Budak 4 Tahun Dirogol Beramai-Ramai Oleh Petugas Di Hospital

lead image

Kanak-kanak empat tahun telah dirogol beramai-ramai semasa dia menerima rawatan di hospital. Salah seorang perogol adalah petugas kesihatan.

Hospital adalah antara tempat yang kita rasakan selamat. Tapi, lain pada kanak-kanak berusia 4 tahun ini. Dia dikatakan telah dirogol beramai-ramai oleh petugas kesihatan dan beberapa orang lain!

Kanak-kanak 4 tahun dirogol beramai-ramai di hospital

Siasatan telah dijalankan ke atas kes mengejutkan ini apabila seorang kanak-kanak perempuan dirogol beramai-ramai di hospital di India.

Kanak-kanak ini dikatakan telah berada di hospital untuk mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular ketika kejadian ini berlaku. Dia telah memberitahu neneknya tentang serangan tersebut, menurut laporan.

Menurut sumber berita pula, kanak-kanak itu sedang dipakaikan ventilator ketika serangan berlaku dan dia telah berada di hospital selama empat hari.

Polis telah menangkap seorang lelaki dan sedang melihat rakaman CCTV untuk mengetahui siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini.

Polis juga sedang cuba mengetahui kenapa kanak-kanak ini ditinggalkan berseorangan di hospital tersebut.

dirogol beramai-ramai, rogol berkumpulan, rogol beramai-ramai, kanak-kanak dirogol, penderaan seksual kanak-kanak, penderaan seksual pada kanak kanak,

Walaupun kejadian ini berlaku pada April tahun ini, masih belum ada lagi laporan susulan tentang situasi ini. Apa pun, kami mengharapkan keadilan untuk kanak-kanak ini.

Kanak-kanak dirogol beramai-ramai: Rogol di hospital bukan kes pertama di India

Awal tahun ini, kaji selidik Yayasan Thomas Reuters mendapati India adalah negara yang paling berbahaya untuk wanita.

Menurut Newsweek, negara ini memberi risiko tinggi untuk wanita mendapat keganasan seksual, tradisi dan budaya yang memperkecilkan wanita, menjadi mangsa perdagangan manusia, hamba seks dan perhambaan domestik.

Kita telah mendengar banyak laporan rogol dan keganasan terhadap wanita dari negara ini tanpa mengira usia mangsa. Baik, bayi, kanak-kanak mahu pun orang dewasa.

Walau bagaimanapun, hak wanita dan aktivis-aktivis lain sedang berusaha keras untuk mengubah undang-undang dan hukuman yang lebih berat untuk perogol dan pendera.

Lebih-lebih lagi selepas kejadian pada tahun 2012 berlaku apabila seorang pelajar wanita Jyoti Singh yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh semasa menaiki bas yang sedang bergerak di New Delhi.

Kerajaan India telah meluluskan hukuman yang lebih berat untuk perogol dan pendera. Tapi, di mahkamah, kes ini boleh berlanjutan hingga bertahun-tahun.

dirogol beramai-ramai, rogol berkumpulan, rogol beramai-ramai, kanak-kanak dirogol, penderaan seksual kanak-kanak, penderaan seksual pada kanak kanak,

Apa yang kita boleh lakukan sebagai ibu bapa untuk selamatkan anak kita dari mendapat gangguan seksual?

  • Ajar anak untuk jangan berjalan seorang diri atau keluar dengan orang tak dikenali. Untuk bayi, jika perlu dijaga orang lain, pastikan orang tersebut betul-betul boleh dipercayai.
  • Amalkan komunikasi terbuka supaya anak anda mudah untuk bercakap dengan anda jika ada sesuatu yang berlaku ke atas diri mereka.
  • Jika ada perkara buruk berlaku, ingatkan anak anda untuk meminta pertolongan atau hubungi anda dengan cepat.
  • Ajar anak anda tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat dari mereka kecil lagi.

Semoga bermanfaat.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga

Pembalasan Untuk Bapa Yang Rogol & Liwat Anak 623 Kali, Walaupun Ketika Di Mekah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nadia Ghafar