5 doa banyakkan susu ibu - jika diamal selalu, susu pasti akan lebih lancar

lead image

Sama-sama amalkan doa ini semoga penyusuan jadi lebih lancar

Selain pemakanan dan milk booster, doa banyakkan susu ibu serta niat untuk menyusukan anak sehingga usia mencukupi juga membantu penghasilan susu yang lebih banyak dan berterusan.

Bila kita berdoa dan memasang niat untuk menyusukan anak, pasti Allah SWT akan bantu melancarkan proses tersebut. Hal ini kerana, bila sudah berdoa, pastinya ibu akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menyusu anak. 

Sebab itu, 5 doa banyakkan susu ibu ini boleh diamalkan setiap hari ketika ingin menyusukan anak sambil menatap lembut wajah si kecil itu.

5 doa banyakkan susu ibu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/doa bykkn susu.jpg 5 doa banyakkan susu ibu   jika diamal selalu, susu pasti akan lebih lancar

1. Baca doa banyakkan susu badan dimulai dengan surah Al-Baqarah ayat 60.

Caranya, letakkan tangan di payudara, usap lembut payudara dan berdoa di dalam hati agar Allah SWT mempermudahkan urusan penyusuan dan memperbanyakkan rezeki anak.

Sekurang-kurangnya selama dua tahun usia si kecil itu. 

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman : “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/menyusu bayi muslim 1.jpg 5 doa banyakkan susu ibu   jika diamal selalu, susu pasti akan lebih lancar

2. Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya). Amalkan zikir ini 70 kali setiap hari. Waktu mustajab adalah ketika malam dan subuh. 

Boleh juga dibuat dengan cara membaca zikir, kemudian ditiup pada segelas air dan selepas itu diminum oleh ibu tersebut. Insyaallah mujarab dan berkesan. 

3. Salah satu doa banyakkan susu ibu juga adalah berselawat ke atas Nabi Rasulullah SAW dan berdoa sebelum dan selepas menyusukan bayi.

Kemudian titipkan rasa syukur Alhamdulillah selepas penyusuan atau ketika pam susu badan. Ini bermaksud anda bersyukur dengan rezeki yang dilimpah buat si manja agar membesar menjadi anak yang soleh/solehah dan cergas tubuh badan. 

4. Selain itu, ibu juga perlu amalkan doa banyakkan susu ibu iaitu baca doa untuk para ibu seperti…

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.

5. Baca dan amalkan ayat dari surah Ar-ad 8-9 untuk doa banyakkan susu badan ini:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/doa tambah susu.jpg 5 doa banyakkan susu ibu   jika diamal selalu, susu pasti akan lebih lancar

Maksudnya (8) Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. 

(9) Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya). 

Dengan kekuatan doa banyakkan susu ibu ini, semoga urusan kalian dipermudahkan dan rezeki buat anak pun melimpah ruah. Kongsikan doa ini di laman Facebook anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Annuranna

Baca juga

9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!