Selamat Atau Tak Kalau Nak Buat Diet Atkins Semasa Susukan Anak?

Selamat Atau Tak Kalau Nak Buat Diet Atkins Semasa Susukan Anak?

Cuba untuk mendapatkan bentuk badan asal selepas melahirkan anak merupakan idaman setiap wanita. Adakah diet atkins untuk ibu menyusu boleh membantu?

Selepas melahirkan anak, normal untuk ibu-ibu mula berfikir macam mana nak kembalikan bentuk badan seperti asal. Salah satu diet yang popular adalah diet Atkins. Tapi, diet Atkins untuk ibu menyusu selamat ke?

Apa itu diet Atkins?

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat yang biasa dilakukan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Penyokong diet ini mengatakan anda boleh menghilangkan berat badan dengan makan sebanyak mana protein dan lemak yang anda mahukan asalkan anda elak makan makanan tinggi karbohidrat.

Lebih 20 kajian dalam masa 12 tahun menunjukkan yang diet rendah karbohidrat tanpa perlu mengira kalori ini adalah sangat berkesan untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki kesihatan.

Sebab utama kenapa diet rendah karbohidrat sangat efektif untuk penurunan berat badan kerana pengurangan karbohidrat dan peningkatan pengambilan protein akan buat anda kurang selera makan.

Secara tak langsung, anda makan dengan kalori yang lebih rendah tanpa perlu memikirkannya.

Diet Atkins untuk ibu menyusu: Selamat ke?

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

Dalam situasi normal, anda boleh makan serendah mana karbohidrat yang anda mahukan. Tapi, semasa menyusukan bayi, anda akan kehilangan gula melalui susu sebanyak lebih kurang 30 gram sehari, kadang-kadang lebih.

Jika anda tak makan karbohidrat ketika ini, ia mungkin boleh mengundang penyakit berbahaya yang dipanggil ketoasidosis.

Setakat ini, hanya lebih kurang empat kes ketoasidosis yang pernah direkodkan di dunia. Jadi, risikonya mungkin sangat rendah dan kesemua kes ini tak berakhir dengan tragedi.

Diet Atkins untuk ibu menyusu: Apa yang boleh anda lakukan?

Semasa menyusukan bayi, anda perlu ingat yang anda menggunakan kalori sendiri untuk memberikan nutrisi pada bayi. Jadi, jika anda mengurangkan kalori terlalu cepat atau terlalu drastik, pengeluaran susu mungkin akan berkurangan.

Jika anda mahu lakukan diet Atkins ketika menyusu bayi, anda dinasihatkan untuk tak membuat fasa pertama dan terus lakukan fasa kedua.

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

Anda boleh kurangkan berat badan semasa menyusu dengan mengambil karbohidrat sekurang-kurangnya 50 gram sehari.

Menyusukan bayi memerlukan sejumlah kalori yang banyak, jadi anda boleh kurangkan berat badan dengan menyusukan bayi.

Jika berat badan anda turun lebih dari 1kg seminggu semasa menyusukan bayi, anda perlu menambah jumlah karbohidrat untuk perlahankan proses penurunan berat badan. 

Menu diet Atkins untuk ibu menyusu

Jika anda ingin melakukan diet Atkins semasa menyusukan bayi, anda boleh ikut menu yang dikongsi oleh Yuss Aisya di Facebook-nya ini:

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

Kredit Gambar: Facebook Yuss Aisya

1/2 cwn nasi

2 mini lamb patty

Salad Butterhead dan ketumbar

Cara membuat Lamb Patty:

Daging kambing kisar

Tabur garam dan bulatkan leper.

Goreng tanpa minyak dalam kuali

Cara membuat kuah:

Gunakan kuali yang sama, dan minyakkan dengan satu sudu minyak masak

Masukkan secubit tepung gandung, suku cawan air, secubit garam dan gula dan masak hingga pekat

Cara membuat salad:

Koyakkan salad Butterhead

Potong kasar daun ketumbar

Cili padi potong kecil

Tuang kuah di atas patty dan salad

Perah limau atas salad dan tabur bijan sangai

diet atkins untuk ibu menyusu, diet atkins, diet rendah karbohidrat, menu diet atkins, diet semasa menyusukan bayi, ibu menyusu diet, diet ibu menyusu, cara diet ibu menyusu, tips diet ibu menyusu,

Kredit Gambar: Facebook Yuss Aisya

1/2 cawan nasi

Bendi rebus sira sambal budu tumis

Daging jeruk berempah

Cara membuat sambal budu tumis:

*1 ulas bawang putih

*1 ulas bawang merah

*1 sudu besar cili kisar (nak pedas ketuk cili api)

*Sebatang serai ketuk

1/2 sudu teh tepung jagung bancuh dgn 1/2 cawan air

1 asam keping

2 sudu besar budu

Garam dan gula

Tumis semua bahan bertanda (*) hingga wangi dan masukkan bahan-bahan lain.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Diet Doctor, Healthline, Atkins, Facebook

Baca juga:

Ibu menyusu badan ini TURUN 24KG walaupun tetap makan nasi! Ini rahsianya

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner