Saya Dibuang Kerja Kerana Hamil

lead image

Saya betul-betul terkejut apabila dia terus meminta saya untuk menulis surat letak jawatan malam itu juga.

Ramai wanita berbakat telah kehilangan pekerjaan, atau dibuang kerja disebabkan diskriminasi jantina yang seringkali berlaku di tempat bekerja.

Ada wanita yang lambat menimang cahaya mata kerana ingin membina kerjaya dan mengejar kewangan yang stabil untuk diri sendiri.

“Jika anda bersetuju untuk bekerja dengan kami, anda tidak boleh hamil untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.”

Permintaan seperti ini selalunya dibincangkan melalui mulut dan bukannya perjanjian bertulis yang boleh digunakan sebagai bukti.

Kisah saya

54a4a420dd9af1a6511d0ebdd99c3f4b Saya Dibuang Kerja Kerana Hamil

sumber gambar : Pinterest

6 tahun yang lalu, saya telah diminta untuk meletakkan jawatan saya sebagai seorang setiausaha dan pegawai pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Pada masa itu saya mengandung 2 bulan dengan anak pertama saya, dan tinggal 2 minggu lagi untuk menamatkan tempoh percubaan saya dengan syarikat tersebut.

Saya bernasib baik kerana tidak rasa loya atau mabuk hamil langsung. Saya cuma berasa sedikit letih sahaja. Bos saya ketika itu sedang melancarkan acara yang penting dan saya seringkali bekerja overtime untuk membuat persiapan untuk acara tersebut.

Pendek kata, saya tidak pernah menyusahkan orang dalam apa jua cara. Bahkan bos saya sendiri yang kagum dengan prestasi saya.

Pada masa itu, kami tiada perancangan untuk hamil dan kami bukannya sedang berusaha keras untuk hamil. Tetapi kami telah dianugerahkan anak pertama kami dan saya memutuskan untuk memberitahu bos saya secara jujur bahawa saya mengandung.

Saya ingat dia akan mengambil masa untuk berfikir dan membuat keputusan, memandangkan saya telah banyak menyumbang kepada syarikat itu dalam tempoh masa yang singkat. Saya betul-betul terkejut apabila dia terus meminta saya untuk menulis surat letak jawatan malam itu juga.

Dia cakap saya perlu letak jawatan hari berikutnya, supaya sempat memberi notis 2 minggu seperti yang ditetapkan dalam kontrak, di bawah tempoh percubaan.

Saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya pada hari berikutnya.

contoh contoh surat rasmi berhenti kerja  Saya Dibuang Kerja Kerana Hamil

sumber gambar: Aynorablogs

Saya kekal profesional dan terus membantu sehingga acara bos saya berakhir dengan jayanya.

Satu minggu sebelum hari terakhir saya, bos telah memanggil saya ke biliknya dengan harapan saya tidak meninggalkan syarikat mereka dan saya boleh terus bekerja dengan mereka.

Saya menolak tawaran itu, kerana kawan saya telah menawarkan kerja baru untuk saya. Sebenarnya saya gembira untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Saya rasa mereka tidak layak untuk mempunyai pekerja seperti saya dan saya tidak berasa selamat bekerja dengan mereka. Mereka boleh menyuruh saya letak jawatan semula, pada bila-bila masa.

Kajian WAO

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah membuat kaji selidik dalam talian baru-baru ini dan mendapati 44% daripada 222 wanita telah kehilangan pekerjaan, terlepas promosi, diturunkan pangkat atau dilanjutkan tempoh percubaan kerana mereka hamil.

49% mengatakan mereka takut kehilangan pekerjaan mereka atau dipinggirkan kerana mereka hamil, manakala 31% berkata mereka rela menangguhkan perancangan untuk hamil, kerana takut kehilangan pekerjaan atau promosi mereka.

“Ia adalah diskriminasi apabila bakal majikan bertanya soalan mengenai status perkahwinan, status mengandung atau rancangan untuk hamil serta orientasi seks atau umur, apabila wanita mermohon kerja,” tegas Pengarah Eksekutif WAO Sumitra Visvanathan.

Malangnya, tidak ramai wanita yang akan mengadu atau mengambil tindakan terhadap majikan mereka. Ia adalah proses yang panjang dan menyusahkan yang tidak diingini.

Memang saya rasa hebat kerana telah menolak tawaran itu di hadapan muka bos. Tetapi realitinya, berapa diantara kami yang mampu untuk menolak tawaran kerja? Siapa tak perlu cari makan, cari rezeki?