Bayi 18 Bulan Mati Kebuluran Akibat Sikap Ibu Ayah Yang Terlalu Mengamalkan Diet Vegetarian

Diet vegetarian yang diamalkan oleh sepasang suami isteri telah mengorbankan nyawa seorang bayi. Dia mati kebuluran selepas seminggu

Ibu yang sedang melakukan diet vegetarian perlu lebih berhati-hati jika melibatkan anak untuk diet bersama. Keperluan nutrisi dalam badan kecil anak tidak sama dengan nutrisi untuk orang dewasa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu ayah terlalu bangga amalkan diet vegetarian hingga bayi mati kebuluran
  • Pengalaman diet yang ketat telah membunuh anak sendiri

Anak yang sedang membesarkan memerlukan lebih banyak khasiat daripada pemakanan harian bagi menyokong tumbesaran mereka. Diet vegetarian yang hanya memakan sayur dan buahan pastinya tidak memiliki cukup khasiat untuk anak.

Ibu ayah terlalu bangga amalkan diet vegetarian hingga bayi mati kebuluran

bahaya diet vegetarian anak

Kejadian malang terhadap seorang bayi telah berlaku apabila ibunya telah memberikan diet vegetarian yang diamalkan. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab ibu ini, nyawa anaknya menjadi taruhan.

Dilaporkan Metro UK, seorang bayi lelaki telah mati kelaparan akibat diet vegetarian yang diamalkan ibunya itu turut dipaksa kepada dia. Wanita warganegara Amerika Syarikat itu telah disabitkan kesalahan membunuh anaknya.

Ezra O’Leary yang berusia 18 bulan hanya memiliki berat 7.7 kg sahaja. Bayi seusia dia memiliki purata berat sekurang-kurangnya 3.18 kg. Berat itu diperolehi saat dia telah pun berhenti bernyawa.

Ibu Ezra iaitu Shiela O’Leary yang berusia 39 tahun disabitkan kesalahan membunuh melalui pertuduhan mendera kanak-kanak seperti mana dilaporkan Fort Myers News Press.

Francine Donnorummo, ketua unit mangsa khas di Pejabat Peguam Negara meluahkan kekecewaannya. Beliau memberitahu bahawa Ezra tidak makan dan dipaksa berlapar selama 18 bulan.

Pengalaman diet yang ketat telah membunuh anak sendiri

Tambah Donnorummo lagi, Sheila membuat pilihan yang telah membunuh bayinya kerana berbangga dengan diet diamalkan. Pengamalan diet itulah yang telah menyebabkan anak kecil berkenaan meninggal dunia. Beliau menganggap perbuatan Sheila adalah disebabkan sikap cuai untuk nyawa manusia.

“Ezra mengamalkan diet vegetarian yang ketat namun masih diberi susu. Dia tidak makan selama seminggu serta mengalami kesukaran untuk tidur sebelum meninggal dunia,” beritahu Sheila dan suami, Ryan O’Leary kepada pihak polis.

Bayi 18 Bulan Mati Kebuluran Akibat Sikap Ibu Ayah Yang Terlalu Mengamalkan Diet Vegetarian

Pihak pendakwa raya menyatakan, “Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk Ezra ketika anaknya itu sakit. Malah pasangan suami isteri itu turut mengabaikan tiga orang anak mereka yang lain, berumur di bawah 11 tahun, selepas kematian Ezra.”

Menurut laporan bedah siasat mendedahkan bahawa kematian Ezra disebabkan komplikasi kekurangan zat makanan.

Ibu bapa boleh mengambil iktibar melalui kejadian ini. Sayangi anak dengan tidak memaksa amalan diet anda kepada mereka. Sikap tidak peduli akan memberi kesan negatif di kemudian hari.

Dapatkan nasihat dari doktor jika anda mahu memberikan diet kepada anak. Si manja memerlukan kuantiti diet yang berbeza mengikut keperluan tubuh mereka. Semoga bermanfaat!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Diet Vegan Punca Bayi 14 Bulan Masuk Hospital Kerana Tidak Cukup Zat

Baca juga: Selamatkah Diet Atkins Buat Ibu Menyusu Badan? Sila Ambil Tahu Perkara Ini Dahulu!

Baca juga:  Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!