Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

undefined

Satu dilema ibu menyusui anak adalah apabila penyusuan ibu tidak dapat dirasakan secara semula jadi, dan mengalami proses penyusuan yang menyakitkan.

Saat paling indah buat ibu setelah melahirkan adalah apabila mula belajar menyusukan si kecil itu. Kita sendiri rasa kagum kerana mampu mencipta hubungan yang indah bersama bayi hanya melalui cara ibu menyusui anak, walaupun masih perlu banyak bimbingan pada mulanya.

Ada ibu yang mengalami proses penyusuan yang amat mudah, sebaik sahaja bayi diletakkan di pangkuannya.

Namun segelintirnya, masih berhempas pulas untuk menjadi ibu yang terbaik semasa menyusukan bayi mereka, dan perkara yang paling mereka tidak perlu adalah kritikan dari orang sekeliling.

Ikuti perkongsian ibu ini tentang dilema ibu menyusui anak yang jarang orang tahu.

Dilema Ibu Menyusui Anak: Penyusuan Itu Menyakitkan

malay, ibu menyusui anak, susu ibu, penyusuan anak, ibu menyusui, cabaran penyusuan anak, cabaran susukan anak, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, cara penyusuan yang betul, kesalahan dalam penyusuan anak

***

Penyusuan sukar untuk sesetengah ibu kerana ia sangat menyakitkan, saya tidak rasa ia proses semula jadi, dan saya sentiasa bergelut dengan bekalan susu yang rendah!

Malah untuk untuk dapat perahan beberapa oz untuk diberi pada bayi juga terasa sukar, tambahan lagi dengan demand bayi yang banyak.

Ibu mungkin telah cuba semua perkara. Makan makanan yang berkhasiat, minum banyak air (tetapi tidak terlalu banyak kerana itu juga buruk!), makan apabila perlu, malah mengurut payudara untuk membanyakkan susu.

Walaupun ramai perunding laktasi yang mengatakan lekapan bayi juga baik, namun hakikatnya buat sesetengah ibu menyusui anak — penyusuan itu menyakitkan!

Dilema Ibu Menyusui Anak: Jangan Selalu Salahkan Ibu!

malay, ibu menyusui anak, susu ibu, penyusuan anak, ibu menyusui, cabaran penyusuan anak, cabaran susukan anak, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, cara penyusuan yang betul, kesalahan dalam penyusuan anak

Selepas berminggu-minggu melakukan penyusuan, dengan si kecil yang sering melekap sepanjang masa dan ketika kerana tidak mendapat susu yang cukup, puting ibu kadangkala pecah dan mula berdarah.

Pada masa ini, ibu mula serba salah dan memberi susu formula kepada anak.

Memberi susu formula bukannya satu dosa, kan? Ibu tidak seharusnya digelar si gagal yang tidak dapat menyusukan anak, malah bayi juga seharusnya dianggap kecewa dengan ibu.

Namun lain pula apabila si ibu berkongsi kisah bersama orang lain, mereka sering mengatakan mesti ibu yang “gagal” ini melakukan penyusuan dengan cara salah! 

Setiap tindak tanduk ibu dikritik hanya kerana ibu ‘gagal’ menyusu anak, sekurang-kurangnya di mata mereka.

Dilema Ibu Menyusui Anak: Bukannya Si Ibu Tidak Mencuba…

malay, ibu menyusui anak, susu ibu, penyusuan anak, ibu menyusui, cabaran penyusuan anak, cabaran susukan anak, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, cara penyusuan yang betul, kesalahan dalam penyusuan anak

Kebanyakkan orang akan cuba mencadangkan tips-tips tertentu yang hakikatnya telah dilakukan. Sekiranya ada yang menyuruh ibu menyusu anak semula, ia seolah terlalu rumit dan jika ada cara yang belum dilakukan pun, bagi ibu ia sudah terlambat.

Satu perkara lagi yang merunsingkan adalah tanggapan yang menyatakan sekiranya ibu bergelut ketika menyusukan anak, tentunya ibu melakukan kesalahan dalam penyusuan.

Seolah-olah ibu sedang gagal dalam membesarkan anak dan ia bukan disebabkan pembawakan biologi si ibu.

Dilema Ibu Menyusu: Tidak Semua Ibu Boleh Menyusukan Dengan Mudah

Dalam kumpulan ibu-ibu baru yang saya join, ibu-ibu lain menyusu seperti itu adalah sifat kedua. Ya, sesetengah juga bergelut seperti saya, tetapi ada beberapa orang yang menyusu seperti tiada masalah langsung.

Mereka makan apa sahaja yang mereka mahu dan tidak terlalu obses atas pengambilan air mereka, tidak sakit bila menyusu, malah mempunyai bekalan yang begitu banyak sehingga sentiasa basah di bahagian hadapan baju mereka.

Mereka hanya mengambil bayi dan melekatkan payudara dalam mulut bayi dan teruskan dengan hari mereka tanpa berfikir panjang.

malay, ibu menyusui anak, susu ibu, penyusuan anak, ibu menyusui, cabaran penyusuan anak, cabaran susukan anak, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, cara penyusuan yang betul, kesalahan dalam penyusuan anak

Bolehkah kita mengaku bahawa badan wanita tidak semua sama?

Ini sangat jelas pada sesetengah ibu, tetapi mereka masih mendapat ayat ‘”Awak dah cuba …?” setiap kali saya bercerita kepayahan perjuangan saya dengan penyusuan susu ibu.

Masih ada yang sangat ingin menyusu dan mengikut setiap butiran nasihat pakar yang diberikan kepada mereka, tetapi, atas sebab apa pun, tubuh mereka tidak akan bekerjasama.

Jadi jika anda mempunyai pengalaman yang agak mudah untuk menyusukan anak, sila faham bahawa anda bernasib baik. Apabila kawan anda bercerita masalah dia mempunyai bekalan yang rendah dan telah mencuba segala tips, sebaiknya jangan mengkritiknya lagi.

Sesungguhnya kekecewaannya masih lagi berada di ingatannya dan ibu itu tidak perlu diingatkan mengenainya lagi. 

Bolehkah saya beri susu segar kepada anak yang berusia 16 bulan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber: Scarymommy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!