Doa Rabiul Awal & Memperbanyak Zikir Amalan Terbaik Bulan Rabiul Awal

Doa rabiul awal antara digalakkan sepanjang bulan ini. Umat Islam juga digalakkan memperbanyak zikir ketika bulan ini.

Rabiul Awal adalah bulan ketiga dalam kalender Hijriyah dan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam, terutama kerana memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Digalakkan banyak doa rabiul awal dan memperbanyak zikir.

Amalan Bulan Rabiul Awal

Banyak umat Islam melakukan doa dan zikir khusus pada bulan ini sebagai bentuk penghormatan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

doa rabiul awal, doa minta hujan, doa minta hujan turun, doa turun hujan, doa minta hujan lebat, doa hujan

1.Puasa Sunat Pada 1 Rabiul Awal

Disarankan memulai bulan Rabiul Awal dengan berpuasa sunat pada hari pertama.

2.Perbanyak Selawat Rasulullah SAW

Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak membaca selawatkepada Nabi Muhammad SAW.

3.Bersedekah

Bersedekah bentuk kebaikan dan penghormatan kepada bulan ini.

4.Puasa Sunat Pada 12 Rabiul Awal

Dianjurkan untuk berpuasa pada 12 Rabiul Awal yang pahalanya bersamaan berpuasa satu tahun.

5. Menziarahi Makam Rasullullah

Berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.

6.Melakukan Solat Sunat

Solat sunat dua rakaat dianjurkan ketika Rabiul Awal

7. Banyakkan Membaca Al-Quran

Seeloknya memperbanyak membaca Al-Quran

8. Banyakkan Berdoa

Banyakkan berdoa ketika Rabiul Awal.

9.Melakukan Solat Sunat Dhuha & Tahajud

Meningkatkan amalan solat dhuha dan Tahajud sebagai bentuk ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kumpulan Doa Yang Dianjurkan Dibaca Di Bulan Rabiul Awal

1.Doa Memohon Kecintaan Kepada Allah

Setelah Rasulullah bertemu Allah SWT dalam mimpinya, ia mengajarkan sebuah doa kepada Muadz bin Jabal. Rasulullah juga berpesan kepada Muadz bahawa, “Sesungguhnya ia (doa ini) merupakan hal yang benar, maka pelajari (hafalkan), dan perdalamlah.”. Imam Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan sahih.

Berikut lafaz doanya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ

2.Doa Memohon Kecintaan Kepada Allah Dan Rasul-Nya

Berikut bacaan doanya:

اللَّهُمَّ اهْوِ مَسَافَةَ البُعْدِ بَيْنِي وَبَيْنَ حَبِيبِكَ الْمُصْطَفَى، وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ فِي هَذِهِ الدَّارِ وَفِي تِلْكَ الدَّارِ جَهْرًا وَخَفَا اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي حَظًّا وَافِرًا مِنْ حُبِّكَ وَحُبِّهِ وَسَهْمًا كَامِلًا مِنْ قُرْبِكَ وَقُرْبِهِ.اللَّهُمَّ إِنَّ قَلْبِي يَدَّعِي حُبَّكَ وَرُوْحِيَ تَشْتَاقُ قُرْبَكَ فَاجْعَلْ لِلدَّعْوَةِ حَقِيقَةِ وَاسْلُكْ بِي فِي قُرْبِكَ أَقْوَمَ طَرِيقَةِاللَّهُمَّ إِنَّكَ جَعَلْتَ العَلَامَةَ عَلَى حُبِّكَ اتَّبَاعَ حَبِيبِكَ وَلَا طَاقَةَ لِي عَلَى ذَلِكَ إِلَّا بِتَوْفِيقِكَ لِي فَوَفَقْنِي. اللَّهُمَّ لِذَلِكَ لَاكُوْنَ مِنَ الْمُحِبِينَ لَكَ حَقِيقَةً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Ertinya: Ya Allah, dekatlah jarak antara diriku dan kekasih-Mu yang terpilih, dan rekatlah kami di dunia ini dan dunia berikutnya (akhirat) secara lahir dan batin. Allah, berikanlah hamba kesempatan dalam meraih cinta- Mu dan juga cinta kekasih-Mu. Tuntunlah hamba agar selalu dekat dengan-Mu dan kekasih-Mu. Ya Allah, hatiku mengaku mencintai-Mu dan jiwaku rindu dekat dengan-Mu, jadikanlah doa hamba ini menjadi kenyataan dan izinkanlah aku menempuh jalan terbaik untuk mencapai kedekatan itu. Ya Allah, Engkau menjadikan mengikuti kekasih-Mu sebagai tanda cinta kepada-Mu dan aku tidak memiliki kemampuan untuk melakukan ini tanpa rahmat-Mu. Oleh kerana, izinkan aku untuk mengikutinya, sehingga hamba boleh menjadi seseorang yang betul-betul mencintai-Mu. Engkaulah Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: Doa Untuk Ibu Bapa Dan Ampun Dosa Yang Boleh Dibaca Selepas Solat, Ringkas & Padat

Baca juga: Doa Selepas Azan dan Maksudnya (JAKIM)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!