Tidak endahkan diri sendiri
• Kurang tenaga dan motivasi diri
• Rasa diri tidak berguna dan bersalah
• Perubahan pada selera makan dan berat
• Tidur melampau atau kurang daripada biasa
• Berfikir tentang mati atau bunuh diri
• Rasa sunyi melampau

BERKAIT : Sakit tulang belakang selepas bersalin 

‘Postpartum depression’ biasanya terjadi sejurus selepas melahirkan dan meningkat dalam masa beberapa bulan. Ia juga boleh berlaku secara cepat tetapi simptomnya hanya dapat dilihat beberapa bulan kemudian. Perasaan seperti di atas biasa berlaku kepada ibu baru tetapi jika ia tidak reda-reda, maka ia mungkin simptom meroyan.

Klik page 2 untuk panduan bagi suami dan pilihan bagi isteri. 

farid diana and baby 300x300 Anda ada similariti dengan Diana Danielle?

Farid Kamil, Diana Danielle dan anak mereka.
Sumber gambar dari laman Twitter Diana.

Panduan untuk suami

Kepada para suami, terutama bapa baru, usah panik atau rasa bersalah jika ini terjadi pada isteri anda. Anda perlu tahu, dalam keadaan ini, apa jua yang anda katakan akan diterima secara negatif, jadi jangan berputus asa. Anda boleh lakukan yang berikut:

• Galakkan isteri bercakap tentang perasaannya. Dengar tanpa menghukum atau menawarkan solusi. Anda hanya perlu ada di sisi dan menjadi pendengar setia.
• Tawarkan diri untuk membantu di rumah. Ringankan diri dengan kerja rumah dan tanggungjawab menjaga anak. Jangan tunggu diminta.
• Pastikan isteri punya masa untuk diri sendiri. Rehat yang cukup sanagt penting. Galakkan isteri untuk ambil masa berehat, dapatkan bantuan menjaga bayi atau bawa dia keluar sekali-sekala.
• Bersabar jika isteri belum bersedia untuk hubungan kelamin. Kemurungan menjejaskan keinginan seksual, jadi berikan dia masa. Berikan sentuhan fizikal tanpa menjurus kepada hubungan kelamin jika dia tidak ingini.
• Bawa isteri berjalan-jalan. Mendapat senaman boleh meleraikan kemurungan tetapi agak sukar untuk bermotivasi dalam keadaan murung. Bantu dia dengan menjadikan berjalan kaki bersama sebagai rutin harian.

BERKAIT: Fake-awake make-up tips

depression upset bw 300x200 Anda ada similariti dengan Diana Danielle?

Antidepresi

Apabila keadaan menjadi teruk atau tidak terkawal, doktor mungkin akan memberi pil antidepresi yang bertindak sebagai penambah hormon ‘gembira’ atau serotonin. Sebahagian wanita-wanita yang mengambil antidepresi ini mengakui simptom ‘postpartum depression’ mereka berkurang dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

Antara pil antidipresi yang akan ditawarkan termasuk fluoxetine (Prozac), sertraline (Lustral) dan paroxetine (Seroxat). Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa tidak semua wanita yang mengalami ‘postpartum depression’ sembuh sepenuhnya malahan ada yang terus-menerus bergantung kepada pil antidepresi ini.

BERKAIT : Diana Danielle bersalin sebelum tempoh

Rujukan:

Diana Danielle Alami ‘Mother Blues’ Teruk – Farid Kamil
Meroyan (kemurungan posnatum)
Postpartum Depression and the Baby Blues: Symptoms, Treatment, and Support for New Moms
Meroyan
Post Partum Depression: Information for husbands and families
Postpartum Depression – A Guide for Dad’s