6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!

6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!

Doa apa yang ibu amalkan semasa bersalin? Di sini, kami sediakan doa-doa kecil yang boleh diamalkan semasa bersalin nanti.

Mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran atau doa mudah bersalin perlu dimulakan ketika usia kandungan masih baru. Ia sedikit sebanyak membasahi lidah ibu dengan bacaan ayat- ayat yang boleh memberikan suntikan kerohanian. 

Semasa berdoa juga ibu boleh tanamkan dalam hati agar surah yang diamalkan itu melekat terus ke dalam hati anak yang dikandungkan supaya keperibadian anak sentiasa dipandang manis hingga mereka membesar. 

Selain itu, terdapat juga beberapa doa-doa kecil menurut al-Quran yang mudah dihafal oleh ibu dan dipraktiskan semasa di labour room atau hampir due date. Jadikan 5 doa cepat bersalin ini sebagai panduan untuk para ibu. 

Kelebihan hafal doa mudah bersalin: 

amalan hamil

  • Diri lebih dekat dan kembali kepada Allah S.W.T 
  • Memudahkan proses bersalin seperti mana ajaran Rasulullah. 
  • Doa-doa ini telah dibaca oleh para nabi dan diturunkan dalam al-Quran 
  • Ibu akan rasa lebih tenang ketika proses bersalin
  • Kelahiran bayi akan jadi mudah dan cepat. InsyaAllah 
  • Mengurangkan rasa gugup dan gementar untuk bertempuh ketika bersalin
  • Salah satu sokongan kerohanian di samping doa keluarga dan suami 
  • Ibu lebih yakin untuk bersalin dan tak sabar nak melihat si kecil lahir ke dunia.
  • Sentiasa yakin bahawa para malaikat turut mendoakan kesejahteraan ibu ketika melahirkan 

6 Doa cepat bersalin

doa mudah bersalin

1) Surah Ali Imran, ayat ke-38

doa mudah bersalin ali imran ayat 38 nabi zakaria
 

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

2) Ayat 100 Surah As Saaffaat

surah as-saaffaat ayat 100 untuk mudah bersalin
 

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

3) Ayat 89, Surah Al Anbiya'

doa mudah bersalin surah al anbiya' ayat 89
 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

doa cepat bersalin, doa cepat hamil, doa supaya anak sayang ibu bapa, doa bersalin, doa mudah bersalin, doa dan zikir cepat bersalin

 4) Doa yang sunat dibaca ketika hamil 

Doa Nabi Yunus a.s. dalam Surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :

surah al-Anbiya' ayat 21

5) Doa dari surah Maryam 

6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!

6) Doa dari Surah An-Nahl ayat 78 

Amalan Surah Yusuf 

Boleh dikatakan ramai ibu hamil yang ghairah dengan berkongsi tentang amalan membaca Surah Yusuf yang dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan anak yang memiliki rupa paras yang comel.

Walaubagaimanapun, menurut Ustaz Abdul Somad, membaca Surah Yusuf semasa hamil bukanlah kaedah untuk melahirkan zuriat yang comel. Ini kerana, rupa paras anak adalah bergantung kepada rupa paras ibu bapanya.

Akan tetapi, surah Yusuf itu dibaca dengan harapan agar anak yang bakal dilahirkan nanti memiliki iman seperti Nabi Yusuf sekaligus dapat menghindari daripada golong zina.

Ustaz juga menyarankan agar ibu hamil berusaha untuk khatam Al-Quran sepanjang tempoh 9 bulan 10 hari itu. Selain ibu juga perlu melazimi zikir dan bacaan Al-Quran setiap hari.

Ia bertujuan supaya anak yang bakal dilahirkan nanti tenang jika mendengar ayat suci Al- Quran ini.

Ia kerana sejak dalam kandungan lagi si kecil telah terbiasa dengan bacaan ayat suci daripada ibunya yang tersayang.

Meskipun itu, tidak menjadi salah jika ibu hamil mengkhususkan bacaan pada surah tertentu namun jangan lupa terus ayat al quran yang lain.

Amalan lain yang boleh dilakukan ibu:

Berikut ini adalah amalan lain yang boleh ibu lakukan semasa hamil supaya dapat memperolehi zuriat yang baik, soleh dan solehah seperti mana yang anda impikan kepada anak. 

- Ibu harus sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

- Ibu hamil disarakan selalu memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan berzikir sentiasa.

- Ibu bapa wajib meninggalkan perbuatan yang ke arah kemaksiatan termasuklah membawa rezeki haram untuk anak beranak.

- Selalu berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Selain itu, jika ibu hamil mengalami alahan yang teruk, ucapkanlah Ya Allah, Engkau gantikanlah kesusahan yang aku alami ini dengan mengurniakan aku anak yang soleh dan aku bersyukur atas kurniaan itu.

 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner