Gara-Gara Leka Bermain, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Diserang Tebuan

lead image

Gara-gara leka bermain, seorang kanak-kanak tak bersalah maut diserang sekumpulan tebuan. Ibu bapa harus tahu apa perlu dibuat bila anak disengat tebuan!

Kanak-kanak 2 tahun maut diserang tebuan

Satu kejadian yang  mengejutkan di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat diserang tebuan.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut telah disengat lebih kurang 30 ekor tebuan berdekatan rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has, Jertih.

Kanak-kanak tersebut, Puteri Nur Aisya Azahar meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 4.30 pagi.

Kanak-kanak itu telah diserang oleh sekumpulan tebuan sekitar jam 12.45 pagi.

Gara-Gara Leka Bermain, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Diserang Tebuan

Diserang tebuan ketika bermain

Menurut ibu mangsa, Rubiyah Ismail, 45, mangsa telah diserang oleh tebuan-tebuan itu semasa sedang bermain berdekatan gerai makan yang kosong. 

Ketika itulah ibu dan ayah mangsa dikejutkan dengan jeritan anaknya yang kesakitan.

Semasa pergi mendapatkan anaknya, Ismail Mat Ali, 69, melihat anaknya sedang dikerumuni tebuan yang banyak.

Beliau kemudiannya membawa masuk anaknya ke dalam rumah. Beliau juga turut disengat tebuan tetapi telah dirawat sejurus tiba di bahagian kecemasan Hospital Besut.

Walaubagaimanapun, anak perempuannya tak dapat diselamatkan kerana terlalu banyak kesan sengatan hingga kanak-kanak malang itu tak dapat membuang air kecil akibat buah pinggang yang gagal berfungsi.

Jenazah  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Akar selepas solat Zuhur.

Serangan dan sengatan tebuan boleh membawa maut!

Menurut doktor dari Universiti Standfors, Dr. Joseph Forrester, tebuan merupakan salah serangga liar yang boleh membawa maut

Di Amerika Syarikat,  33% daripada kes kematian adalah berpunca daripada racun serangga seperti tebuan. 

Dan itu adalah kes yang melibatkan orang dewasa, bagaimana pula kesannya pada anak kecil, kan?

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelak diserang tebuan?

Cara terbaik untuk mengelak kejadian seperti ini ialah dengan memeriksa sekeliling rumah atau tempat bermain anak-anak agar ia bebas dari sarang tebuan.

Sekiranya terdapat sarang tebuan, jangan sesekali mengambil tindakan sendiri.  Minta bantuan pihak profesional seperti bomba atau JPAM.

Sekiranya disengat tebuan, elak dari membunuh tebuan yang menyengat.

Sebaliknya, cuba berlalu pergi dari kawasan tersebut.

Ini kerana apabila menyengat, tebuan akan merembeskan ‘hormon amaran‘ yang memanggil tebuan lain untuk turut menyerang mangsa.

Selain itu, perbuatan menjerit dan panik akan membuatkan mereka lebih agresif menyerang.

Gara-Gara Leka Bermain, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Diserang Tebuan

Apa perlu anda buat jika diserang tebuan?

Berikut adalah secara ringkas apa yang anda boleh lakukan sekiranya diserang tebuan, menurut Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat:

  • Lari jauh dan jangan berhenti sehingga anda berada di tempat selamat atau tempat berlindung
  • Jangan terjun dalam air kerana tebuan-tebuan itu akan menunggu anda
  • Tarik baju dan tutup muka, mata dan mulut 
  • Jangan pukul tebuan semasa sedang berlari kerana itu akan membuat mereka lebih marah
  • Telefon bantuan selepas berjaya tiba di tempat selamat

Sekiranya anda telah disengat dan telah terselamat dari kumpulan tebuan, dapatkan rawatan

Ini kerana racun dari bekas sengatan mungkin kekal dalam badan anda dan ia akan terus mengeluarkan racun.

Jangan menggunakan tangan untuk mencabut sengatan tersebut kerana itu boleh menyebabkan racun lebih banyak masuk ke dalam luka.

Semoga anak-anak anda dilindungi daripada kejadian yang membawa maut seperti ini. Ambil langkah berjaga-jaga, ya ibu bapa semua!

Sumber: Channel News Asia dan Life Hacker

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bapa ini beri amaran ke semua ibu bapa supaya menterbalikan mainan anak-anak sebelum membenarkan mereka bermain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner