Pemakanan Ibu Hamil - 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung

Ibu mengandung harus mengamalkan pemakanan ibu hamil yang sihat supaya bayi dalam kandungan boleh membesar dengan sewajarnya.

Kehamilan dirasakan sebagai anugerah yang terindah bagi setiap pasangan. Oleh itu, setiap wanita yang hamil harus menjaga pemakanan mereka dan mengamalkan pemakanan ibu hamil agar janin menjadi bayi yang sihat sebelum dilahirkan.

Berikut adalah tips untuk menjaga diet pemakanan ibu hamil sepanjang kehamilan agar bayi dan kesihatan bakal ibu terjamin.

Menjaga pemakanan ibu hamil #1: Pilih makanan yang kaya fiber

pemakanan ibu hamil
Makanlah makanan yang mengandungi serat yang baik untuk melancarkan penghadaman serta mengurangkan lemak di dalam badan.

Masaklah makanan sendiri di rumah agar dapat mengurangkan jumlah minyak, gula dan perasa. Biasakan kukus, rebus atau panggang makanan supaya minyak di dlm makanan dapat dikurangkan

Menjaga pemakanan ibu hamil #2 Minum air yang cukup

pemakanan ibu hamil
Air ialah elemen yang penting dalam tubuh badan. Tanpa air, badan akan menjadi lesu dan letih serta mengalama dehidrasi. Begitu juga untuk ibu mengandung. Janin juga memerlukan air.

Minumlah air sekurang-kurangya 8 gelas sehari supaya badan menjadi sihat.
Selain itu, pelbagaikan hidangan yang berasaskan air seperti buah-buahan dan jus.

Elakkan air manis untuk mengelakkan diabetis sewaktu hamil.

Menjaga pemakanan ibu hamil #3 Makanan Laut

pemakanan ibu hamil

Gambar dari: Foodlikethat

Pastikan anda bebas alahan untuk makan makanan laut. Makanan laut ternyata bagus untuk perkembangan otak janin kerana kaya dengan omega 3 dan protein untuk pembentukan janin yang sihat.

Jika anda alah dengan makanan laut, suplemen minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga membantu sedikit sebanyak. Tetapi, pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum makan apa-apa supplemen.

Menjaga pemakanan ibu hamil #4 Produk Tenusu

pemakanan ibu hamil
Produk tenusu kaya dengan protein dan kalsium. Protein penting untuk jaringan sel bayi dan membentuk tulang kuat dan sihat. Produk tenusu juga penting untuk ibu mengandung.

Menjaga pemakanan ibu hamil #5 Kekacang dan bijirin

pemakanan ibu hamil
Kekacang antara makanan yang kaya dengan sumber vitamin B dan asid folik yang amat bagus untuk perkembangan saraf bayi.

Ia adalah kaya dengan sumber protein tetapi sumber protein yang terdiri daripada tumbuhan. Ibu mengandung boleh mempelbagaikan sumber protein di dalam diet mereka.

Selain itu, bijirin juga kaya dengan serat, vitamin B, mineral, dan karbohidrat untuk tenaga yang baik.

 

 

 

 

Baca juga:

5 Jenis Buah & Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil, Hati-Hati Jangan Ambil Secara Berlebihan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!