Doa Selepas Azan dan Maksudnya (JAKIM)

Doa selepas azan merupakan sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut dalam islam boleh diamalkan setiap kali mendengar azan.

Sebaik sahaja selesai alunan azan berkumandang, kita disunatkan untuk membaca doa selepas azan setelah mendengarnya. Selain sebagai tanda mendoakan kesejahteraan ke atas nabi Muhammad SAW, ia dan iqamat merupakan antara waktu mustajab untuk berdoa.

Apa Itu Azan dan Iqamat Dalam Islam

Sunat untuk kita menjawab azan dengan mengikut dan mengulangi secara perlahan-lahan seperti yang diucapkan oleh muazzin dalam azan kerana mereka yang mendengar, menjawab dan doa akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. 

  • Azan: Secara bahasa, azan bermaksud pemberitahuan atau seruan. Azan adalah seruan yang memberitahu bahawa waktu solat fardhu telah tiba dan mengajak orang-orang mukmin untuk berkumpul dan solat.
  • Iqamat: Iqamat bermaksud berdiri dengan lafaz tertentu untuk memaklumkan bahawa jemaah sudah bersedia untuk solat.

Azan yang baik adalah yang dibaca oleh seseorang dengan suara lantang, lafaz yang jelas, dan suara yang merdu, tanpa berlagu berlebihan yang boleh mengubah makna kalimat azan.

Yang paling penting, azan dan iqamat dilafazkan dengan ikhlas untuk mengajak orang menyembah Allah. Seruan yang tulus dan suara yang merdu dapat melembutkan hati pendengar untuk melaksanakan perintah Allah.

doa selepas azan

Bacaan Doa Selepas Azan & Maksudnya

Rumi: Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya: 

“Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

doa selepas azan

Kelebihan Doa

1.Waktu Mustajab

Ia adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Ini bermaksud doa yang dipanjatkan dalam tempoh ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diterima oleh Allah SWT.

2.Mengikut Sunnah Nabi

Membacanya adalah amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Mengamalkan sunnah ini adalah cara untuk mengikuti jejak Rasulullah dan mendapatkan pahala.

3.Memperoleh Keberkatan

Mengamalkannya dapat mendatangkan keberkatan dan kebaikan dalam kehidupan, termasuk dalam urusan harian dan ibadah.

4.Menambahkan Pahala

Dengan membaca doa selepas azan, seseorang berpeluang menambah pahala dan mendapatkan ganjaran dari Allah, terutamanya apabila doa tersebut dilakukan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan.

5.Memperkukuh Iman

Doa selepas azan membantu memperkukuh hubungan dengan Allah dan meningkatkan kesedaran serta keimanan seseorang.

6.Mendapat Perlindungan

Doa yang dibaca selepas azan boleh memohon perlindungan dan keselamatan dari pelbagai kesulitan dan bahaya.

7.Menguatkan Kesedaran Spiritual

Membaca doa selepas azan mengingatkan kita tentang kewajipan solat dan memberi kesempatan untuk berdoa bagi diri sendiri serta orang lain, termasuk ibu bapa dan orang yang tersayang.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud

Baca juga: Nak Rezeki Melimpah Ruah? Amalkan Doa Murah Rezeki & Amalan Mustajab Ini

Baca juga: Selain Ucapan ‘Sadaqallahul Azim’, Amalkan Doa Selepas Baca Quran Berserta Terjemahannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!