X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Makan Paracetamol Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme & ADHD Pada Anak?

3 min bacaan
Benarkah Makan Paracetamol Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme & ADHD Pada Anak?

Tak sangka rupa-rupanya makan dos paracetamol yang berlebihan semasa hamil boleh mempengaruhi janin. Salah satunya boleh menyebabkan anak lambat bercakap!

Tahukah anda, pengambilan ubat-ubatan semasa hamil sangat terhad demi mengelak risiko gangguan pada plasenta, yang boleh mempengaruhi janin?

Sebab itu jika anda sakit ketika hamil, anda memerlukan pemeriksaan dan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan!

Kajian baru-baru ini menunjukkan dos paracetamol sebenarnya berbahaya untuk bayi, walaupun selama ini ramai yang merasakan ia okay.

Pengkaji dari beberapa universiti di Amerika Syarikat ini mendapati, wanita hamil yang mengambil dos paracetamol berlebihan boleh mempengaruhi IQ bayi, malah berisiko mendapat ADHD dan autisme.

Ia juga boleh mengganggu keseimbangan hormon di dalam uterus. Keputusan ini merupakan kompilasi dari 9 kajian berbeza yang melibatkan 150,000 ibu dan bayi.

Perhatikanlah perkembangan anak dan mengesan awal ciri-ciri autisme pada anak kecil anda yang sering tidak disedari oleh ibu bapa.

Pengambilan Dos Paracetamol Yang Tinggi Ketika Hamil Menyebabkan Anak Lambat Bercakap

dos paracetamol, makan ubat semasa hamil, ubat selamat semasa hamil, panadol semasa hamil, uabt sesuai ketika hamil, boleh makan panadol ketika hamil

Satu lagi kajian lagi mendapati ibu hamil yang mengambil paracetamol walaupun tidak demam, akan menghasilkan anak dengan IQ yang kurang 3 poin. Malah, anak-anak tersebut mempunyai masalah pertuturan.

Ini bukan kali pertama pengambilan dos paracetamol dikaitkan dengan masalah pertuturan. Pada Januari 2018, pengkaji di New York mendapati apabila paracetamol diambil oleh ibu mengandung, bayi yang dikandung boleh mengalami masalah lambat bercakap sehingga 6 kali ganda.

Tambahan lagi, ibu hamil yang mengambil dos paracetamol sebanyak 6 kali atau lebih semasa awal kehamilan berpotensi mendapat anak perempuan yang lambat bercakap!

Pengambilan Dos Paracetamol Berkait Dengan Masalah Lain Pada Bayi

Satu lagi kajian yang diketuai oleh Dr Ilan Matok dari Universiti Jerusalem mendapati ibu hamil yang mengambil dos paracetamol yang melebihi had meningkatkan peluang ADHD kepada anak dalam kandungan. Peningkatan risiko ADHD adalah sebanyak 30% manakala autisme sebanyak 20%.

Terlebih dahulu, kajian turut menunjukkan penggunaan paracetamol semasa hamil juga menyebabkan masalah tingkahlaku kanak-kanak, dan asma.

Bolehkah Saya Makan Paracetamol Semasa Hamil?

Ibu hamil selalunya mengambil paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Tetapi jika anda terpaksa juga ambil, anda disarankan supaya mengambil dos paracetamol yang paling sedikit, dan seboleh-bolehnya kurangkan pengambilan.

The National Health Service UK juga mengatakan wanita hamil, jika boleh jangan ambil sebarang ubat-ubatan dalam 3 bulan pertama kehamilan kecuali asid folik.

Melegakan Tekanan dan Sakit Kepala Dengan Kaedah Semulajadi

dos paracetamol, makan ubat semasa hamil, ubat selamat semasa hamil, panadol semasa hamil, uabt sesuai ketika hamil, boleh makan panadol ketika hamil

Sebelum anda makan pil tahan sakit, cuba beberapa cara semula jadi di bawah untuk melegakan sakit yang ada alami:

  1. Makan makanan berkhasiat. Kekalkan diet yang sihat dan makan pada waktu yang berjadual – ianya bagus untuk bayi juga,
  2. Minum untuk hidrasi. Kadangkala penyebab sakit kepala adalah kerana badan anda tidak cukup air. Banyakkan minum air dan anda akan rasa perbezaannya.
  3. Tidur cukup. Jangan tidur terlalu lewat. Tidur pada waktu yang sama setiap malam, dan dapatkan tidur yang cukup.
  4. Bersenam. Tidak perlu senaman berat, sebaliknya amalkan pergerakan fizikal seperti berjalan atau aerobik.
  5. Jauhkan diri dari penyebab sakit kepala. Contohnya seperti bau makanan.
  6. Bertenang. Cuba yoga, dapatkan urutan atau belajar kawalan nafas. 

Sebaik-baiknya anda rujuk doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, termasuklah rawatan secara herba atau rawatan tradisional. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nicholas Yong dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

https://my.theasianparent.comminum-kopi-ketika-mengandung/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Benarkah Makan Paracetamol Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme & ADHD Pada Anak?
Kongsikan:
  • Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

    Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

    Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.