Bapa tiri rogol anak autistik hingga cedera dan tidak sedarkan diri, kejam!

lead image

Budak perempuan autistik dirogol bapa tirinya selepas dia dijemput bapa tiri itu dari sekolah dengan alasan ibunya sakit di rumah!

Seorang pemandu teksi tidak menyangka yang dia akan terpaksa berkejar membawa seorang budak perempuan yang tidak sedarkan diri dan berdarah baru-baru ini. Dia mendapati budak perempun itu memiliki gangguan autisme dan yang paling kasihan— dia dirogol bapa tiri.

Dirogol bapa tiri: Apa yang berlaku?

Jenayah dahsyat yang berlaku di Thailand ini diketahui selepas budak perempuan ini sedar daripada pengsan dan beritahu pihak berkuasa yang bapa tirinya telah menderanya.

Budak perempuan ini berada dalam keadaan stabil tapi masih dipantau di unit rawatan rapi di Hospital Krathum Ban.

Menurut nenek budak perempuan ini, dia membenarkan bapa tiri tersebut menjemput budak perempuan ini dari sekolah.

1 Bapa tiri rogol anak autistik hingga cedera dan tidak sedarkan diri, kejam!

Bapa tiri ini berkata yang ibu budak perempuan ini sakit dan dia perlu mengambil budak ini dari sekolah. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka hilang tak berapa lama selepas itu.

Pemandu teksi tersebut telah dibawa untuk disoal siasat. Dia berkata yang seorang lelaki berumur 40-an telah menyuruhnya menghantar budak perempuan ini ke hospital.

Lelaki tersebut mengatakan yang dia telah menjumpai budak ini tidak sedarkan diri di tepi jalan dan di dalam poket seluarnya terdapat nombor telefon keluarganya.

Lelaki itu kemudian memberitahu pemandu teksi berkenaan yang dia ingin pergi membuat laporan polis dan tidak muncul lagi selepas itu.

Polis menjumpai telefon di dalam teksi, dipercayai milik suspek. Pihak berkuasa kini sedang mencari bapa tiri budak perempuan ini.

Cara melindungi anak dari sebarang penderaan

image 126 Bapa tiri rogol anak autistik hingga cedera dan tidak sedarkan diri, kejam!

Ibu bapa perlu sentiasa mementingkan keselamatan anak.

Sejak akhir akhir ini, seperti sudah jadi satu kebiasaan untuk mendengar cerita penderaan fizikal, rogol dan keganasan terhadap kanak-kanak.

Untuk kebanyakan ibu bapa, mendengar berita sebegini cukup untuk membuatkan mereka merasa overprotective terhadap anak mereka.

Adalah penting untuk ibu bapa mengetahui apa yang mereka boleh lakukan untuk melindungi anak-anak dari bahaya seperti ini.

Ini adalah beberapa tip penting:

  • Ajar anak untuk cakap “tidak“. Anak patut diajar dari kecil untuk meluahkan perasaan mereka jika mereka tidak selesa terhadap beberapa situasi. Pastikan anak tahu bagaimana untuk cakap “tidak”, lebih lebih lagi jika mereka merasa tidak selamat dengan seseorang.
  • Jangan paksa anak untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Kanak-kanak perlu tahu mengawal tubuh badan mereka sendiri. Memaksa anak untuk mencium atau memeluk saudara atau orang asing walaupun mereka tak nak boleh menghasilkan tanggapan yang ia tidak mengapa untuk orang lain memaksa mereka melakukan sesuatu. Jika anak anda tidak mahu cium atau peluk orang dewasa, biarkan mereka.
  • Pastikan anak anda tahu apa yang perlu mereka lakukan jika seseorang ingin menculik mereka. Ajar anak anda untuk menjerit dan menangkap perhatian orang sekeliling jika ada orang cuba untuk mengambil mereka tanpa kerelaan.
  • Ajar anak anda untuk menjaga diri sendiri. Bagus untuk membesarkan anak menjadi bijak mengawal bahaya atau kesusahan di sekeliling mereka. Mereka perlu belajar tempat yang perlu mereka elak, bagaimana untuk selamat semasa di jalan dan di mana mereka boleh minta bantuan jika berlaku apa-apa.
  • Ajar anak anda tentang seks. Ia adalah penting untuk keluarga bercakap mengenai seks secara terbuka tanpa rasa malu. Walaubagaimanapun, pastikan ia sesuai dengan umur dan tahap pemahaman anak. Ini akan membantu anak anda untuk lebih sedar tentang penderaan seksual.

Kami berharap ibu bapa semua sedar dengan apa yang anak anda lakukan atau lalui supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan dibanteras.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!